Sunday, December 30, 2007

CUTI-CUTI MALAYSIA

Diam tak diam sedar-sedar cuti sekolah dah di penghujung. Tinggal beberapa hari saja lagi bebudak ni melepak di rumah lepas tu semua mak budak pulak yg akan bersorak girang mengalahkan time bebudak bersorak masa nak cuti sekolah dulu, hehehe... kira merdekalah tu..



Menutup tirai tahun 2007 ni Kak Meen sekeluarga beserta adik Kak Meen & keluarganya bercuti ke Cameron Highlands; tempat Seth Tan & Nora Elena pergi honeymoon, hahah. Kira okeylah, cuma akan lebih seronok kalau cuaca lebih dingin & berkabus (biasanya selepas hujan mmg kabus tebal, time tu akan rasa mcm kat overseas). Dua hari di sana, cuacanya panas terik begitu pun agak sejuk jugalah kala lewat petang membawa ke malam sampai Kak Meen terpaksa pakai sweater & stokin di bilik hotel, aduii... sejukkk. Brrr...



Pagi ni pula masing-masing seronok bila bercakap, mulut berasap tipis, ahah.. mulalah perasan, berangan & teringat pulak time pergi Beijing dulu suhunya 4 degree celcius, sejuknya sampai ke tulang hitam! Sebelum balik tadi kami sempat singgah lagi di Kea Farm beli apa yg patut kemudian ke Mardi. Memang cantik pemandangan di sana, kalau ada peluang ke Cameron Highlands jgn lupa singgahlah ke Mardi. Ada English garden, kebun sayur2an & buah strawberi, pokok anggur & epal pun ada wlaupun buahnya versi yg comel2 aje. Tak percaya, tengok ajelah gambar2 yg Kak Meen paparkan di sini.


Tuesday, December 25, 2007

SUASANA WHITE XMAS





Salam buat semua,


Buat apa cuti X'mas ni? Kak Meen tak ke mana2. Tak berapa sihat dan ada masalah sakit mata sikit. Kelmarin mata macam vampire tapi hari ni dah okey sikit. Ehehe...


Amacam, cantik tak gambar2 kat atas tu? Macam kat obersee, kan? Hisy, bila masa lah pulak Kak Meen ke sana. Sebetulnya tu semua gambar suasana white xmas masa Kak Meen pergi dinner dgn family di PJ Hilton minggu lepas. Ada org belanja kami satu family makan. Hehehe, entah bilalah pulak nak betui2 gi sana. Insya-ALLAH mungkin satu hari nanti akan ke sana jua kalau ada rezeki, sementara tu berangan dululah..

Tuesday, December 18, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Masa mula2 terima sms ni, terkejut juga. Tapi rupa-rupanya, lawak saja. Hahaha...

TERKINI: Siap sedia pada 20 hb ni. Kita semua org Melayu berjihad. Sila bawa parang, kapak, pisau masing2. Kita semua akan berkumpul di setiap masjid dari pagi hingga ptg. Ini amanat perlu DISEBARKAN dan kita kasi sembelih itu... unta, lembu dan kambing. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Kak Meen mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha utk semua umat Islam di mana pun berada.

MUSIM ORANG KAHWIN/BERTUNANG

Salam buat semua.



Sekarang ni musim cuti sekolah, musim hujan, musim banjir dan juga musim orang kahwin/bertunang. Kak Meen nak ucapkan selamat pengantin baru & selamat bertunang kepada sesiapa saja yang akan melangsungkan perkahwinan/pertunangan. Tidak ketinggalan juga kepada Ramona yang baru saja melangsungkan perkahwinannya (majlis di JB & KL) dan Nor (anak buah) yang baru saja melangsungkan pertunangannya di hujung minggu lalu. Moga mereka bahagia dgn pasangan masing2 & berkekalan selamanya, amin.



Monday, November 12, 2007

TERIMA KASIH...

Jamuan rumah terbuka Alaf 21 mmg meriah. Makanannya pun best... Kak Meen sempat bersua muka dgn beberapa org novelis sprt Shamsiah Md Noor, Norzailina, Lily Haslina & Lily Suryani, Aida Adriani, Durra Fateha, Rose Harissa, Bonda (Ilyani Maisara) dan Laila Kamilia, menyebut antara beberapa nama yg Kak Meen ingat. Abang Long & Mersik pun ada sama serta tidak ketinggalan Budi yg katanya peminat setia novel Alaf 21.

Terima kasih Alaf kerana sudi jemput & terima kasih Sa'adi atas layanan mesra. Juga terima kasih Anis dtg jemput kat rumah (sorry abt communication b'down, hehehe..).

Sempat juga ambil novel cenderahati sempena cetakan ketiga Kasih Yang Suci, cetakan pertama pada Feb 2007. Terima kasih banyak Alaf 21 & semua warga kerja Alaf di atas segalanya.

Last but not least, terima kasih kepada para pembaca & peminat novel yg telah memberi sokongan. Teruskan menyokong ya...

Langkawi pics...

Friday, November 9, 2007

CUTI-CUTI MSIA - LANGKAWI

Salam buat semua,

Sorrylah dah lama tak buat n3 sbb kesuntukkan masa. Lagi pun tak ada apa sgt yg menarik nak cerita. Cuma baru2 ni Kak Meen ada ke Langkawi. Fira yg belum cuti sekolah lagi tu Kak Meen cutikan 2 hari dan heret sama. Bukan nak ajar anak ponteng sekolah tapi kekdg bebudak ni bila habis saja exam pergi sekolah ke tak mcm serupa aje. Tanyalah anak2 anda atau bebudak yg masih bersekolah apa yg dibuat di kelas bila dah habis exam ni.. rasanya jwpn mereka mesti sama, hehehe...
Berbalik kisah ttg Langkawi, pagi Khamis kami sudah berada di Pulau Langkawi. Sewa kereta dari airport terus ronda2 dulu. Singgah kat makam Mahsuri (psst.. jgn marah.. sebenarnya sbb utama pergi situ sbb nak borong kuih karas, makam tu dah lawat byk kali dah tiap kali pergi Langkawi. .

Lepas tu pergi ronda2 kat bandar Kuah. Kak Meen dah buat mental note nak beli beberapa barangan kat kedai yg menjual pinggan mangkuk tu tapi dlm hati fikir beli esoklah tak kuasa nak berangkut dgn luggage segala. Huwarghh.. nyesal tak sudah sbb kedai2 tu tutup hari Jumaat dan pagi Sabtu dah nak balik.

Kami makan tengah hari di Telaga Cafe, tempat mkn yg selalu kami kunjungi bila ke Langkawi sbb suka makan sambil menghadap marina (perasan mcm kat overseas bila tgk bot2 di situ, hehehe). Silap besar, beb... rupanya cafe ni dah diambil alih. Menu lebih kpd makanan org Arab. Terlanjur dah duduk tu oder ajelah nasi briyani. Mmg selera Arab! Dahlah harganya RM25 yg dtg cuma sepinggan nasi dan seketul besar ayam (lebih kurang mcm ayam panggang) di dalam timbunan nasi tu. Sesudu kuah pun tak ada, jgn haraplah nak dalca, acar, segala. Makan nasi tolak dgn air sbb tak reti makan kering2 mcm tu. Fira yg oder fish & chips pun tak lalu sbb fish dia tak berape fresh.

Belah petang lepak2 duduk kat pantai. Kali ni tak mandi-manda sgt sbb cuaca tak menentu. Sekejap2 hujan, adakala cuma gerimis lepas tu matahari memancar kembali dan sesekali melebat pula turunnya. Makan malam di Pahn Thai (tempat yg romantik utk mkn mlm, sigh..), restoran/kelong yang menghidangkan makanan Thai di Berjaya Langkawi Resort, tempat kami menginap selama 3 hari 2 mlm.

Keesokkan paginya kami naik kabel car yg cuma 5 minit berkereta dari tempat penginapan. Ini kali yg ketiga kami naik kabel car ke Gunung Machinchang, rasanya cukuplah sbb tak ada apa2 pembaharuan. Semuanya sama bahkan kali ni langsung tak best sbb cafe di atas nun ditutup & kami kebulur belum b'fast. Gerai2 di bawah di Geopark pun sama, semuanya ditutup utk renovation. Mmg menghampakan. Tapi pengalaman pertama naik kabel car dulu mmg menyeronokkan. Kami pergi awal pagi, cuaca dingin & berkabus (sbb hujan lebat pada sebelah mlmnya) rasa mcm kat luar negara pulak.
Minum petang di The Loaf Bakery & Bistro yg diuar2kan kepunyaan bekas PM (betul ke?) Harganya boleh tahan tapi tempatnya mmg menarik, menghadap marina. Minum teh sambil tengok bot2 mewah yg berlabuh di situ, emmm berangan lagi, ahaks.. Byk lagi aktiviti yg dirancang tidak menjadi kerana cuaca tidak mengizinkan. Biasalah dah di penghujung tahun,mmg musim hujan... huhu

Friday, October 12, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Get Your Graphic Here



Salam Lebaran buat semua umat Islam,

Dengan ingatan tulus ikhlas dan maaf zahir & batin dari Kak Meen..

Saturday, September 29, 2007

DAH MOOD NAK RAYA..

Akhirnya dapat jugak kak Meen post lagu kat blog ni.. Tima kaceh Mersik..

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

Wednesday, September 26, 2007

BUFFET MURAH & ENAK..


Selalu tu bila Kak Meen selak aje akhbar kadang2 tu asyik terkejut2 sampai urut dada tengok caj yg dikenakan untuk buffet di hotel2 & restoran seluruh Msia ni. Mana tidaknya paling murah RM35++/pax dan ada yang mencecah RM115++/pax. Adoii.. berbaloi ke membayar dengan harga sebegitu sedangkan banyak mana sangatlah yg boleh disumbat ke dalam kantung perut tu..

Jadi bila dengar khabar ada yang menawarkan RM15.90/pax, Kak Meen pun terujalah nak mencuba. So, hari ini Kak Meen pun buatlah rombongan ke Ikea Restaurant & Cafe. Ingatkan kamilah yang terawal sampai tapi rupa2nya dah ada lebih kurang 15 orang berbaris seawal jam 5.40 ptg. Kaunter hanya di buka jam 6.00 ptg. Hai, sabo ajelah...

Dalam bosan duk berbaris menunggu tiba-tiba Kak Meen perasan suara wanita yg berbual-bual betul2 di belakang Kak Meen tu cam biasa dengar so Kak Meen pun tolehlah.. siap dua tiga kali toleh lagi nak pastikan. Laa.. ada selebriti rupanya.. tak sangka lak Kak Engku aka Raja Azura & family pun nak berbuka di sana. Suara tu biasa dengar kat TV dan radiolah bukannya pernah sembang & bertepuk tampar in person pun.

Hidangan bufetnya bagi Kak Meen kira berbaloilah. Menu hari ini antara yang Kak Meen ingat ada rendang tok, ayam kalio, ikan terubuk goreng bersambal, beef stew, paceri nenas, kerabu sotong, ulam2an, salad, sambal belacan & tempoyak, budu & cencalok, keropok & papadom serta bihun goreng Spore. Pencuci mulut pula ada tiga, empat jenis kek, puding mangga dan raspberry? (tak pasti) serta kuih muih Melayu dan buah2an. Air minuman pulak ada jus oren, mangga, soya, tebu & air kosong. Sempat juga Kak Meen menyibuk tanya si chef yg sedang sibuk menambah makanan ttg menu & katanya menu ditukar setiap hari! Wah, seronok gitu...

Cuma yg tak berapa seronok semuanya kena queue. Nak masuk kena beratur, nak ambik makanan beratur dan nak ulang ambik makanan lagi pun kena beratur lagi. Pinggan yg disediakan agak kecil so tips utk mereka yg nak ke sana, pandai2lah balance 2 pinggan sekali gus. Satu utk makanan berat & satu lagi utk pencuci mulut kalau tak rajin nak beratur dua tiga kali. Dan.. kalau pergi di hujung minggu crowdnya dua kali ganda, jadi elakkan..

Oh ya... surau pun ada di Ikea untuk kemudahan bersolat, so tunggu apa lagi..

Selamat mengerjakan ibadah puasa & semoga mendapat keberkatannya..

Wednesday, September 12, 2007

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Salam Ramadhan buat semua,

Nak kongsi sikit apa yang Kak Meen ada terbaca tentang bulan Ramadhan buat renungan kita bersama.

Ramadhan ertinya panas terik. Bulan diturunkan Al-Quran & disebut (syahru ramadhana). Bulan penuh keberkatan & keampunan. Bulan pahala dan balasannya adalah syurga. Doa yg paling makbul sebelum berbuka puasa & juga doa pada sepertiga malam.

10 hari pertama adalah mulanya rahmat

10 hari pertengahan - pengampunan

10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka

Selamat menjalani ibadah puasa & semoga mendapat keberkatannya.

Friday, August 31, 2007

MALAYSIA GEMILANG & TERBILANG



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 50 Tahun buat semua rakyat Malaysia walau di mana jua anda berada. Sama-samalah kita mendoakan agar negara Malaysia kekal aman, makmur selamanya dan bertambah-tambah maju. Moga Malaysia kekal gemilang & terbilang..

JOM GELAK2 SIKIT...


Sajalah nak kongsi lawak yang Kak Meen ada terbaca ni...

Caller: Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?

Operator: Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!

Operator: You are talking to someone! Who is this?

Caller : I'm Sam Wan (someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)!
It's urgent.

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone. But what's
this urgent matter about?

Caller : Well... just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother
Noel Wan (no one) has been involved in an accident. Noel Wan (no one) got
injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the hospital.
Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator: Look, if no one was injured and no one was sent to the hospital, then
the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but
I don't have time for this!

Caller : You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Lee (sorry).

Caller : Yes! You should be sorry. Now give me your name!!

Hehehe... tulah sapa suruh bubuh nama cam tu....

Tuesday, August 28, 2007

Sunday, August 26, 2007

TIOMAN LAGI...

Tengah hari Rabu 22/8/07 kami menuju ke selatan tanah air. Singgah di Labis dan Pontian sekejap dan hanya tiba di Johor Baru menjelang Maghrib. Keesokkan harinya kami bertolak ke Mersing untuk menaiki feri ke Tioman pada jam 11.30 pagi. Kali ini kami bercuti bersama Has (kawan Kak Meen yg mempunyai 2 org anak perempuan berusia 14 dan 8 tahun) sekeluarga yg juga tinggal di KL. Meeting point di jeti Mersing.

Sempat lepak sekejap aje di bilik, lepas tu masing-masing dah tak sabar nak mandi laut yg hanya sepelaung dari chalet. Kali ni Fira lebih seronok sebab ada kawan sebaya buat teman mandi-manda di laut dan kolam renang.

Di Tioman, paling seronok tiap2 pagi kami akan ke laut berbekalkan sedikit roti. Bukan utk kami tapi ikan2 yg pelbagai spesis tu (nampak gayanya dah tak payah pergi ke Marine Park lagi, laut kat depan chalet tu pun dah memadai) Best sgt tengok ikan2 tu berebut2 makan roti yg dicampakkan. Teruja betul bila tengok ikan-ikan tu menderu-deru datang bila dicampakkan cebisan roti. Ada juga yg berani membiarkan ikan makan roti di tangan, lepas tu terjerit terkejut bila ikan tu turut tergigitkan jarinya. Belah petang bilangan ikan taklah sebanyak di waktu pagi jadi keseronokkan tu berkurangan. Tambahan pula air laut yg surut membuatkan kami terpaksa meredah batu-batan (sakit jugak kaki bila terpijakkan batu2 laut yg tajam tu) utk melakukan aktiviti snorkeling. Jemu di laut beralih pula ke kolam renang dan jakuzi.

Bila matahari nak terbenam ada pula sesi bagi makan monyet/kera yg dtg bertandang menggeledah tong sampah di laman chalet. Monyet2 ni agaknya dah biasa dgn manusia, dia jadi berani menyusup masuk ke chalet curi makanan. Lawak pulak satu petang tu tengok si monyet dah curi sebungkus roti ban dari chalet sebelah. Apalagi berkejaranlah si Ah Chong & Ah Meng (nama tu Kak Meen yg gelarkan) cuba merebut balik roti di tangan monyet yg licik & tangkas tu. Dalam hati Kak Meen cakap sedekah ajelah tapi mereka berdua ni tetap nak tunjuk terer. Hahaha.... walaupun mereka berdua tapi tak terdaya nak menghambat monyet seekor tu, termengah2 mcm nak putus nafas dibuatnya, dah tu riuh-rendah pulak tu suara masing2.

Pagi Sabtu seawal 7.00 pagi Kak Meen sekeluarga dah menunggu 'shuttle' utk ke jeti kerana di tiket tertulis 7.30 pagi. (Rupanya feri akan hanya tiba di Tekek jam 8 pagi setelah bertolak dari Salang jam 7.30 pagi). Kali ini Kak Meen nak tempekkan gambar2 yg diambil sekitar waktu tu. Pantai laut Tioman kelihatan amat tenang dan damai di waktu ni.

Tiba aje di Mersing kami singgah sekejap di Rompin sebelum terus ke Kuantan berjumpa emak Kak Meen. Rindu benar rasanya sebab dah lama tak jumpa. Sempat juga bertemu dgn abang sulung & kakak Kak Meen yg kebetulan turut sama melawat emak di rumah kakak Kak Meen yg sorang lagi tu.

Sampai hari ni pun penat berjalan jauh tu masih terasa tapi tak kisahlah sebab berbaloi... Tioman tidak pernah menjemukan... tapi Redang sudah melambai2 lagi... insya-ALLAH tahun depanlah kut sebab biasanya bulan Ogos ke atas musim tengkujuh bagi kawasan pantai timur.

Monday, August 20, 2007

WOW, PATRIOTIKNYA!

Amacam? Semangat tak tengok jalur gemilang tu? Kak Meen mmg kagum nengok pagar rumah ni. Cantik, kan? Kebetulan hari tu lewat di kawasan kejiranan rumah Anis dan rasa kembang hati tengok kesungguhan tuan rumah ni meraikan hari jadi Malaysia yang ke 50 tahun bakal menjelang tidak berapa hari saja lagi.

Bagus betul idea dia, tak adalah nak risau orang curi jalur gemilang tu macam yang terjadi pada kami tahun lepas. Hanya semalaman aje jalur gemilang tu sempat berkibaran dengan megahnya di pagar rumah. Keesokkan paginya dah lesap, entah tangan gatai mana dah dok kebas. Pergghh... tak semangat langsung si pencuri tu.....

Buat semua, Kak Meen nak ucapkan Selamat Menyambut 50 Tahun Merdeka yang bakal menjelang tidak lama lagi moga Malaysia kekal aman, makmur & bertambah maju.

Tuesday, June 19, 2007

BUNGA


Hari tu beria-ia Nor Ash jemput Kak Meen ke 'rumah'nya, katanya ada sesuatu. Zass... macam kilat Kak Meen terus ke sana, ingatkan nak pekena sambal goreng, isk... isk... isk... rupanya 'terkena' tagged. Fad (Fadilahdiyana) yg kiut miut tu pun tagged Kak Meen perkara yang sama jugak iaitu tentang bunga kesukaan Kak Meen.

Nah, inilah dia bunga kesukaan Kak Meen. Rasanya ramai yang sukakan bunga ni. Bunga yang terlaris setiap kali Valentine's Day muncul. Bunga ros atau mawar yang sering dikaitkan dengan perasaan cinta. Mawar merah untuk menyatakan cinta yg hangat membara. Mawar putih mengungkapkan cinta yg lebih tulus & suci. Tak kisahlah apa pun warnanya, janji bunga ros semuanya Kak Meen suka.

Tuesday, May 8, 2007

SELAMAT DATANG...

Hai... Salam buat semua...

Selamat datang ke rumah baru Kak Meen. Maaflah kalau serba kekurangan, almaklumlah orang baru berpindah... Harap-harap selepas ni tak adalah masalah macam rumah yg dulu tu. Entah di mana silapnya nak tukar langsir pun tak boleh dan paling frust bila nak tambah letak gambar, diberitahu tiada ruang lagi untuk gambar. Hem... susah-susah sangat itu yang pindah ke mari.

Terima kasihlah kepada sesiapa yang sudi singgah tu. Janganlah malu dan segan untuk tinggalkan jejak ya... Sebarang komen dan pendapat dialu-alukan...