Thursday, May 28, 2009

Petang kelmarin Kak Meen jenjalan pergi ke Pasar Tani. Mmg lebih suka beli brg2 basah kat sini dari pasaraya sbb lbh segar (huii.. mata ikan2 kat sini bersinar2 mcm pakai eye-mo) pastu ada byk sayur2 kampung sprt pucuk2 & ulam2an. Hah, kalau teringin nak mkn buah sukun (sedap tau mkn sukun goreng. Kak Meen suka hiris tipis pastu celup dlm tepung & goreng) & daun tenggek burung, carilah kat sini.

Sambil ronda2 kat gerai2 tu, mata melilau cari kelibat adik Kak Meen (hehehe.. kekdg sambil pilih sayur-mayur & buah2an tu sempat gak kami bersembang) tapi sampai naik juling mata menenung org yg lalu lalang tu, bayang dia pun tak nampak. Yang Kak Meen nampak cuma dua org kat bwh tu tengah sibuk memasak.




Siapalah si tudung oren yg menyibuk tu ya.... huahaha... nasib baik tak kena halau dgn Jinggo

Sunday, May 17, 2009

AWARD

Wah, bertuah sungguh rasanya Kak Meen dpt award ni. Tidak dpt dipastikan sebenarnya award ni utk apa cuma harap2 award yg diberikan oleh kedua org rakan penulis iaitu Hani Fazuha & Hafirda ni betul2 akan memberi tuah buat Kak Meen. T/kasih ya sbb korang beri akak award Bertuah ni, rasa terharu sgt sampai siap tempek lagi kat sudut tepi nun dgn harapan agar ianya benar2 akan membawa tuah.

Sesiapa yg mendpt award ni kena listkan nama 10 org penerima yg lain & lepas tu buat posting tentang award ni dan juga tentang orang yang bagi Award Bertuah ni. Kak Meen nak berkongsi award ni dgn nama2 yg tersenarai kat bawah tu. Silalah ambik Award Bertuah ni ya, jgn segan2 & jgn ler marah akak pulak sbb dah dpt 'kerja' tapi anggaplah ini sebagai satu rezeki, hehehe...

Pokcik Mersik
Eka Fahara
Aleya Aneesa
Hezzy Azra
Durrah Fatiha
Murni Aqila
Fatin Nabila
Shanika Latisha
Fadilah Diyana
Ieyra

Monday, May 11, 2009



Mawar Putih Untuk Mama

Artist: Sharifah Aini

Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang murni
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Friday, May 8, 2009

HAPPY MOTHER'S DAY...


Happy Mother's Day buat semua ibu-ibu tidak kira di ceruk mana pun anda berada. Teristimewa sekali buat ibu Kak Meen yang berada nun di Ktn, moga sihat sejahtera selalu & dirahmati ALLAH sentiasa hendakNya.

Wednesday, May 6, 2009

KUASA SEORANG PEREMPUAN...

Ni Kak Meen nak kongsi sesuatu yg diemelkan oleh seseorang buat renungan kita bersama. Wahai kaum hawa semua.. sedarlah betapa beruntungnya anda kerana dilahirkan sebagai seorang perempuan.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulullah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasannya.

Friday, May 1, 2009

BERPESTA LAGI...



Hah, Kak Meen berpesta lagi memborong buku2. Aduyai... kopak ler bulan ni jwbnya. Kali ni Kak Meen ke jualan gudang MPH pula di Petaling Jaya. Rata2 buku berbahasa Inggeris dan jgn haraplah nak beli novel2 Melayu mcm kat PWTC hari tu.

Mmg 'giler' tgk buku2 tapi pikir gak entah bilalah masa nak membacanya. Buku2 di tahun2 yg lepas pun masih byk yg belum dibaca lagi, jadi jgnkan tidak sambar jugalah beberapa buah sbb tergoda tgk harganya yg jauh lebih murah di sini. Meratus Fira bila tgk buku kegilaannya hasil karya Sophie Kinsella yg dijual pada harga RM24 sebuah, jauh lebih murah berbanding dgn harga di pesta buku. Huhu... nasib baik cuma 2 buah saja yg dia belum baca & miliki, tapi buku tebal mcm kamus yg ada gambar mata tu pun dia punya gak. Majalah Seni Hias tu pula diberi percuma sbb beli melebihi RM200/-

Kpd yg berminat silalah ke Jln Bersatu di PJ nun dan katanya Ahad (3/5/09) ni merupakan hari terakhir jualan gudang tu. Seeloknya pergilah belah pagi (mula beroperasi jam 10.00 pagi) utk mengelakkan kesesakan.