Tuesday, April 29, 2008

ALAHAI... MOGOKLAH PULAK..


Hah, tengoklah tu... sikit punya ganas ari ni Kak Meen. Ni semua sebab geram punya pasallah. Tetibalah pulak hari ni mesin basuh tu nak buat hal. Dahlah orang nak cepat sbb ada urusan kat luar, alih2 bila kita jengah kat dapur tengok dia tak siap2 lagi buat kerja. Selalu tu on aje pas tu tau2 dah siap utk dijemur. Tapi kali ni boleh pulak dia mogok tak nak spin dry. Rasanya memang konpem dia mintak dipencenkan, almaklumlah dah 7 tahun lebih berbakti. (kalau tak nak pencen pun harus ku pencenkan jua dgn pelbagai alasan agar dpt mesin basuh baru, hahaha... inilah masanya.)

Maka terpaksalah jemariku yg sering sakit2 ini terpaksa bekerja lebih untuk memerah kain baju itu secara manual & harapnya utk hari ini saja. Maka Kak Meen akan bersegera mengajak 'orang tu' cari pengganti. Yahoo... harap2 dapatlah hari ini jugak..




Wednesday, April 16, 2008

KENANGAN PESTA BUKU 2008













Berdiri: Carrie, Abg Long, Kak Meen, Aleya & Fatin
Duduk: Hezy, Dhiya, Anis & Mersik


Kak Meen, Umi, Rose, Damya, Norz & Lily





Bersama Alyze, pu3 & teman mrk




Ryn, Anis, Izzul & Kak Meen










Kak Meen, Alyze & Norz


Bersama warga kerja Alaf 21

Salam buat semua..

Pesta Buku 2008 baru saja berlalu meninggalkan pelbagai kenangan manis & juga pahit. Seronok dpt berjumpa rakan2 penulis, teman2 di alam siber yg pernah singgah di blog atau beremel & para pembaca novel sprt Kak Noor, Notie, Nacha, Izzul, Adhan, Rehanz, Rinn (hisy, kenapalah tak kenalkan diri sdgkan akak tertunggu2), Ryn (Brunei), Alyze (Spore), Mayang Sari & ramai lagi. Maaf kalau nama anda tidak disebut tapi ketahuilah bahawa sesungguhnya anda istimewa di hati Kak Meen.
Terima kasih buat Alaf 21 yg sudi menjemput Kak Meen & warga kerjanya yg bertungkus lumus sepanjang Pesta Buku berlangsung. Terima kasih juga kpd semua yg telah sudi menyapa Kak Meen & terima kasih buat para pembaca yg telah memberikan sokongan.
Kat atas tu sebahagian drp gambar2 yg sempat Kak Meen rakamkan dan ada juga yg di 'rompak'.

Sunday, April 6, 2008

WARNA HATI

Suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.


Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.


Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki, Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman, playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.


Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri terlerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka...

WARNA HATI

Salam buat semua...

Kak Meen rasa seronok sgt kerana petang semalam novel terbaru Kak Meen, Warna Hati telah pun berada di booth Alaf 21 di PWTC. Kak Meen turut berada di sana bersama para penulis Alaf yang lain. Hari ini Ahad (6/4/08) Kak Meen berada di sana lagi & begitu juga pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad (11 -13 April 2008).

Kepada sesiapa yg berminat, novel Warna Hati pra cetak utk Pesta Buku ini belum berada di pasaran (mungkin dlm bulan Mei nanti) dan hanya boleh di dapati di booth Alaf 21 di PWTC sepanjang Pesta Buku yg berlangsung pada 4 - 13 April 2008.

Terima kasih kerana masih sudi menyokong Kak Meen.

Thursday, April 3, 2008

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2008

Pesta Buku Antarabangsa 2008 akan bermula esok sehingga 13hb April 2008 di PWTC.

Isnin - Khamis 10.00 pagi - 7.00 malam
Jumaat - Ahad 10.00 pagi - 9.00 malam

Insya-ALLAH Kak Meen akan berada di Booth Alaf 21


Jumaat 11 April
Norzailina Nordin, Lily Haslina, Rose Harissa, Meen Zulaikha, Damya Hanna

Sabtu 12 April
Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Damya Hanna, Meen Zulaikha, Aisya Sofea, Richie Rachman, Aleya Anessa, Fatin Nabila, Lynn Dayana, Ramlee Awang Murshid, Qaira Qasidah, Rose Harissa

Ahad 13 April
Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Damya Hanna, Meen Zulaikha, Aisya Sofea, Richie Rachman, Lily Haslina, Lynn Dayana, Aleya Aneesa, Fatin Nabila, Hezzy Azra

Wednesday, April 2, 2008

HAPPY BELATED B'DAY, ANIS..


N3 ni sepatutnya Kak Meen letak semalam tapi arghh... menciknyer... server buat hal lak malam tadi tu yg hari ni baru dapat letak.


Semalam kan hari jadi Anis, jadi petang semalam Kak Meen pergilah terjah ke rumah dia nak ngintai tgk dia buat apa dah lewat petang tu. Cian pulak tgk si Anis tu kepenatan baru balik dari sekolah, mmg slalu kul 4 ptg gitu baru dia sampai rumah. Wah, terpegun Kak Meen tgk jambangan bunga sebesar pemeluk tergolek kat atas meja tapi hadiah dari Kak Meen utk Anis kecik aje. (Hey, its the thought that matters kan? Betul tak? Betul...) Nampak juga jambangan bunga ros kuning dan kek bagai. Sapa lak yg bagi tu? Huhu... yg pasti jambangan besar tu dari sominya terchenta..


Selamat Hari Jadi, Anis... moga panjang umur, murah rezeki & hidup sentiasa diberkati, amin.

Tuesday, April 1, 2008




masing2 begitu tekun mendengar penerangan Kak Anis..




Kak Meen tempekkan di sini gambar2 sesi Kak Anis berkongsi pengalamannya sebagai penulis & guru bersama para pelajar di UPSI, Tg. Malim. Kami ke sana atau lebih tepat lagi ke Kolej Aminuddin Baki pada hari Ahad (23/3/08). Kak Meen yg asalnya sekadar menemankan Anis Ayuni yg di undang utk berbicara ttg dunia penulisan & kerjaya turut 'terheret' sama pada sesi tersebut. Cerita sajalah apa yg patut wlaupun pengalaman Kak Meen sebagai penulis baru setahun jagung.
P/S. Anis, lain kali cakap terang2 yek nak gi mana... huhu, jauh tu..