Monday, February 18, 2008

TAGGED..

Sorry ya Bikash, peram lama sgt sampai dah basi pun agaknya. Apa pun inilah jawapan bagi soklan 'pereksa' yg dikemukakan:

1. Name one person who made you laugh last night? Sapa ntah, pelakon drama kat TV tu.

2. What were you doing at 0800? Kelam kabut bersiap nak gi 'berkinja' kuarkan peluh.

3. What were you doing 30 minutes ago? Isi petrol kat tangki yg dah E.

4. What happened to you in 2006? Lots of things happened & the sweetest was when Alaf 21 agreed to publish my first novel, Kasih Yg Suci.. seronok sesgt masa tu

5. What was the last thing you said out loud? Ask Fira (my youngest daughter) wthr she has taken her medicine coz she's having a fever, sampai tak gi sekolah hari ni.

6. How many beverages did you have today? Selalu tu minum air masak aje tapi t/hari tadi minum segelas pepsi.

7. What color is your hairbrush? Black and purple.

8. What was the last thing you paid for? Daun sup & daun bawang sbb nak masak soto.

9. Where were you last night? At home, watching TV & surfing the net

10. What color is your front door? White

11. Where do you keep your change? In my purse

12. What's the weather like today? Bright & sunny

13. What's the best ice-cream flavor? Mmm... fruity, yummy...

14. What excites you? Err... erm.. mcm2 daa...

15. Do you want to cut your hair? Maybe, kasi kontot sikit sbb skrg ni cuaca panas

16. Are you over the age of 25? Yes.

17. Do you talk a lot? Depends... with whom I'm talking.

18. Do you watch the O.C? Amenda tu? CSI taulah, hehehe..

19. Do you know anyone named Steven? Zaman dodulu adalah waktu bekerja di opis beberapa dekad yg lalu..

20. Do you make up your own words? Tak ke semua orang ada...?

21. Are you a jealous person? Biasalah kan perasaan cemburu ni semua org mesti ada punya cuma tahapnya aje yg berbeza, asalkan jgn keterlaluan dahlah..

22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'. Ana.

23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'. Khairiyah.

24. Who's the first person on your received call list? Nana

25. What does the last text message you received say? Juz put her in da seatbelt nx to me (msg fm my eldest daughter referring to her pet cat, Mia coz she left the carriage at home)

26. Do you chew on your straw? No.

27. Do you have curly hair? Psst... couldn't tell. America will know :p

28. Where's the next place you're going to? Kitchen, to quench my thirst sbb penat jwb byk sgt soklan, hehehe..

29. Who's the rudest person in your life? Encountered several but could'nt care less to remember any.. buat apa nak ingat benda2 yg menyakitkan hati, btul tak?

30. What was the last thing you ate? Soto ayam dgn pegedil, nyum..nyum..

31. Will you get married in the future? who knows, ehehe... can't predict the future

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks? Tak tengok pun.. tapi adalah cdg nak tengok Rambo, mesti action packed, kan?

33. Is there anyone you like right now? Ramai sgt nak mention kat sini takut tak cukup space, hahaha..

34. When was the last time you did dishes? Almost after every meal, hakulah yg jadi mangsanya, huhu..

35. Are you currently depressed? No.

36. Did you cry today? No.

37. Why did you answer and post this? Coz that sweet girl, Bikash asked me to... I did it (after weeks).

38. Tag 5 people who would do this survey.

Iris Ixora, Lynn Dayana, Laila Kamilia, Hezzy Azra & Dhiya Zafira

SENYUMLAH...


"Senyumlah.. senyumlah wahai cik mek molek"...

Haa.. ingat lagi tak lagu M. Daud Kilau, raja gelek Msia tu? Lagu ni Kak Meen nak tujukan khas buat seorg pengacara berbakat lagi terkenal di TV3 tu. Mmg Kak Meen puji dia seorg pengacara yg berbakat, jika tidak masakan diberi kepercayaan mengacarakan rancangan sehebat itu yg boleh dikatakan antara yg mendapat rating tertinggi di Msia ni. Sebelum ni dia mengacarakan sebuah program kegemaran wanita di waktu ptg tapi skrng ni dah naik setakuk lagi mengacara program di waktu mlm pulak.

Kisahnya, mlm Sabtu lepas Kak Meen ke Kelana Seafood & ternampaklah personaliti ni yg anggun berbaju kurung rona hijau muda (if I'm not colour blind). Mula tu mmg tak perasan dia yg dgn langkah lembut melepasi meja kami utk ke tandas agaknya. Bila anak Kak Meen ckp barulah Kak Meen memberi lbh perhatian & cewah.. siap senyum lebar lg bila nmpk dia masuk semula ke restoran berhawa dingin itu yg kebetulannya meja kami di depan sekali.

Cis, yg membuatkan Kak Meen terkilan dia pandang ke arah kami tapi tak senyum (di kaca TV slalu senyum menampakkan lesung pipit manisnya) pun bahkan mcm palingkan muka pulak. Sedey tau... rasa mcm tak nak dah tengok program yg Kak Meen minat sgt tu tapi tak maulah emo lbh2 sgt manalah tau kut itu bukan dia tapi pelanduk dua serupa, kan? atau pun mungkin masa tu dia tgh bergaduh ke atau bersedih, tak pun baru lepas kena marah tak? Kan, kan? anything is possible, btul tak? (ni bab nak sedapkan hati yg kuciwa wlaupun anak yg satu tu dgn lasernya ckp biasalah org glamer lg fofular & prasan cantik slalu buat perangai cam gitu). Hrpnya dia tidaklah begitu & Kak Meen tak naklah tuduh yg dia sombong sbb masih ingt pepatah yg mengatakan tak kenal maka tak cinta. Tapi andai benar yg dia tu personaliti terkenal di TV3, Kak Meen harap belajar2lah senyum bkn takat di kaca TV aje ya.. kan ke senyuman itu satu sedekah? Tapi kita sama2lah beringat jgnlah senyum lbh2 kat mrk yg berlainan jenis pulak.. itu bkn sedekah lg tapi dpt dosa adalah..

Saturday, February 16, 2008

FIKIR-FIKIRKAN LAH..

Sebenarnya Kak Meen cuma nak lepaskan sedikit rasa yg terbuku di dada ni & harap dapat dijadikan renungan bersama lebih2 lagi utk kaum ibu khasnya.

Petang kelmarin Kak Meen pergi lagi dengar ceramah ilmu (khas utk wanita shj yg diadakan 2 kali sebulan) di masjid berdekatan. Mmg Kak Meen puji tiap kali ceramah; sambutannya blh tahan, ramailah jugak yg hadir. Alhamdulillah, ramai yg terbuka hati utk turut sama meluaskan pengetahuan & mendapatkan keredhaan-NYA. Ustazah yg bagi ceramah tu pun bagus & Kak Meen mmg suka tiap kali dia beri ceramah. Cuma yg tak berapa seronok bila kanak2 yg turut serta bersama ibu2 mereka terlalu membuat bising sampaikan tenggelam suara ustazah tu walhal dia siap pakai mike lagi. Tak ada pulak Kak Meen terdgr mereka menegur anak masing2 tapi tak taulah kut Kak Meen dah terpekak atau terlepas pandang.

Bukan tak boleh bawa anak sbb mmglah bagus anak2 ni turut didedahkan ke sesi sebegini dari awal lagi cuma rasanya anak2 ini blh diasuh agar tidak terlalu membuat bising atau bekejaran ke sana ke mari. Mungkin mereka akan duduk diam andai ibu masing2 perihatin dan bekalkan anak mereka dgn bahan bacaan mudah/buku bergambar, buku mewarna atau alat permainan yg sesuai agar mereka leka & tidaklah terlalu mengganggu. Selain itu ingatkan mereka agar tidak terlalu membuat bising bila ke tempat sebegitu. Mcm mana, blh tak gitu?

Hrp2 jgnlah pula ada yg tersentuh hati dgn teguran ikhlas ni ya... bukan apa sekadar utk renungan kita bersama.

Monday, February 11, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA - PART I

Hai... Salam buat semua. Ke mana cuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru2 ni? Kak Meen sekeluarga ke pantai timur. Tempahan bilik di Pulau Redang telah dibuat seawal 5 bulan yg lalu (dahsyat, kan? tapi itulah hakikatnya bila jadi ahli Berjaya Vacation Club. Kena tempah awal kalau tidak tak merasalah)

Pagi Rabu kami bergerak tinggalkan rumah & singgah sebentar di Giant, Bandar Kinrara kerana Fira perlukan sepasang selipar. Tengah khusyuk memilih, terkejut benar Kak Meen bila ada yg menyeru nama Meen Zulaikha (yelah, mrk yg kenal biasanya panggil Meen atau Kak Meen). Terharu campur teruja bila adik tu cakap dia minat sgt baca KYS siap nangis segala. Alahai... Kak Meen pulak yg rasa nak nangis sbb seronok sesgt, hehehe... Kpd adik tu andai dia terbaca di ruangan ini, terima kasih byk ya sbb sudi tegur Kak Meen yg pagi tu mcm terkelu pulak lidah sampai tak ingt nak tanyakan namanya, almaklumlah tiba2 diterjah jadi cam terkejut gitu.. cuma mampu ucapkan terima kasih & tersengih-sengih malu tapi dlm hati Tuhan aje yg tahu, seronok bukan main!

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Kuantan, mmg dah cadang nak bermalam di sana sbb dah lama sgt tak jumpa emak Kak Meen. Sempat lagi singgah makan tgh hari di Teluk Cempedak (tapi waktu tu dah tea time pun. Tak kisahlah sbb sarapan tadi pun lewat). Syiokk makan sambil hirup udara laut cuma yg tak syiokknya ber'perang' dgn 'jet pejuang' yg sibuk nak berkongsi lauk sayur kailan goreng ikan masin (huh, dahsyat betul penangan ikan kering tu, alih2 jek lalat2 tu semua timbul sebaik sahaja sayur tu dihidangkan).

Sambil makan, jamu mata. Walaupun bendera merah berkibaran tapi ramai juga yg buat derk langsung tak ambil peduli bahkan seronok berenang & bermain ombak. Dah tak tahan sgt agaknya teringin nak bermain dgn ombak. Samalah macam kami yg terjun jugak bermain ombak semasa di Redang walaupun bendera merah berkibaran di sana sini. Bab di Redang nanti Kak Meen sambung kemudian ya...



Friday, February 1, 2008

ADEHH.. PENATNYA TAK TERKIRA...





Salam buat semua...
Hmm... lama benar rasanya Kak Meen tak menjenguk ke mari akibat terlalu sibuk. Kesibukan yang langsung tak ada kena mengena dgn dunia penulisan. Sebetulnya dalam seminggu dua ni kerja Kak Meen pagi petang, siang dan malam berkisar di dapur jek. Memang memenatkan, rasa macam nak patah pinggang sbb duduk terlalu lama & jari jemari ni tak usah cakaplah... agaknya kalau boleh bercakap harus jari2 tu menjerit merampus memarahi Kak Meen yg telah meng'abuse' mereka sesuka hati. Hehehe... haru dibuatnya.

Memang memenatkan bila terpaksa buat one woman's show. Semuanya Kak Meen kena buat sendiri dari A - Z. Dari mengadun tepung (mujur dgn bantuan mixer Kenwoodku yg telah byk berjasa) hinggalah kpd membakar dan menyimpan biskut2 cornflakes crunchies tu di dalam balang (kesemuanya 75 buah balang) terpaksa ku lakukan sendiri kerana Kak Meen tak punya Sutinah a.k.a. bibik, huhu... Alahai... nyonya2 tu yg nak beraya tapi Kak Meen pulak yg turut menyibuk sama almaklumlah mereka ni dah dikira regular customer , memang tiap2 tahun oder. Malam tadi lega betul sebab semuanya dapat dibereskan setelah berhari2 bertungkus lumus.
Hari ni kira dah 'merdeka', bolehlah ronda2. Pagi tadi dlm hujan gerimis, sempat singgah ke Alaf sekejap. Yang seronoknya tak sangka dapat jumpa Lynn Dayana, Rose Harissa & Dhia Zafira yg turut berada di sana wlaupun kami tak dapat bersembang lama sebab Kak Meen ada hal lain yg perlu diuruskan.

Sambutan pesta buku Alaf21 di Shah Alam tu pun nampaknya sgt menggalakkan walaupun hujan turun tapi ramai juga yg Kak Meen lihat sibuk membelek2 dan memilih buku. Esok, hari Sabtu 2hb Februari 2008 adalah hari terakhir pesta buku jadi kpd sesiapa yg berminat jgn lupa silalah beramai2 ke Alaf21 di Shah Alam dari 9 pagi hingga 6 ptg.