Monday, November 30, 2009

TAK FAHAM...


- gambar hiasan saja

Tak faham. Betul-betul tak faham. Mengapa mesti jammed sedangkan itu highway? Bosan betul bila tiap kali ada perayaan, mesti akan tersangkut berjam-jam di lebuhraya terutama sekali di kawasan Nilai & Seremban. Perjalanan yg sepatutnya 4 jam (tolak tambah berhenti di R&R), sudah jadi 6 jam. Kali ni mmg nasib tak baik, hala pergi (bergerak dari rumah jam 9 mlm selepas Fira habis tuisyen)tersangkut di Nilai. Hala balik pula, dari Pedas lagi dah tersangkut. Huihh.. cemuih betul! Buat sakit hati aje bayar tol mahal2 tapi kereta bergerak merangkak2 di highway. Akan beginikah selamanya?

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat hari raya Aidil Adha buat semua geng blog MZ, rakan2 penulis, FB & muslimin muslimat sekalian. Moga ibadah korban anda mendapat keberkatan-Nya..

Sunday, November 22, 2009

SELAMAT BERCUTI...


Wah, bukan main seronok lagi bebudak sekolah sbb cuti panjang akhir tahun telah pun bermula. Rasanya bukan bebudak aje yg seronok, mak & pak budak terlebihlah lagi agaknya. Ramai yg dah gatal kaki tak sabar nak pergi melancong makan angin. Ke mana saja destinasi anda, tak kiralah sama ada cuti2 Msia mahupun ke luar negara, selamat bercuti diucapkan.

Kpd yg tidak merancang utk ke mana2, mungkin kerana terlalu sibuk dan sebagainya, jgn bersedih. Ciptalah sebuah percutian yg menyeronokkan dgn anak2, biarpun sekadar bercamping di laman rumah. Dan kpd mereka yg bakal ke jenjang pelamin, selamat pengantin baru, moga kekal bahagia selamanya.

Monday, November 16, 2009

JOM MASAK LASAGNA..

Sebenarnya resepi lasagna ni Kak Meen amik dari blog rakan penulis merangkap celebrity chef Norzailina. Tq norz, sharing is caring.. :) Manakala gambar tu pula dari blog Anis Ayuni. Alahai.. yg Kak Meen buat ari tu nmpk comot sgt, tu yg tak nak tempek lagi.


8-10 keping lasagne
50 gm keju Parmesan*, diparut (boleh juga digantikan dgn keju cheddar atau mozarella)

Bahan Sos Daging
3 camb minyak
1 labu bawang besar, dicincang halus
4 ulas bawang putih, dicincang halus
400 g daging, dikisar
410 g tomato, dikisar
450 ml air
1 kiub stok daging
2 camb tomato puri
1 camt oregano kering
gula, garam, serbuk lada hitam secukupnya

Bahan Sos Putih
60 gm mentega
60 gm tepung gandum
600 ml susu segar/UHT
garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar, tomato kisar, air, pati rebusan daging dan puri tomato.
3. Masak atas api sederhana hingga daging empuk dan kuahnya pekat.
4. Bubuh serbuk lada hitam, gula (lebihkan sedikit untuk mengimbangi rasa masam tomato puri) dan garam kemudian angkat.
5. Untuk sos, cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau 1-2 min hingga permukaannya berbuih halus.
6. Tuangkan susu dan kacau lagi atas api perlahan hingga sos pekat.
7. Sebaik-baiknya, kacau dengan 'balloon whisk' supaya sos tidak berketul.
8. Masukkan garam dan serbuk lada sulah kemudian angkat.
9. Ratakan sedikit sos daging, satu lapisan lasagne.
10. Kemudian sos daging, sos putih dan satu lapisan lasagne. Ulang hingga lapisan atas iaitu
sos daging, sos putih dan keju.
11. Bakar pada 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak.

Lasagne tak perlu dimasak terlebih dulu, gunakan terus daripada kotak (no need to pre-cook). Penggunaan lasagne juga bergantung kepada saiz mangkuk untuk membakarnya.

Saturday, November 14, 2009

JEMPUTAN IRIS IXORA...

Ini n3 yg sudah seminggu tertangguh. Kak Meen pasti, saat ini Iris Ixora sudah pun meninggalkan semula bumi Msia ini. Gambar2 ini sempat dirakamkan semasa memenuhi undangan Iris Ixora yg mengadakan majlis mkn2 di rumahnya pada 6hb Nov 2009.

Sempat juga Iris yg tgh sibuk tu lari sekejap utk join kami di sofa. Puan Firdaus (bos Alaf), Kak Meen, Dura, Hezzy, Iris & Lily Suryani

Warga Alaf yg hadir pada hari itu. Kaum lelaki tak ada sbb pergi sembahyang Jumaat.


Sebahagian dpd lauk-pauk kampong yg menjadi menu santapan kami pada hari itu. Sedap sgt, sampai mkn pun bertambah..


Kehijauan yg membuatkan sejuk mata memandang. Luasnya kawasan belakang rumah ni, mesti seronok main kejar2 pastu sembunyi belakang pokok mcm dlm citer Bollywood, hehehe...

Rasa mcm nak kidnap aje patung anak gajah comel ni. Berangan ajelah, Iris.. tahu ini reta kesayangan you, hahaha..

Tuesday, November 10, 2009

HARI YG KELABU...


Hatiku sdg rawan. Ya Tuhan, berilah aku ketenangan hati & fikiran.. Moga mega mendung itu berarak pergi. Huhu... sedeynya...

Monday, November 2, 2009

DEMO MASAK BERSAMA CHEF SELEBRITI..

Semalam (1/11/09) kami berkumpul di rumah Anis Ayuni yg menganjurkan gathering utk para penulis Alaf 21. Biarpun cuma kami bertujuh (yg lain2 mungkin ada komitmen mereka tersendiri), namun demo memasak bersama chef selebriti popular iaitu Chef Norzailina di dapur Anis mmg kecoh. Riuh satu dapur dgn hilai tawa & lawak jenaka membuatkan semua tidak kering gusi.


Sempat lagi berposing dgn Chef Lina & adunan cheese cake yg sedia utk dibakar di dlm ketuhar.

Haa.. dah siap pun. Yummy, sedap tau... pasti akan kucuba buat cheese kek gebu lagi enak ini.

Wajah-wajah riang yg sedang kecoh belajar buat lasagna...


Senyuman memikat dari Lynn Dayana yg sdg mengacau white sauce.

Iris & Hezzy sdg buat layering utk lasagna.

Lapisan terakhir untuk lasagna ialah white sauce, yg disempurnakan oleh Hani Fazuha.

Hmm... lasagna itu sgt sedap tau. Spaghetti bolognaise air tgn Z (suami Anis) dan Iris itu pun tak kurang sedapnya. Kebetulan pula menu pot luck mereka sama.

Inilah juadah hidangan kami tengah hari itu.

Kak Meen pula buat puding trifle.

Hehe... hari ini Kak Meen mencuba buat sendiri lasagna. Main bantai aje masak tanpa resepi (semalam tak salin sbb resepi akan di emel) sbb ada org teringin sgt nak mkn. Menjadi jugalah biarpun kurang sempurna. Yang pasti, licin tak bersisa..

Terima kasih daun keladi ya Norz, sbb sanggup luangkan masa utk ajar kami buat lasagna & cheese cake meskipun jadualnya tersangatlah padat. Terima kasih juga pada Anis kerana memberi peluang kami membuat kecoh dan kecah di dapurnya.