Friday, August 28, 2009

SELAMAT HARI MERDEKA


Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 52 buat Malaysia, moga kekal gemilang dan terbilang, aman damai dan sentosa selamanya.


(p.s. kartun tu cute sgt, hrp tuan punya blog tak marah Kak Meen ceduk dari blognya, ampun...)

Wednesday, August 26, 2009

MENJAGA PUASA..

Puasa akan sempurna dgn menjaga 5 perkara

1. Memejamkan mata dari segala sesuatu yang tercela menurut syarak.

2. Menjaga mulut dari perkataan atau membicarakan ttg keaiban org lain.

3. Menahan telinga dpd mendengar sesuatu yg dibenci, cth: umpat keji & nyanyian yg melalaikan.

4. Menggunakan dan memakan makanan serta minuman yg halal lagi berkat dan menjauhi makanan serta minuman yg syubhah, cth: produk Yahudi & sekutunya.

5. Hendaklah org yg berpuasa tidak terlalu byk makan sampai perut penuh saat berbuka walaupun makanan itu halal.

Sekian, tazkirah ringkas tapi bernas yg Kak Meen ceduk dari blog org lain utk kita kongsikan bersama.

Thursday, August 20, 2009

MAJLIS PELANCARAN NOVEL ALEYA ANEESA

Tahniah buat rakan penulis, Aleya Aneesa sempena pelancaran lima buah novelnya yg telah berlangsung di Hotel UITM, Shah Alam petang semalam. Majlis diserikan lagi dgn kehadiran penyanyi & pelakon Erra Fazira yg telah dijemput khas utk upacara perasmian.

Saksikanlah sendiri kemeriahan majlis tersebut melalui foto-foto yg sempat Kak Meen rakamkan di bwh tu.


Aleya diapit oleh Encik Norden & Erra duduk di atas pentas. Dpt Kak Meen rasakan debaran Aleya yg kelihatan sgtlah jelita semalam. Hari2 biasa pun dia semmgnya cantik, tapi smlm lebih menyerlah.


Erra Fazira sdg menggunting pita tanda perasmian majlis (foto ni Kak Meen ciluk dari blog Hani Fazuha. Jgn mare arr Zue.. sharing is caring, hehehe..)


Suka tgk cover-cover novel yg difremkan ni. Cantik! Hmm.. ini yg membuatkan semangat Kak Meen berkobar-kobar ni..


Rakan penulis yg turut hadir memeriahkan majlis


Bersama pengacara majlis, Richie Rachman & org kuat Alaf FC iaitu Ina, Mersik & Abang Long. Nak tau siapa yg anggun di sebelah Kak Meen tu, kenalah tanya Abang Long..


Sehati sejiwa Bikash & adiknya, Rehal Nuharis. Kesian diaorg ni ketinggalan zaman, kan Anis? Kita dulu masa sekolah rendah dah jenuh angkat jari dua btg mcm tu, time hippies & woodstock melanda. Hehehe... "PEACE" Bikash & Rehal!


Masa ni Erra dah nak balik, tapi Kak Meen sempat lagi buat road block. Alahai.. tetibalah pulak rasa minat dgn rancangan Gugu Gaga Erra. Hehehe.. mmg sah ayat bodek! Nmpk tak tgn Erra yg memeluk mesra bahu Kak Meen? Hah, jgn jeles. Tabik kat Erra yg sabar melayan karenah para peminatnya yg tidak habis2 hendak berposing dgnnya & mintak autograf.


Kreatif & menarik dekorasi yg dihasilkan oleh team Alaf.


Sudut perasmian ni pun team Alaf yg hasilkan.

Terima kasih daun keladi kpd pihak Alaf 21 yg sudi menjemput Kak Meen utk turut sama memeriahkan majlis.

Monday, August 17, 2009

MENGHITUNG HARI...

Hmm... skrg ni Kak Meen tgh menghitung hari menunggu 'kelahiran' GR (hrp judulnya kekal begitu). Bilalah agaknya ya? Kak Meen sendiri tiada jawapan yg pasti. Kpd yg berminat tu sama-samalah nantikan ya & teruskanlah menyokong. T/kasih di atas sokongan anda selama ini & t/kasih jua kerana sudi melontarkan pertanyaan melalui emel & chat box bertanyakan perkembangan terkini ttg novel terbaru Kak Meen. Dan kpd yg belum pernah membaca hasil karya Meen Zulaikha, sudi-sudikanlah menatapnya ya..

Tuesday, August 4, 2009







Mesti anda tertanya2 apa yg istimewa sgt ttg lukisan2 di atas sdgkan bersepah lagi lukisan2 lain yg lebih menarik, betul tak?

Sebenarnya lukisan2 yg telah dicetak semula dlm bentuk kad raya dan kalendar ini adalah hasil karya mereka yg tidak mempunyai tangan. Ya, inilah hasil karya pelukis2 yg melukis sekadar menggunakan kaki atau mulut. Kad raya dan kalendar ini adalah hasil usaha dari Persatuan Mouth & Foot Painting Artists Sdn Bhd.

Tahun lepas, sekadar beberapa keping kad raya yg dikirimkan kpd Kak Meen. Tapi tahun ini, bertambah pula dengan kalendar. Seperti tahun sudah juga, tidak sampai hati Kak Meen hendak memulangkannya semula. Lebih2 lagi setelah membaca surat yg dikepilkan bersama yg telah ditandatangani oleh Mat Jamil Bin Ramli (bekas ahli sukan Paralimpik mewakili Terengganu). Dia menulis dgn kakinya (lihat gmbr). Jadi, hendak tak hendak bayar ajelah melalui pos biarpun harganya agak mahal jika dibandingkan dgn kad raya yg dijual di pasaraya. Tidak mengapalah, inilah sumbangan kecil Kak Meen disamping memberi sokongan kpd mereka. Kagum sebenarnya melihat hasil karya serta kegigihan mereka yg berusaha berdikari utk mencari pendapatan sendiri.

Tapi hairan juga ya, mcm mana dia org ni tahu yg Kak Meen dah berpindah? Sesaja hantar berpandukan buku panduan telepon atau apa? Ada ke sesapa yg turut mengalaminya?