Friday, January 30, 2009

PESTA BUKU ALAF 21

Sebenarnya Kak Meen tak rancang pun nak ke Pesta Buku Alaf 21 (maklumlah buku pun sudah agak lama berada di pasaran) tapi bila pagi tadi Iris Ixora telefon mengajak ke sana, terus saja Kak Meen bersetuju. Almaklumlah, dia pun dah tak berapa hari di sini dan akan 'terbang' semula ke Istanbul sedikit masa lagi.

Sempat jugalah Kak Meen bersua muka dgn Hezzy Azra, Hani Fazuha & Mersik. Hmm... dan tak sangka sempat jugalah menyain2 bagai. Terima kasih daun keladi ya wahai para penyokong novel Alaf21, khususnya yg menyokong karya Kak Meen. Teruskan menyokong ya...

Molee (staf Alaf), Hezzy Azra, Kak Meen & Iris Ixora

Mersik, Kak Meen, Fadillah (peminat setia novel Alaf21), Iris Ixora & Hani Fazuha

Ramai yg mcm abang ni tau, duk jinjing beg2 plastik yg sarat dgn buku2.. Kali ini untuk mengelakkan kesesakan, jualan buku di adakan di bawah khemah, cuma pembayaran saja dilakukan di ruangan dlm premis Alaf21.

Kak Meen & Hezzy disamping para peminat novel yg sudah tentunya ada yg membeli novel akak, ahakz.. Terima kasih daun keladi ya..

Masliza & Anisah yg memborong novel utk bahan bacaan ketika berpantang nanti. Hmm... entah2 khatam semuanya sebelum sempat berpantang kut, hehehe.. Jgn risau, setiap bulan ada 3 novel.. Selamat membaca Kak Meen ucapkan dan moga terhibur membaca KYS & WH.

Jom... dtglah beramai2 utk meriahkan Pesta Buku Alaf 21 yg cuma tinggal 2 hari saja lagi.

Thursday, January 29, 2009

PESTA BUKU ALAF 21 (3 HARI SAJA)

Marilah beramai2 berkunjung ke premis Alaf21 di Seksyen 16, Shah Alam untuk memeriahkan Pesta Buku Alaf21 yang akan bermula pada 30hb Jan - 1hb Feb 2009.

Monday, January 19, 2009

Pokok ni biasanya keluar time nak Chinese New Year. Selalu tu Kak Meen tengok dia org jual yg dah siap dipotong, panjang2 pulak tu & mmg nampak cantik dan unik buat hiasan kat dalam rumah. Tapi tak pernah ler beli, nengok aje & admire, hehehe.. Tapi selalu juga tertanya2 sendiri mcm manalah rupa bunganya kalau kembang, sbb selalu nampak mcm berkudup aje. Paling2 pun terserlah putih kehijauan kudup yg berbulu halus mcm kat atas tu.

Pussy Willow nama dia rupanya. Rasanya kat negara kita tak ada pokok ni, kan? Kalau dah diimpot tu mestilah harganya pun mahal, jadi tak pernah ler nak ambik tau sgt. Tapi hari tu masa jenjln kat Ikea ternampaklah reganya cuma RM16 aje. Ingat nak beli tapi takut lak kucing-kucing kat rumah tu kerjakan. Buat main satu hal tapi si Casper tu suka sgt kunyah2 makan benda2 jenis pokok ni, kang tak pasal ada yg kojol.

Hah, terjawab sudah! Rasanya kudup tu bukannya berbunga tapi mengeluarkan pucuk. Tu, dah tumbuh daun pun. Musykil juga, blh ke pokok ni hidup di bumi Msia ni? Naluri Kak Meen menyatakan yg pokok ni tumbuh di negara sejuk & dtgnya dari negara China. Eh, betul ke? Atau ada yg ditanam di Cameron Highlands? Ada sesapa yg tahu tak?

Saturday, January 17, 2009

Petang semalam Kak Meen ngeteh dgn Anis dan Iris. Lokasinya di Jusco, Taman Equine. Seronok bersembang dgn mereka ni, sampai tak sedar masa berlalu begitu pantas. Iris baru saja beberapa hari lepas tiba di sini dari kota London. Makin ceria wajah Iris, almaklumlah tgh dlm debaran. Insya-ALLAH dia bakal mendapat gelaran tu...

Tima kacih Anis, belanja kami makan ayam panggang & aksesorinya. Dlm pada kenyang kononnya tak nak mkn, tak sangka habis licin makanan di pingganku, huhu... buat menambah ukuran pinggang!

Friday, January 9, 2009


Teman setia yg selalu menemani. Meja kerja Kak Meen yg bersepah ni dah jadi tempat beradu si Mia. Tiap kali Kak Meen menghadap laptop, si Mia pula tanpa jemu akan menghadap Kak Meen.

Tuesday, January 6, 2009

POTONG JARI?


Potong jari? Hah tu dia! Ingatkan kat drama TV aje ada bab2 gangster potong jari ni. Rupanya kat rumah ni pun baru2 ni nyaris terjadi. Tulah, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata... hah, nyaris tak hilang jari.

Al-kisahnya... si kakak dah terlepas cakap, kata nak potong jarinya andai si adik dapat 8A. Dia beranilah cakap mcm tu sbb si adik ni nmpk mcm kurang serius belajar, memain jer lebih. Pendek kata tiap kali exam, markah A tu tak berapa kerat aje. Masa trial exam lagi teruk result dia tapi rasanya masa nilah semcm wake-up call buat Fira. Kak Meen pula yg risau sbb dia selalu berjaga hingga lewat malam bahkan ada ketikanya sampai dinihari.

Tup-tup bila si adik dpt 8A, cemas nak rak si kakak takut kehilangan jari. Masa Kak Meen khabarkan berita keputusan PMR si adik, dia siap ckp tak mau balik ke rumah (masa tu dia kat ofis) takut kena potong jari kelingkingnya. Haha... tu dia, sebijik pepatah Melayu: sbb pulut santan binasa, sbb mulut badan binasa.

Tapi mujurlah mood adiknya baik hari tu sbb tgh seronok sakan, dia cuma acah aje. Haru kalau tidak, tak pasal2 dah cacat tgn tu.

Tahniah buat Fira & semua rakan seperjuangannya yg telah berjaya di dlm PMR!

Thursday, January 1, 2009

TURKIYE...

Salam Maal Hijrah dan selamat menyambut tahun baru 2009 buat semua.

Marilah kita sama2 berhijrah kpd yg lebih baik, moga mendpt keberkatan & rahmatNYA.

Di N3 kali ni Kak Meen paparkan gambar2 ttg lawatan Kak Meen ke Turkey (disebut Turkiye) baru2 ni. Agak menyedihkan memory card digicam buat hal, jadi gmbr2 3 hari pertama lenyap secara tidak sengaja, huhu... Mmglah dia sengaja nak suruh Kak Meen ke Istanbul lagi nih.. Ralat sgt sbb gmbr2 di Bahrain, Bursa & Pamukkale (pemandangan di sini teramatlah indah) tak ada utk dijadikan kenangan.

Berlatar belakangkan Masjid Biru (Blue Mosque). Masjid ni cantik sgt, kagum melihat senibinanya baik di luar mahu pun dalamannya.


Group foto di hadapan Masjid Biru.

Kubah di dalam Masjid Biru. Cantik, kan?

Berlatar belakangkan muzium Hagia Sophia (Aya Sofya) yang asalnya sebuah gereja. Bertukar dijadikan masjid semasa dibawah penaklukan Islam di zaman Byzantine dan akhirnya dijadikan muzium oleh Mustafa Kemal Ataturk.

Kak Meen, Fira, Luqman & Anis di Mevlana Muzium. Brrr... masa ni sejuk sesgt, rasanya suhu di bwh 5 darjah celsius..

Kat belakang tu formasi batu-batu unik di lereng bukit di Cappadocia (disebut Cappadokia).

Rumah2 lama yg dibina di dlm gua

Fira di hadapan Mousoleum (makam) & Muzium Ataturk

Di hadapan pintu masuk ke Topkapi Palace. Nyaris tempat bersejarah yg menyimpan pelbagai khazanah Islam & barangan peninggalan Rasulullah S.A.W. ini tidak dpt kami lawati kerana kebetulan hari tu cuti (nmpk tak 2 org lelaki bersenjata yg berkawal di belakang tu?). Keesokan harinya kami diberi masa hanya 2 jam (huhu.. singkat sgt masanya) utk melawat, sebelum menaiki cruise di Bosphorus dan seterusnya ke airport.

Kak Meen, Iris & Anis di hadapan pintu masuk Grand Bazaar. Seronok sgt dpt bersembang, terharu Iris siap bekalkan nasi & ayam goreng berlada, etc utk kami yg dah rindukan masakan Melayu. Adeh... tak tahan dah nak telan sup lentil (kacang dal?) terlebih tomato, masam beb.. Segala mcm sayuran mrk jeruk dgn cuka hatta kubis pun mereka jeruk. Putus selera nak mkn brokoli & bunga kubis yg dijeruk. Agaknya dia org ni suka mkn yg masam2 kut... Yogurt (dadih) wajib ada di setiap hidangan.

Sempat ngeteh di Kahve Duniasi (Dunia Kopi). Kagum dengar Iris berbahasa Turki semasa membuat pesanan minuman. Cayalah Iris... sebijik mcm org Turki... T/kasih daun keladi ya, hihihi...

Cruise Bosphorus - merentasi Selat Bosphorus yg memisahkan bhg Asia & Eropah Turki. Pelbagai bangunan bersejarah dgn senibina menarik dpt dilihat di sepanjang laluan cruise termasuklah kubu kat bwh tu.

Rumeli Fortress - kubu ini dibina dalam masa 4 bulan pada tahun 1452.