Sunday, December 28, 2008

SALAM MAAL HIJRAH...

Petikan kata-kata di bawah ini berupa sms yg Kak Meen terima dari seseorang buat renungan kita bersama.

Kita sering mahukan hari yg CERAH tetapi ALLAH lebih mengetahui
HUJAN perlu diturunkan.
Kita inginkan KESERONOKAN tapi KESUSAHAN itu yg mengajar KEHIDUPAN.
Kita inginkan KETENANGAN tapi HAKIKATNYA diri ini penuh DOSA dan manusia tidak dapat lari drpd KESILAPAN.
Semua itu bukan HUKUMAN tapi adalah tanda kasih sayang ALLAH agar kita lebih BERIMAN.

Semoga kita kuat berusaha utk memajukan diri.

Salam Maal Hijrah 1430H, moga kita mendapat keberkatan & rahmat ALLAH s.w.t

Friday, December 19, 2008

RINDUNYA....



Salam rindu buat semua....

Hmm... rindu sesgt dgn Msia walhal baru tak berapa hari tanah air ku tinggalkan. Paling lama Kak Meen pernah tinggalkan Msia ialah selama 3 bulan tapi kali ini cuma 10 hari aje tapi rasa rindunya terlebih2 ler pulokk...

Nak cerita panjang pun belum larat lagi sbb penat sesgt dan masih jet lagged lagi, apa pun sajalah nak eksyen tayang gambar terbaru kat atas tu. Hehehe... jgn mare arr & jgn jeles.... Cubalah teka lokasi gmbr ni... Esok2 bila dah hilang penat, insya-ALLAH Kak Meen akan buat n3 yg panjang sikit ttg percutian kali ini.

KOMEN PEMBACA...

Hari tu sewaktu 'menjelajah' (google Warna Hati), Kak Meen terjumpalah komen pembaca ni. Rasa seronok pula bila ada pembaca bukan Melayu yg sudi membaca novel Kak Meen & siap review lagi di blognya.

Thank you very much, Cmate.. for such a sweet review of Warna Hati

20 November 2008

Warna Hati

Book Title: Warna Hati
Author: Meen Zulaikha

Amount of Pages: 512

I've been wanting to read this novel for a long time, finally got my hands on a copy of it from the bookstore last week. And I've got to say - it's pretty addictive.

Warna Hati tells the story of a woman in her early thirties who is single and available. Her younger sisters are getting married one by one while she remains single as she crafts a career in the marketing industry. When the pressure to get married and be loved by a man weighs down her shoulders, she decides to give speed dating a try. There, she meets two guys - handsome stylish Erman and shoulder-length hair, Harith. While she decides on the man of her dreams, her mother forces her to marry Jefri, the man who once humilated her in public during high school days. Thus, the adventure of her love life begins. Three guys, one girl - whom will she choose?

This novel highlights two main issues: (1)True love will prevail with patience and (2)Conflicts of homosexuals. Each chapter is rich with a drama scenario of its own, keeping you at the edge of the pages as you flip from one to another. The flow of the story is neither too fast nor slow making reading a pleasure. Best of all, the dialogues, it's natural.

Do expect some creative storytelling approach in Warna Hati as the novel strongly portrays the creative mind behind the writer.

Friday, December 5, 2008

Salam buat semua...

Kak Meen ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam, teristimewa buat pengunjung blog ini. Moga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati, amin....

Kepada mereka yang menjalani ibadah haji dan korban, moga ibadah anda diterima dan diberkati jua hendakNya. Andai ada salah dan silap serta terkasar bahasa, maaf jua Kak Meen pinta.

Monday, December 1, 2008

MATAHARIKU...

Rasa mcm best sgt lagu ni, sesuai dgn jiwaku. Tak cukup layan dgr, Kak Meen tempek lak seni katanya kat sini.

Agnes Monica - Matahariku

Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau

Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi

Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu

Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi

Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku

Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu

Wednesday, November 26, 2008

ALAHAI, SENANGNYA HIDUP...

Hari tu sewaktu berjalan2 ke blog Lily Suryani, Kak Meen terbacalah bab bread maker ni. Dan dan tu jugak Kak Meen redah ke dapur ngintai bread maker yg dah lama terperuk di kabinet dapur. Haha... rasanya dah lebih 2 tahun mesin tu Kak Meen tak gunakan, hinggakan hampir terlupa akan kewujudannya.

Maka bersegeralah Kak Meen ke pasaraya berhampiran untuk membeli yeast (bahan2 lain sprt tepung, gula, garam, susu segar & marjerin mmg sedia ada di rumah) dgn semangat yg berkobar2 hendak membuat roti. Selak lebih kurang manual tu (almaklumlah dah bertahun tak buat), Kak Meen pun terus campak semua bahan2 yg disebutkan tadi tapi mengikut sukatanlah.
Alhamdulillah, mujurlah bread maker tu tak merajuk meroyan bagai. Hah, skrg ni kalau tak setiap hari, pasti selang sehari ada saja yg request suruh buat roti. Akak tak kisah... senang bebenor membuatnya, campak aje segala bahan pastu tekan butang on. Genap 3 jam roti dah siap utk dimakan. Dan yg paling best semerbak satu rumah dgn bau roti fresh dari oven.

Aha... lagi satu ciri penting bread maker ni, dia ada automatic time setting. Blh setkan time. Contohnya nak mkn roti utk sarapan, Kak Meen siapkan semua bahannya masuk ke dlm bread maker pada waktu mlm & set timer. Tau2 esok roti dah siap utk dimakan. Alahai, senangnya hidup...

(Nota: T/kasih Lily, kerana n3 mu dpt jugalah dimanafaatkan bread maker ku itu yg telah sejak sekian lama menjadi gajah putih)

Dah hampir 4 tahun usia bread maker ni. Hrp2 blh bertahan ke patplo ribu tahun lagi, hahaha..


Roti biasa, sedap dimakan panas2. Dgn bread maker, org yg tak pandai memasak pun blh hasilkan roti sebegini. Dan tanpa bahan pengawet. Hmm.. agaknya mesti Chef Norz & Ah Mat Gebu gelak sakan andai mrk terbaca n3 ni & melihat 'kepakaran' Kak Meen, huahahaa... (tiru gelak Lily Suryani)


Roti kismis, roti favoritku yg enak & lazat. Tapi tergelap sikit keraknya kerana terlupa nak tukar crust setting kpd light.

Tuesday, November 25, 2008

FORUM BERPAUT DI DAHAN CINTA...

Ahad (23 Nov 2008) - Kak Meen telah diundang sebagai tetamu jemputan utk menghadiri forum Berpaut Di Dahan Cinta, iaitu sebuah forum yg bertemakan perkahwinan/kekeluargaan anjuran Majalah Muslimah/ NISA' Gombak. Forum yang bertempat di Dewan Besar LPPKN, Jalan Raja Laut itu mengungkai erti cinta berlandaskan Islam.

Tidak rugi menghadiri forum sebegini, biar pun para peserta dikenakan sedikit bayaran tetapi byk pengisian yg blh diperolehi sepanjang forum berlangsung. Ahli2 panelnya pula terdiri dpd Ustaz Hasrizal Abd. Jamil (penulis blog Saiful Islam), Dr. Robiah Hamzah (pakar motivasi) & Dayangku Intan Tunku Hamid. Manakala Farah Adeeba Mohd Asyraf (personaliti TV9) selaku moderator.

T/kasih byk Kak Meen ucapkan kpd Nik Fauziah Nik Hussin, editor Majalah Muslimah yg telah sudi menjemput Kak Meen & Kak Anis utk turut memeriahkan forum tersebut.

Nik Fauziah, org kuat Majalah Muslimah sdg berucap..

Ahli2 panel dari kanan: Dayangku Intan, Ustaz Hasrizal, Dr. Robiah & Farah Adeeba (moderator)

Dayangku Intan, Kak Meen, Anis & Farah Adeeba

(Nota: Kak Meen mmg minat dgn lagu2 nyanyian Dayangku Intan ni & salah satunya (Kita Insan Biasa) diabadikan dlm KYS, tapi cuma 2 rangkap saja ler... bab masa Elena tgh frust bila Saiful reject kerana dia hanyalah 'mawar pudar warna'...
Kak Meen, Anis, Dayangku Intan & Nik Fauziah

Siap ada sarapan & mkn t/hari lagi... Kak Meen duduk semeja dgn Anis & Farah Adeeba

Hah, tak sangka pula dipanggil utk jadi penyampai hadiah cabutan nombor bertuah. Pemenang bertuah ni pula kalau tak silap Kak Meen berasal dari Bintulu
Tamat saja forum, jamuan mkn t/hari pula menyusul. Lepas tu ala2 pacat (yelah pacatkan lepas kenyang mkn terus cabut) kami bergegas ke Puchong pula. Rasa besar hati sgt bila rakan penulis, Lynn Dayana mengundang ke rumahnya. Seronok dpt berkumpul ramai2 bertukar2 cerita. Kpd Lynn, terima kasih daun keladi ya...
Antara yg hadir di rumah Lynn ialah Damya, Aleeya, Eka, Ika, Rose, Lily Haslina, Kak Meen, Norzailina, Anis & Bikash

Monday, November 17, 2008

Salam buat semua...,

T/kasih byk kpd mrk yg masih sudi mengunjungi blog ini wlaupun dah lama Kak Meen tak buat n3 baru. Maklumlah skrg ni tgh sibuk kerana baru saja berpindah ke rumah baru jadi byklah benda2 yg nak kena urus. Langsung tak membantu bila di kawasan baru ni, broadband tu meragam pula jadi lembab semcm, maka terpaksalah bertukar pula kpd streamyx.

Alasan seterusnya kalau rumah ni 'bersawang' lagi, anggaplah Kak Meen sibuk dgn manuskrip yg dah lama terbengkalai tu, hehehe... Kisah benar ni... yelah, jeles gak tgk rakan2 penulis lain muncul dgn buku baru mereka.

Hmm... pejam celik, pejam celik sedar2 cuti sekolah dah pun bermula. Kpd yg sdg enjoy sakan bercuti atau pun merancang utk bercuti, Kak Meen ucapkan 'Selamat Bercoti..' moga anda semua riang ria sentiasa...

Monday, October 20, 2008

HARGA MINYAK TURUN, HARGA BARANG?

Harga minyak dah dua kali turun tapi harga barang2 masih tak turun2. Time nak naikkan harga barang2, mereka ni tak menyempat-nyempat tapi bila laa ni harga minyak dah turun, harga barang masih kekal tak berganjak. Agaknya polisi dia org ni what goes up, stays up kut..

Nasib lerr... cukup tahun nanti, org dpt bonus, naik gaji etc... pasti harga brg2 akan meningkat lagi.

last2 Kak Meen buka kedai sendiri, hihihi.. Antik kan brg2 dlm kedai ni?

Tuesday, October 14, 2008

TAGGED...

N3 kali ni kira nak langsai 'hutang' dgn Iris Ixora yg dah lama sgt Kak Meen tangguhkan, huhu... procrastinate is my middle name sejak dua menjak ni. Sorry Iris, terpaksa peram lama sgt...

3 Tabiat buruk time sekolah

1. suka main tulis2 nota pastu passing kat geng masa cikgu tgh mengajar (utk subjek/cikgu yg boring ajelah)

2. pura2 serius bca buku tapi sbnarnya bca buku cerita yg terselit kat dlm tu (slalu buat keje ni time prep waktu mlm, nak hilangkan ngantuk, hehehe..)

3. ponteng, cabut lari balik asrama (best, blh tido jap sblum gi prep) ikut pagar belakang selepas time recess sbb cikgu slalu tak masuk kelas lepas exam. Azab weh, duduk kat kelas yg bingit dgn budak2 lelaki yg suka memekak/b'gaduh.

3 Favourite subjek anda.... Kenapa?

1) Home Science/Cooking Class (Form 1 - 3). Best sesgt sbb lepas masak dpt mkn, huhu... boring pekena nasi kawah tiap2 ari, kekdg tgk lauk dia pun rasa nak nangis.

2. Sastera - best, dpt bca novel. Belajar pun rasa senang nak ingat sbb mcm baca buku cerita. Semangat nak belajar pun tinggi sbb suka tgk pesen baju Pn. Madihah (guru) yg pelbagai tu.

3. English - rasa seronok sgt bila pandai ckp omputeh, blh aksyen tayang kat org kampung, wahaha...

3 Subjek anda tak suka... Kenapa?

1. Home Science/Sewing (Form 1 - 3). Menciknya daku time kelas menjahit ni. Jahit pun lintang pukang sampai sendiri naik malu nak pakai apron, pijama dan baju kurung Kedah yg senget benget tu. Huishh.. nasib baik lulus..

2. Maths - huhu, maths makes me maddd.... sbb dedolu kena pakai sempoa tu yg tak reti nak kira, hahaha... (bab sempoa tu juz kidding). Tapi yg peliknya kira duit retilah pulokk...

3. Lukisan - tgn kayu, langsung tak reti melukis.

Menarik pada kamu....?
Mata... sepasang mata bisa mengungkap seribu rahsia

Kamu paling suka...?
Melancong, surfing the net, baca novel/majalah, berangan (pastu merapu karang novel utk korang baca, hihihi...)

Anda tidak boleh hidup tanpa...?
Keluarga, handphone, buku2 (novel, majalah, etc), my laptop (hah, tak ada benda ni camner nak mengarang, kan?)

Setiap malam sebelum tidur siapa yang anda hubungi...?

ALLAH, Tuhan yg maha esa - biarlah hambaMu ini lena dgn kalimahMu menghiasi bibir..

Mangsa2 Kak Meen:

- Bikash

- Fatin Nabila

- Hani Fazuha

- sesiapa saja yg terasa nak main game ni..

Saturday, October 11, 2008

RAYA...

Salam lebaran...

Apa khabar semua? Tentu masih dlm mood raya, kan? Dan hari ini pasti ramai yg sibuk ke sana ke mari memenuhi undangan rumah terbuka, tak pun mengadakan rumah terbuka. Asalkan jgn rumah yg dipaksa buka sudahlah mcm yg berlaku di rumah nenek saudara Fira di JB hari tu.

Simpati betul Kak Meen kerana dlm riang ria org lain menyambut raya, mereka bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Kisahnya, mlm raya tu sebaik aje balik ke rumah sesudah berpenat menyediakan juadah raya di rumah moyang, tau2 dah ada org pecah masuk ke rumah.

Kak Meen pun tumpang sedih sbb pencuri tu sapu licin wang, brg kemas & jam tgn berjenama kepunyaan tuan rumah. Hilang terus mood mereka nak beraya, dahlah di Ramadhan kelima hari tu mereka kehilangan ketua keluarga, pastu rumah pulak dimasukki pencuri. Apa pun takziah buat Aunty Nor, moga tabah selalu & Al-Fatihah buat arwah Uncle Mat, moga rohnya dicucuri rahmat, amin...

Er... sambung balik bab rumah terbuka ni... Kak Meen pun ada beberapa undangan untuk hari ini dan esok. Insya-ALLAH andai tiada aral, akan kupenuhi undangan dari teman2ku itu. Alahai... makin bertambahlah ukuran pinggang nmpknya, huhu...


kenangan Syawal 2008 - puteri2 permata hatiku..

Sunday, September 28, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...

Salam buat semua...

Hanya beberapa hari saja lagi Syawal bakal menjelang tiba. Dikesempatan ini Kak Meen ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, maaf jua dipinta andai ada salah & silap serta terkasar bahasa atau tersentuh hati dgn kata2/perbuatan Kak Meen. Almaklumlah kitakan cuma insan biasa yg tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Semoga anda semua ceria & bahagia menyambut lebaran di samping keluarga & org tersayang.

Minal Aidil Wal-Fa'izin, mohon maaf zahir & batin...

Thursday, September 25, 2008


Telatah si Mia menghendap ikan ni tanpa disangka telah tersiar di ruangan Thumbnails di akhbar The Star hari ini (25/9/08). Melompat suka si Fira sebab usahanya menghantar gambar ini beberapa hari lepas berbaloi kerana dia menang RM50/- Hah, awal2 lagi dia dah dpt duit raya...

Wednesday, September 10, 2008

BRAIN DAMAGING HABITS

Masa 'menjelajah' tadi Kak Meen terbaca artikel menarik ni. Rasanya byk juga benda2 yg termaktub di bawah tu yg sering kita lakukan tanpa menyedari betapa mudaratnya perbuatan tu terhadap otak kita. Insaf insaflah ya...

1. No Breakfast
People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

2. Overeating
It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3. Smoking
It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.

4. High Sugar consumption
Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.

5. Air Pollution
The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.

6. Sleep Deprivation
Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.

7. Head covered while sleeping
Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

8. Working your brain during illness
Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.

9. Lacking in stimulating thoughts
Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.

10. Talking Rarely
Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain

Saturday, August 30, 2008

RAMADHAN AL-MUBARAK..

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak buat semua umat Islam, moga ibadah puasa kita & ibadah2 lain diberkatiNya, amin...

Sempena bulan Ramadhan yg mulia ini, Kak Meen mengambil kesempatan memohon maaf kpd anda semua andai ada yg tersinggung & tersentuh hati dgn kata2/coretan mahu pun perbuatan yang mungkin telah Kak Meen lakukan tanpa disedari/disengajakan. Maafkan daku ya...

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA..

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51 buat Malaysia!
Moga Malaysia terus kekal aman makmur, sentosa, gemilang & terbilang.

Salam merdeka utk semua rakyat Malaysia walau di ceruk mana sekali pun anda berada. Jgn lupa kibarkan jalur gemilang ya...


Tuesday, August 26, 2008

BANGKOK - PART 2

Hari ketiga di sana, kami ke Safari World yg jarak perjalanannya lebih kurang 40 minit dari hotel dgn menaiki teksi. Tambang teksi kena pandai2 bargainlah, hala pergi di caj 300 baht & balik pula dah pandai sikit tu yg dpt 200 baht.

Sengaja kami pergi selepas jam 9 pagi utk mengelakkan kesesakan lalu lintas wlaupun tempat itu dibuka jam 9 pagi. Tiket masuk berharga 700 baht/pax (RM70) kami beli siap2 di tour agency (tempat yg sama kami beli utk ke pasar terapung, dll) yg diiktiraf oleh Tourism Authority of Thailand (TAT). Di booth pintu masuk ke Safari World, harga tiket ialah 750 baht/pax, jadi kira jimatlah sikit.

Safari World ni terbahagi kpd dua iaitu Safari Park & Marine Park.

Panorama yg sungguh indah di Safari Park. Paling sweet ada zebra tgh menyusukan anak kat tgh padang tu...


Struktur atap tu mmg melengkapkan safari ni, nampak cantik pulak. Segala jenis haiwan ada kat sini & mrk hidup dlm kelompok kumpulan masing2.

Gambar ni dirakamkan dari dlm coach Safari World yg selesa & berhawa dingin. Jgn lupa beli tiket coach ni sewaktu di kaunter tiket. Harganya cuma 20 baht/pax (RM2). Bas yg dipandu perlahan itu akan membawa anda mengelilingi kawasan sekitar Safari Park. Best dpt tgk harimau, singa, beruang, zirafah, hippo, dll dgn lebih dekat.

Kumpulan singa ni sdg berehat, tak pun tgh tunggu diberi makan kut. Sian tgk perut singa yg melempeng kempis tu..

Ini kombo muzik org utan. Mcm2 acara ada termasuklah kick boxing tapi kami terlewat tiba di sini, waktu tu persembahan dah separuh jln. Tak tahan dgn org ramai yg bersesak2 & bertolak2an, kami angkat kaki mendahului yg lain ke gelanggang seterusnya di Marine Park pula sebelum persembahan orang utan tu tamat.

Hah, tgklah tu... sesak, kan? Gelanggang sikit punya besar tapi sampai kat tangga ada org duduk, yg berdiri kat belah2 belakang lagi. Kami pergi hari Rabu bukannya hujung minggu atau cuti umum mrk tapi hampir separuh penonton adalah kanak2 sekolah. Tiap kali habis show semua berebut2 maraton ke gelanggang seterusnya...

Singa laut pun pandai berdansa! Satu yg Kak Meen puji, persembahan binatang2 kat Marine Park di Safari World ni mmg bagus & menghiburkan. Kira ada klas gitu...

Panas sgt kut sampai singa laut ni terpaksa pakai payung, hehe..

Ini pula tempat persembahan Western Cowboy Stunt. Kalau tak nak kuyup tersimbah air, jgn duduk betul2 di depan gelanggang berhampiran perigi & bekas berisi takungan air tu. Lagi satu jgn terkezut, binatang yg mula2 keluar membintangi show ini ialah sekumpulan vavi, almaklumlah kunon2nya di ladang omputeh zaman dolu2.

Di akhir persembahan agak bingit jugaklah sbb byk tembakan & ledakan di sana sini, tu yg sampai dinding runtuh bagai. Hah, part ni mesti org lelaki suka sbb ada pompuan seksi tgh salin baju time dinding tu runtuh... huhu..

Ini pula persembahan 4 ekor ikan lumba2 dlm pelbagai aksi termasuklah 'menyanyi' siap ikut nota muzik lagi. Kiut sgt dolphin2 ni...

Lagi aksi ikan lumba2. Dua di antara jurulatihnya ialah wanita.

Inilah julung2 kalinya Kak Meen tgk/dgr ikan paus beluga buat persembahan. Macho aje lagak si jurulatih tu tunggang ikan tu. Mesti kerek giler agaknya kan sbb ntah2 kat Asia ni dia sorng aje yg blh buat cam tu. Ke Kak Meen yg dah ketinggalan zaman?

Man & his animal! Inilah dia ikan paus beluga tu yg di akhir persembahan mendpt tepukan gemuruh.
Ada dua lagi persembahan selepas itu yg kami tak tonton iaitu Spy War & Bird Show sbb dah tak larat & perut rancak main lagu keroncong (makanan di restoran & gerai kat situ tak halal). Rancangan asal kononnya nak ke Taman Tema Siam Park yg tidak berapa jauh dari situ pun terpaksa dilupakan sbb dah letih sgt duk berlari2 dari satu gelanggang ke satu gelanggang. Lagi pun rasa tak berbaloi sbb hari dah petang.
Keesokkan harinya sebelum balik ke KL ingat nak lawat ke Grand Palace tapi dinasihatkan agar tidak ke sana kerana ada demonstrasi. Mungkin di lain kali kami akan berpeluang utk ke sana pula & beberapa tempat lain lagi yg tidak sempat dilawati buat kali ini.

Sunday, August 24, 2008

BANGKOK - PART 1

Salam buat semua...

Kali ni Kak Meen nak kongsi pengalaman ttg percutian ke Bangkok pula sempena lawatan kami ke sana baru2 ni.

Kami tinggal di hotel tertinggi di Thailand iaitu Baiyoke Sky yg mempunyai 88 tingkat. Gambar replika hotel ni diambil di observation deck di tingkat 77. Nampak tak pemandangan bandaraya Bangkok di waktu malam kat background tu?

Padatkan bandaraya Bangkok? Pemandangan ni dari bilik kami menginap di tingkat 55. Menginap di Baiyoke Sky mmg best & selesa tapi sewa bilik agak mahal. Kalau bilik tu dia dah specify utk 2 org, tak ada kes nak main tumpang bilik/katil tanpa bayaran. Asal umur 12 tahun ke atas mesti kena caj 1000 baht (lebih kurang RM100) utk katil ekstra. Tak boleh nak elak sebab dia cek paspot.

wanita ini sdg mengasingkan batu2 nilam. Batu nilam
& delima merupakan antara hasil galian yg dilombong
di Thailand..
Hari pertama di sana dah kena 'kidnap' dgn pemandu tuk-tuk. Kami nak ke agensi pelancongan (tour agency di lobi hotel pun ada tapi mahal) buat ground arrangement namun dia beria2 memujuk agar ke Gems' Store terlebih dahulu; tak beli pun tak apa, katanya. Patutlah pun, rupanya setiap kali bawa pelancong ke sana dia akan diberi kupon diesel percuma. Cis, tak pasal2 dah tergoda utk beli sesuatu di sana, ahaks... alahai, mmg rambang mata tgk emas permata yg ngelip2 tu..

Hari kedua bermula seawal jam 7 pagi (8 pagi waktu Msia). Destinasinya Pasar Terapung Damnoen Saduak. Perjalanan dari hotel memakan masa kira2 sejam setengah. Hah, kat sini pagi2 lagi pun dah 'trafik jam', siap berlaga2 bot lagi...

Pengalaman yg menyeronokkan menaiki sampan di pasar terapung Damnoen Saduak menyusuri Sungai Menam Chao Phraya, sungai yg panjangnya 370km (menurut kata pemandu pelanconglah. Kak Meen tak sempat nak cek fakta). Kat sini brg2 souvenir mahal jadi beli buah2an aje..

Salah satu aksi yg mengerikan di Samphran Elephant Ground & Zoo.
Ini pulak aksi Fira dgn si sawa di Snake Farm. Tak kuasa ditinggalkan sendirian, hendak tak hendak Kak Meen melangkah juga ke Snake Farm tengok Cobra Show. Hisy, geli campur ngeri tgk ular2 tu semua..

Terpegun melihat kehalusan seni pertukangan tangan di Wood Carving Factory.
Sekejap sgt masa diberikan di sini, tak sempat habis jelajah dah kena ke tempat seterusnya sebab sudah hampir waktu makan t/hari.

Time beri gajah makan ni mmg seronok. Tak sedar habis RM20. Mmg rasa kena 'sembelih' kat tempat ni (tak ingat pulak apa nama tempatnya) sbb sebakul pisang 100 baht (lebih kurang RM10). Tapi tak apalah sedekah kat gajah. Nak naik gajah pula dikenakan 600 baht/pax utk 30 minit & antara laluannya ialah di kawasan hutan berdekatan. Kak Meen tak naik pun sbb time tu matahari tgh tegak kat atas kepala pas tu rasa mcm ngeri aje nak panjat atas belakang gajah tu..

Ini pula di Samphran Elephant Ground & Zoo. Gajah2 ni bukan saja pandai main bola sepak malah 'jersi' mereka pun sama mcm footballers terkenal dunia tu.

Mcm2 aksi boleh dilakukan oleh gajah2 ni. Dlm pada terhibur melihat aksi2 gajah ni terselit juga perasaan sedih mengenangkan bagaimanalah agaknya latihan intensif yg terpaksa dilalui demi mengikut kehendak si mahout (gembala gajah)..

Thailand dan gajah mmg tidak dpt dipisahkan. Ini pula lakonan semula bagaimana gajah membantu menyerang musuh pada zaman dahulu. Hebat adegan ni, siap ada beberapa das tembakan meriam yg menggegarkan & api membakar kampung..

Anak2 gajah ni jinak & comel. Nak posing dgn mereka kena bayar 50 baht.

Destinasi terakhir dlm itineri ialah ke Rose Garden, tapi tak ada bunga ros pun di sini. Yang ada cuma pertunjukan kebudayaan dan kick boxing.

Pertunjukan pelbagai jenis tarian dari wilayah utara hinggalah ke selatan Thai. Juga ditonjolkan adat istiadat perkahwinan Thai.
Hampir Maghrib baru kami pulang semula ke hotel. Berehat sekejap, selepas makan malam sambung pula ronda2 di pasar malam di kawasan sekitar hotel. Yang bestnya pasar malam pun ada 2 sesi; 3 ptg - 12 mlm & 3 pagi - 9 pagi. Tetapi setiap pagi Isnin lengang sebab police patrol day, jadi yg tak ada permit cuma akan mula berniaga pada lewat petang utk mengelak dari dikenakan tindakan. Yang tak bestnya merata-rata ada org jual vavi a.k.a. kerbau pendek, cuak betul tiap kali nampak asap org bakar sate atau salai daging sampai rasa nak meletup dada tahan nafas sbb tak kuasa nak hidu.
Nanti sambung lagi ya...

Saturday, August 9, 2008

HAPPY B'DAY FIRA...

Hari ni Fira sambut ulang tahunnya yang ke 15. Dlm pada tension sbb trial PMR hari Isnin (11/8) ni, sempat pulak dia memperagakan 3 pasang cermin mata papanya sebegitu rupa. Hmm... ini mesti kes dah bosan duk ngadap buku & nak release tension agaknya.

Happy B'day, Fira.. moga panjang umur, sihat sejahtera selalu, dimurahkan rezeki & hidup sentiasa diberkatiNya dan... best of luck in your coming exam!