Sunday, November 13, 2011

FIESTA BUKU KARANGKRAF...

Jgn lepaskan tawaran hebat ini. Diskaun sehingga 70%

Friday, November 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam, teristimewa sekali buat pengikut2 blog MZ yg masih setia di sini walaupun ada ketikanya berkurun tidak di update. T/kasih byk...

Wednesday, October 19, 2011

NORA ELENA KE ANUGERAH SKRIN 2011...

Ptg tadi k.meen sempat menghadiri sidang akhbar Anugerah Skrin 2011 bertempat di Double Tree by Hilton. Pergi pun setelah dipelawa oleh Maizura Ederis kerana Nora Elena turut tercalon di peringkat awal pusingan dlm kategori drama rantaian terbaik.

Bagi kategori drama rantaian, 10 yg tercalon ialah Asmara 2, Juvana, Nora Elena, Syurgamu Ramadan, Trilogi Cinta, Roda-Roda KL, Dia Bukan Maryam, Lagenda Budak Setan, Akinabalu & Tanah Kubur. Wah, hebat-hebat belaka!


Anugerah Skrin 2011 bakal diadakan di PWTC pada 4hb Nov 2011


Bila belon dilepaskan, kami yg kebetulan duduk di bawahnya lemas sekejap ditimpa. Hehe.. nasib baik bukan batu,huhu... Tema kali ini ialah golden glamour. Patutlah serba serbi nmpk keemasan...


Ally Iskandar & Rozita Che Wan bakal mengacarakan majlis nanti. Rozita kehilangan seorg peminatnya kerana x sudi luangkan masa seminit..


antara para pelakon yg hadir...




rasa seronok sgt dpt jumpa 2 org pilem yg tersohor ni, Dato Yusof Haslam & Eirma Fatima..


mama vogue, nora danish & anaknya yg sgt kiut..
.

time nak balik terserempak dgn zizan di lobi, apalagi sekat dia kejap, hehe..


David Teoh yg peramah. Mana tau aura jota2 dia tempias kat k.meen, hehe...


Dua dari tiga org penulis skrip Nora Elena, yakni Maizura Ederis & Shida. Azril busy sembang dgn org lain masa ni...

K.meen menumpang bangga (wlaupun tidak terlibat secara langsung di dalam pembikinan drama Nora Elena) kerana menjadi antara yg tercalon pun merupakan sebuah penghargaan hebat. Tahniah kpd semua yg terlibat & terima kasih kpd para penonton yg telah memberikan rating tinggi utk drama ini.

Saturday, October 1, 2011

SALE! DISKAUN 20% - 70% DI KARANGKRAF MALL...



Jgn lepaskan peluang ini, cuma 3 hari saja bermula hari ini. Ayuh, tunggu apa lagi...

Wednesday, September 28, 2011

NOVEL TERLARIS...



Alhamdulillah, Kasih Yg Suci (KYS) yg diterbitkan pada 2007 masih lagi tersenarai di antara novel yg terlaris di carta Alaf 21 utk minggu ini. T/kasih kpd semua yg telah memiliki KYS. Sokongan anda amat bermakna buat k.meen. Teruskan menyokong ya & dptkan juga Warna Hati, Gerimis Rindu serta Rindu Di Awan Biru. Kpd yg telah memilikinya, t/kasih byk diucapkan. Sokonglah novel-novel Melayu...

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Di kesempatan ini k.meen ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yg bakal menjelang tidak berapa hari saja lagi kpd semua pengunjung blog yg sudi menjengah ke sini. Juga kpd rakan dan taulan serta sesiapa saja yg mengenali diri ini, dan yang paling istimewa sekali ucapan ini juga ditujukan khusus buat semua pengikut2 blog MZ.

Thursday, August 4, 2011

REVIEW WARNA HATI....

Hrp cik LinLoneLove tak marah k.meen copy paste review dia ni setelah bertanyakan en.google tadi. Bkn apa, rasa sweet sgt review dia ni, tu yg buatkan k.meen nak kongsi di sini.



Tajuk :Warna Hati
Nukilan : Meen Zulaikha
Terbitan : Alaf 21
Bil m/s : 494 m/s

Love it!
Love the story so much!
Love all the characters, Zara, Harith, Rita, Nazri and Tim...

Aku suka la novel ni. Terkesan dan berbekas dlm ati. Sejak aku start baca novel ni, abes semua novel lama yg tersusun rapi kt rak tu aku balun baca balik. Ni semua gara-gara penangan demam Drama Nora Elena kt TV3 yg tgh meletup-letup skrg. Aku tgh pulun mencari novel Kasih Yang Suci tu kat kedai buku. Abes da kedai buku kat Muar dan Melaka yg aku tau aku da explore tapi hampa belaka...Tapi xpe, Insyaallah kalau ada rezeki aku nanti, dpt jugak aku beli novel tu kan...
Berbalik pd novel Warna Hati tu, novelis yg sama bg Kasih Yang Suci a.k.a Nora Elena.
Jalan cerita yg sgt berkesan bg wanita yg masih belum mendirikan rumah tangga dan mempunyai calon pilihan. Ditambah dgn pandangan skeptikal masyarakat terhadap golongan wanita yg lambat kahwin ini. Novelis ini juga menarik perhatian kita terhadap kisah rumah tangga yg hampir berantakan krn penyakit andropause ( same like monopouse). Penilaian novelis bahawa cinta yg dicari tidak semestinya milik kita tp cinta yg tak dicari dn berada mungkin di depan mata tanpa disedari itulah cinta yg diberi Allah buat kita...Warna hati setiap insan tidakkan sama. Pilihan utk mewarnakannya di tgn kita....

Sinopsis:

Novel ini mengisahkan tentang Zara Lisa seorang wanita berusia 33 tahun mencari sebuah kehidupan utk berpasangan seperti wanita seusianya. Bertemankan seorang rakan karib, Rita yg berkongsi suka dan duka meniti sebuah perjalanan biasa. Atas desakan ibunya, Zara terpaksa menerima Jefri, sepupunya sendiri sbg tunang dan dlm masa yg sama Zara baru shaja dikecewakan dgn janji manis seorang lelaki yg menjadi idaman wanita. Harith, lelaki yg sentiasa ingin berdampingan dgn Zara walaupun pertemuan sering sekadar kebetulan.Lelaki yg membawa persoalan misteri dn tanpa sedar telah mengetuk pintu hati Zara.Sesuatu rahsia diketahui Zara lalu membuat keputusan melupakan lelaki yg membawa impian Zara bersama ungkapan cinta yg tak terucap melalui kata-kata.... Apakah rahsia itu dan dptkah Zara Lisa mencari erti kebahagiaan bersama kekasih yg mencintainya?

p/s. T/kasih byk ya, cik LinLoneLove.

Wednesday, August 3, 2011

ULANG SIARAN NORA ELENA...



Ulang siaran Nora Elena di TV3, Isnin - Jumaat jam 2.00 pagi bermula Isnin 1/8/11.

SALAM RAMADHAN...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, July 4, 2011

SESI MENANDATANGANI AUTOGRAPH...

Insya-ALLAH hujung minggu ni K.meen akan berada di kedua-dua lokasi ini utk sesi menandatangani autograph.

MPH Alamanda : Sabtu (9/7/11) jam 2 ptg - 5 ptg

Popular Bookstore AEON Bt. Tinggi : Ahad (10/7/11) jam 2 ptg - 5 ptg




Jgn segan2 utk menyapa ya.. jumpa di sana..

Friday, June 24, 2011

PESTA BUKU SELANGOR 2011 (24/6/11 - 3/7/11)


Jom meriahkan Pesta Buku Selangor yang bermula hari ini di Shah Alam Convention Centre (SACC)

Jadual penulis bertugas:

Sabtu 25 Jun : Durrah Fatiha & Haiza Najwa

Ahad 26 Jun : Puteri Andalas & Izza Arippin

Sabtu 2 July: Aleeya Aneesa & Meen Zulaikha

Ahad 3 July: Anis Ayuni & Ayu Emelda

K.meen akan berada di sana dari jam 2 ptg - 5 ptg. Jumpa di sana..

Tuesday, May 17, 2011

Sunday, May 8, 2011

TONTONILAH NORA ELENA (KYS) DI KACA TV...

Barisan pelakon yg membintangi drama bersiri Nora Elena...


Aaron Aziz & Siti Saleha, bintang utama Nora Elena...

Jangan lupa ya menonton drama adaptasi dari novel Kasih Yang Suci ni yg akan ditygkan di slot Akasia TV3 mulai esok 9hb Mei 2011 (Isnin).

Saturday, April 30, 2011

NORA ELENA...

Buat para peminat novel Kasih Yang Suci, jgn lupa utk menonton drama bersiri dari adaptasi novel tersebut yg bakal ditayangkan pada 9hb Mei 2011 di TV3 slot Akasia berjudul Nora Elena.

Antara gambar2 yg sempat Kak Meen rakamkan semasa ke set penggambaran baru2 ni:

Seth melawat Nora Elena di hospital...

Nora Elena menemani Nilawati utk mendptkan rawatan di klinik setelah didera...

Casts & krew. Hehe... sempat juga Tuan Pengarah, Jet Li membaca sinopsis RDAB...

akak ni melakonkan watak Kak Pah, org gaji Seth..

bersama heroin Nora Elena, Siti Saleha...

dan heronya, Aaron Aziz yg melakonkan watak Seth Tan.

duduk di dpn tu Maizura Ederis (Penulis Skrip), manakala di belakangnya As (Pen. Pengarah) dan yg memakai t-shirt putih tu juru mekap...

krew sdg bertungkus lumus...

Saturday, April 16, 2011

JADUAL KEHADIRAN PENULIS..



Ya, bahang Pesta Buku (PBAKL 2011) kian terasa. Sila semak jadual ini utk memastikan yg anda tidak terlepas peluang bertemu dgn penulis2 kesayangan anda utk mendptkan autograph & bergambar bersama mereka serta beramah mesra.

Jadual bertugas k.meen adalah seperti berikut:

Ahad (24/4/11): 1.00 ptg - 4.00 ptg
Ahad ( 01/5/11): 1.00 ptg - 4.00 ptg


Sudi-sudikanlah menyapa k.meen ya..

Wednesday, April 13, 2011

PESTA BUKU (PBAKL ) 2011 DI PWTC..




Buat ulat buku semua... pastikan anda tidak ketinggalan utk memeriahkannya. Grup Buku Karangkraf akan berada di Dewan Tun Dr. Ismail. Jangan lupa singgah ya...

Tuesday, March 29, 2011



Buat para peminat KYS, harap bersabar ya kerana khabarnya drama adaptasi bakal disiarkan bulan Mei nanti. Sila jengah facebook k.meen jika nak tgk gmbr2 ttg drama tu yg telah ditagged oleh Asia Media Content.

Thursday, February 24, 2011

TEMU BUAL UTK PERSADA AKSARA..

Pada hari Selasa (22/2/11) telah berlangsung temu bual santai membicarakan tentang novel-novel karya Kak Meen bagi program Persada Aksara yang bakal ditayangkan di RTM 1.


Sdg ditemubual oleh Fazilah. Huhu... bila dah disuluh oleh spot light & ditalakan kamera, tak reti nak santai dah. Rasa gemuruh tetap ada walaupun bukan rancangan live.


Antara krews yg hadir. Ramai tau, yakni seramai 6 org termasuklah pengarah produksinya, En. Basri Musa. Melihat mereka mengangkut peralatan makin gemuruh dibuatnya, huhu..

Aksara Perdana merupakan sebuah program baru terbitan RTM memaparkan temu bual bersama para penulis bercerita tentang dunia penulisan serta diselitkan sedikit kisah kehidupan mereka. Program ini bakal ditayangkan pada bulan Mei nanti dan katanya akan disertakan dengan kuiz dan ada hadiah yang bakal menanti. Aduyai, siap digeledahnya album gambar-gambar lama Kak Meen, huhu... Jadi jangan lupa untuk menontonnya nanti ya...

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. semoga beroleh syufaatnya di akhirat kelak, amin..

Friday, February 11, 2011

PERNAH MAKAN KE?


Apakah ini? Sesuatu yg agak asing bagi kita orang Melayu. Mungkin bagi sesetengah org, jgnkan mkn tgk pun tak pernah agaknya. Kalau nak tahu, inilah arrowroot. Byk dijual di pasaraya menjelang Tahun Baru Cina. (Maaf ya, n3 ini agak terlewat jadi tak tahulah sama ada masih ada lagi dijual atau tidak). Kak Meen tergerak hati nak beli ari tu pun kerana hairan tengok nyonya2 yg berebut2 beli berkampit2, jadi kita pun menyibuk ler sama sampaikan diaorg pun pelik, hehehe. Dan ada yg baik hati bagi tips mcm mana nak pilih & masak arrowroot ni. Katanya pilih yg ada tangkai supaya sng nak pegang masa parut di alat pemarut (betul ke perkataan ni? Kak Meen panggil mandolin slicer)


Hah, inilah dia mandolin slicer tu. Arrowroot yg sudah dibersihkan dikupas kulitnya dan dihiris menggunakan mandolin slicer tu.


Inilah hasilnya setelah digoreng. Nmpk lebih kurang mcm kerepek kentang, tapi rasanya nyata berbeza. Tips utk menggoreng, jgn masukkan terlalu byk pada satu masa sbb takut nanti kepingan tu melekat satu sama lain. Katanya arrowroot ni sdp juga dimasak bersama ayam, daging, dll tapi k.meen tak pernah ler mencubanya.

Monday, February 7, 2011

INGINKAN KELAINAN?


Bacalah novel terbaru Kak Meen, Rindu Di Awan Biru. Oppss.. jgn marah, iklan sekejap.

Sebenarnya nak kongsi komen & pendapat dari seorang pembaca. Ada beberapa komen & pendapat lagi tapi Kak Meen pilih dia yg tanpa jemu masih menyokong karya-karya Meen Zulaikha, dari novel pertama hinggalah yg keempat ini. T/kasih byk Fadilah Diyana..


Pendapat peribadi;
Novel Kak Meen memang menonjolkan kematangan beliau dalam bidang penulisan...novel kali ni pun tak terkecuali...nak menulis kena banyak berjalan so bleh share banyak pemandangan dan tempat-tempat yang menarik dengan para pembaca...walaupun aku geram dengan watak akmal yang seolah-olah menipu hanan tapi aku ske cara pengakhiran cerita...seperti juga novel lynn dayana yang pertama Jika Benar Cinta...pengakhiran seperti itu adalah yang terbaik...aku sedikit emosional di situ...aku xske orang yang menipu...tipu kecik2 aku bleh faham tapi tipu hal2 besar mcm ni memang sukar untuk aku trima...tapi aku tak marah kat hanan pun walaupun dia menjadi isteri ke-2 sebab dia tak tau hal sebenar...malah aku rasa kesian kat wanita seperti hanan...masa kecik dia dan adik2 dia terpaksa hidup dalam kedaifan dek kerana ayahnya yang berpoligami dan ketika dewasa dia pula yang menjadi isteri ke-2...mesti hanan kecewa giller...

Meskipun aku kurang gemar membaca novel poligami namun harus aku akui bahawa novel ni tak membosankan...mungkin pada mulanya ada yang suka dengan watak akmal tapi berfikir berkali-kali di pertengahan cerita...kesimpulannya, jangan mudah percaya dengan kata-kata manis dan janji orang...melihat luaran memang hati mudah tertawan tapi bila mengenali sifat sebenar baru kita sedar keseswaian yang mungkin sukar untuk dijalinkan...

Komen tambahan ~Mungkin watak Rizz patut diolah dengan lebih lagi...tentang hati dan perasaan rizz terhadap hanan..lebih2 lagi bila rizz ditinggalkan oleh hanan...kalau ada part tu mesti best...apapun, tahniah wat kak meen...double congratulations to kak meen sebab novel KYS bakal diadaptasikan dalam bentuk drama...tahniah!!!harap2 bleh tgk...

Ranking novel2 kak Meen [pendapat peribadi aku]
1)Kasih Yang Suci
2)Gerimis Rindu
3)Rindu di Awan Biru
4)Warna Hati

Wah, siap dibaginya ranking lagi! Apapun, itu pendapat peribadinya. Lain org lain pendapat & citarasanya.

Setiap komen dan pendapat yg diberikan, Kak Meen terima dgn hati yg terbuka. Berilah komen yg membina & bukannya yg membinasa (meminjam kata2 Lynn Dayana dlm novel Juara Carta Cinta). Paling terharu (dan seronok, tentunya) bila ada yg komen selepas membaca RDAB, mereka terus cari novel2 Kak Meen yg sebelum ini.

T/kasih daun keladi buat semua yg menyokong karya2 Kak Meen..

Thursday, February 3, 2011

HERO & HEROIN KASIH YG SUCI...

Inilah dia hero & heroin KYS, drama bersiri adaptasi yg bakal bersiaran penghujung Mac nanti. Penggambaran sudah mula dijalankan pada 1 Feb lepas.


Aaron Aziz sdg buat script reading..


dan Siti Saleha..

Nanti Kak Meen update lagi kalau ada apa2 berita menarik ttg adaptasi ni. Mungkin cerita di set penggambaran pula? Tunggu ya...

p/s. Terima kasih byk, Mai kerana sudi berkongsi gambar & update..

Tuesday, February 1, 2011

ADAPTASI NOVEL KASIH YANG SUCI...


Buat para peminat novel Kasih Yang Suci, nantikan adaptasinya ke drama bersiri yang bakal disiarkan di salah sebuah saluran televisyen tidak lama lagi. Hari ini cast & krews dah mulakan script reading dan shooting dijadualkan bermula esok. Semoga semuanya berjalan lancar dan k.meen akan updatekan perkembangannya dari semasa ke semasa.

Thursday, January 27, 2011

SIAPA CEPAT DIA DAPAT...

Penanda-penanda buku ni khas utk mereka yg membeli buku-buku k. meen di Karnival Karangkraf pada Sabtu & Ahad (29 & 30 Jan '11). K. Meen akan bertugas dari jam 10 pagi - 1 ptg. Tapi ini edisi terhad ya, siapa cpt dia dpt.

Karnival akan bermula esok, jadi tunggu apa lagi, serbu...

Monday, January 24, 2011

KOMEN TENTANG RINDU DI AWAN BIRU

Ni ulasan/komen pertama yg k.meen terima ttg RDAB, seawal 15hb Jan hari tu tapi baru hari ini berkesempatan nak letak kat blog. Tapi k.meen cuma petik sebahagiannya sajalah ya, nak baca sepenuhnya singgahlah ke http://dunia-novel.blogspot.com.

` Akhirnya petang semalam dapat juga novel terbaru kak meen...masuk je pintu kedai dah nampak...maklum aje la cover dia memang dah terakam dalam kepala...sampai je kat rak buku terus ambik dan pegi bayar..ada sorang cik kak ni dok tengah membaca blurb RDAB macam terpinga-pinga tengok aku ambik dan terus bayar...hehehe

` Novel yang bertemakan keluarga dan poligami *opss orang perempuan sensitif pasal poligami ni hehhee tapi jangan risau RDAB memang best walaupun ada pasal poligami*

` Suka sangat...tersusun je jalan cerita...bermula di alam persekolahan, masuk ke alam pekerjaan seterusnya alam rumahtangga...dari awal lagi cerita ni dah mengundang airmata dan membuatkan aku geram...bila dah makin lama makin geram dan makin geram...tapi dalam geram tu ada juga yang buat aku tersenyum dan bahagia tapi sedang aku berbahagia aku kecewa... [kak meen, akak telah membuat saya kecewa dengan Akmal....saya benci Akmal...kesian kat Hanan....sampai hati Akmal buat macam tu kat Hanan *menangis*] tapi walaupun bersedih aku tetap terima sebab itu adalah hakikat....dan sesungguhnya aku suka dengan ending yang kak meen buat untuk RDAB

T/kasih byk, Adhan kerana sudi baca & ulas RDAB. Terharu ni, sbb setelah 4 buah novel baru kali ini novel k.meen diulasnya.

Monday, January 10, 2011

KARNIVAL KARANGKRAF 2011

Jom, beramai-ramai meriahkan karnival yang akan diadakan pada 28 - 30 Januari 2011 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam.

Jgn lepaskan peluang utk membeli buku pada harga diskaun hebat dan temui penulis kesayangan anda. Insya-ALLAH Kak Meen akan berada di sana pada hari Sabtu dan Ahad (10 pagi - 1 ptg). Jangan segan-segan utk menyapa ya..

Sunday, January 9, 2011

PANAS-PANAS DARI 'OVEN'...

Haha... baru keluar dari kilang sebetulnya.

Buat para pembaca & peminat novel sekalian jgn lupa dptkan novel terbaru Kak Meen, Rindu Di Awan Biru yang sudah pun diedarkan utk pasaran. Sudi-sudikanlah menatapnya ya...