Ni ulasan/komen pertama yg k.meen terima ttg RDAB, seawal 15hb Jan hari tu tapi baru hari ini berkesempatan nak letak kat blog. Tapi k.meen cuma petik sebahagiannya sajalah ya, nak baca sepenuhnya singgahlah ke http://dunia-novel.blogspot.com.
` Akhirnya petang semalam dapat juga novel terbaru kak meen...masuk je pintu kedai dah nampak...maklum aje la cover dia memang dah terakam dalam kepala...sampai je kat rak buku terus ambik dan pegi bayar..ada sorang cik kak ni dok tengah membaca blurb RDAB macam terpinga-pinga tengok aku ambik dan terus bayar...hehehe` Novel yang bertemakan keluarga dan poligami *opss orang perempuan sensitif pasal poligami ni hehhee tapi jangan risau RDAB memang best walaupun ada pasal poligami*` Suka sangat...tersusun je jalan cerita...bermula di alam persekolahan, masuk ke alam pekerjaan seterusnya alam rumahtangga...dari awal lagi cerita ni dah mengundang airmata dan membuatkan aku geram...bila dah makin lama makin geram dan makin geram...tapi dalam geram tu ada juga yang buat aku tersenyum dan bahagia tapi sedang aku berbahagia aku kecewa... [kak meen, akak telah membuat saya kecewa dengan Akmal....saya benci Akmal...kesian kat Hanan....sampai hati Akmal buat macam tu kat Hanan *menangis*] tapi walaupun bersedih aku tetap terima sebab itu adalah hakikat....dan sesungguhnya aku suka dengan ending yang kak meen buat untuk RDABT/kasih byk, Adhan kerana sudi baca & ulas RDAB. Terharu ni, sbb setelah 4 buah novel baru kali ini novel k.meen diulasnya.