Friday, August 31, 2007

MALAYSIA GEMILANG & TERBILANG



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 50 Tahun buat semua rakyat Malaysia walau di mana jua anda berada. Sama-samalah kita mendoakan agar negara Malaysia kekal aman, makmur selamanya dan bertambah-tambah maju. Moga Malaysia kekal gemilang & terbilang..

JOM GELAK2 SIKIT...


Sajalah nak kongsi lawak yang Kak Meen ada terbaca ni...

Caller: Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?

Operator: Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!

Operator: You are talking to someone! Who is this?

Caller : I'm Sam Wan (someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)!
It's urgent.

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone. But what's
this urgent matter about?

Caller : Well... just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother
Noel Wan (no one) has been involved in an accident. Noel Wan (no one) got
injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the hospital.
Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then
the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but
I don't have time for this!

Caller : You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Lee (sorry).

Caller : Yes! You should be sorry. Now give me your name!!

Hehehe... tulah sapa suruh bubuh nama cam tu....

Tuesday, August 28, 2007

Sunday, August 26, 2007

TIOMAN LAGI...

Tengah hari Rabu 22/8/07 kami menuju ke selatan tanah air. Singgah di Labis dan Pontian sekejap dan hanya tiba di Johor Baru menjelang Maghrib. Keesokkan harinya kami bertolak ke Mersing untuk menaiki feri ke Tioman pada jam 11.30 pagi. Kali ini kami bercuti bersama Has (kawan Kak Meen yg mempunyai 2 org anak perempuan berusia 14 dan 8 tahun) sekeluarga yg juga tinggal di KL. Meeting point di jeti Mersing.

Sempat lepak sekejap aje di bilik, lepas tu masing-masing dah tak sabar nak mandi laut yg hanya sepelaung dari chalet. Kali ni Fira lebih seronok sebab ada kawan sebaya buat teman mandi-manda di laut dan kolam renang.

Di Tioman, paling seronok tiap2 pagi kami akan ke laut berbekalkan sedikit roti. Bukan utk kami tapi ikan2 yg pelbagai spesis tu (nampak gayanya dah tak payah pergi ke Marine Park lagi, laut kat depan chalet tu pun dah memadai) Best sgt tengok ikan2 tu berebut2 makan roti yg dicampakkan. Teruja betul bila tengok ikan-ikan tu menderu-deru datang bila dicampakkan cebisan roti. Ada juga yg berani membiarkan ikan makan roti di tangan, lepas tu terjerit terkejut bila ikan tu turut tergigitkan jarinya. Belah petang bilangan ikan taklah sebanyak di waktu pagi jadi keseronokkan tu berkurangan. Tambahan pula air laut yg surut membuatkan kami terpaksa meredah batu-batan (sakit jugak kaki bila terpijakkan batu2 laut yg tajam tu) utk melakukan aktiviti snorkeling. Jemu di laut beralih pula ke kolam renang dan jakuzi.

Bila matahari nak terbenam ada pula sesi bagi makan monyet/kera yg dtg bertandang menggeledah tong sampah di laman chalet. Monyet2 ni agaknya dah biasa dgn manusia, dia jadi berani menyusup masuk ke chalet curi makanan. Lawak pulak satu petang tu tengok si monyet dah curi sebungkus roti ban dari chalet sebelah. Apalagi berkejaranlah si Ah Chong & Ah Meng (nama tu Kak Meen yg gelarkan) cuba merebut balik roti di tangan monyet yg licik & tangkas tu. Dalam hati Kak Meen cakap sedekah ajelah tapi mereka berdua ni tetap nak tunjuk terer. Hahaha.... walaupun mereka berdua tapi tak terdaya nak menghambat monyet seekor tu, termengah2 mcm nak putus nafas dibuatnya, dah tu riuh-rendah pulak tu suara masing2.

Pagi Sabtu seawal 7.00 pagi Kak Meen sekeluarga dah menunggu 'shuttle' utk ke jeti kerana di tiket tertulis 7.30 pagi. (Rupanya feri akan hanya tiba di Tekek jam 8 pagi setelah bertolak dari Salang jam 7.30 pagi). Kali ini Kak Meen nak tempekkan gambar2 yg diambil sekitar waktu tu. Pantai laut Tioman kelihatan amat tenang dan damai di waktu ni.

Tiba aje di Mersing kami singgah sekejap di Rompin sebelum terus ke Kuantan berjumpa emak Kak Meen. Rindu benar rasanya sebab dah lama tak jumpa. Sempat juga bertemu dgn abang sulung & kakak Kak Meen yg kebetulan turut sama melawat emak di rumah kakak Kak Meen yg sorang lagi tu.

Sampai hari ni pun penat berjalan jauh tu masih terasa tapi tak kisahlah sebab berbaloi... Tioman tidak pernah menjemukan... tapi Redang sudah melambai2 lagi... insya-ALLAH tahun depanlah kut sebab biasanya bulan Ogos ke atas musim tengkujuh bagi kawasan pantai timur.

Monday, August 20, 2007

WOW, PATRIOTIKNYA!

Amacam? Semangat tak tengok jalur gemilang tu? Kak Meen mmg kagum nengok pagar rumah ni. Cantik, kan? Kebetulan hari tu lewat di kawasan kejiranan rumah Anis dan rasa kembang hati tengok kesungguhan tuan rumah ni meraikan hari jadi Malaysia yang ke 50 tahun bakal menjelang tidak berapa hari saja lagi.

Bagus betul idea dia, tak adalah nak risau orang curi jalur gemilang tu macam yang terjadi pada kami tahun lepas. Hanya semalaman aje jalur gemilang tu sempat berkibaran dengan megahnya di pagar rumah. Keesokkan paginya dah lesap, entah tangan gatai mana dah dok kebas. Pergghh... tak semangat langsung si pencuri tu.....

Buat semua, Kak Meen nak ucapkan Selamat Menyambut 50 Tahun Merdeka yang bakal menjelang tidak lama lagi moga Malaysia kekal aman, makmur & bertambah maju.