Monday, August 17, 2009

MENGHITUNG HARI...

Hmm... skrg ni Kak Meen tgh menghitung hari menunggu 'kelahiran' GR (hrp judulnya kekal begitu). Bilalah agaknya ya? Kak Meen sendiri tiada jawapan yg pasti. Kpd yg berminat tu sama-samalah nantikan ya & teruskanlah menyokong. T/kasih di atas sokongan anda selama ini & t/kasih jua kerana sudi melontarkan pertanyaan melalui emel & chat box bertanyakan perkembangan terkini ttg novel terbaru Kak Meen. Dan kpd yg belum pernah membaca hasil karya Meen Zulaikha, sudi-sudikanlah menatapnya ya..

Tuesday, August 4, 2009







Mesti anda tertanya2 apa yg istimewa sgt ttg lukisan2 di atas sdgkan bersepah lagi lukisan2 lain yg lebih menarik, betul tak?

Sebenarnya lukisan2 yg telah dicetak semula dlm bentuk kad raya dan kalendar ini adalah hasil karya mereka yg tidak mempunyai tangan. Ya, inilah hasil karya pelukis2 yg melukis sekadar menggunakan kaki atau mulut. Kad raya dan kalendar ini adalah hasil usaha dari Persatuan Mouth & Foot Painting Artists Sdn Bhd.

Tahun lepas, sekadar beberapa keping kad raya yg dikirimkan kpd Kak Meen. Tapi tahun ini, bertambah pula dengan kalendar. Seperti tahun sudah juga, tidak sampai hati Kak Meen hendak memulangkannya semula. Lebih2 lagi setelah membaca surat yg dikepilkan bersama yg telah ditandatangani oleh Mat Jamil Bin Ramli (bekas ahli sukan Paralimpik mewakili Terengganu). Dia menulis dgn kakinya (lihat gmbr). Jadi, hendak tak hendak bayar ajelah melalui pos biarpun harganya agak mahal jika dibandingkan dgn kad raya yg dijual di pasaraya. Tidak mengapalah, inilah sumbangan kecil Kak Meen disamping memberi sokongan kpd mereka. Kagum sebenarnya melihat hasil karya serta kegigihan mereka yg berusaha berdikari utk mencari pendapatan sendiri.

Tapi hairan juga ya, mcm mana dia org ni tahu yg Kak Meen dah berpindah? Sesaja hantar berpandukan buku panduan telepon atau apa? Ada ke sesapa yg turut mengalaminya?

Wednesday, July 22, 2009

Terbuai perasaan dgr lagu syahdu ni..

Biar Bulan Bicara oleh Broery Marantika

Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu

Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

Friday, July 17, 2009

LAKONAN KE ATAU BETUL-BETUL TERJADI?

Alkisahnya, semalam Kak Meen ke pasar TTDI lagi. Sajalah nak pergi tempah kuih. Hah, konon2nya nak tempah kuih tapi mata sempat juga jeling2 kuih-muih kat dlm almari kaca tu. Yelah, byk lagi yg belum sempat 'try' ari tu. Sedang sibuk2 memilih tu, tiba2 Kak Meen dikejutkan oleh jeritan suara wanita diikuti bunyi derap langkah kaki berlarian. Kecoh benar bunyinya, lalu Kak Meen pun dgn kepohnya turut terjengah2 panjangkan leher.

Seketika kemudian muncul kelibat 2 orang lelaki memegang erat lengan seorg wanita, ala2 polis mengiringi pesalah sambil dituruti oleh mangsa ragut. Jelas nampak pucat muka si peragut tu, mcm nak menangis pun ada sambil mulutnya merayu2 meminta agar dilepaskan. Dlm hati, Kak Meen ckp padan muka sapa suruh ragut beg org. Terlebih daringlah pulak buat kerja tak senonoh tu kat pasar yg kebetulannya di tingkat atas tu taklah sesibuk mana pun. Kak Meen cuma pandang sekali lalu saja wanita yg menjadi mangsa ragut tu. Yelah, kuih-muih kat depan mata tu kan ke lbh menarik, hihihi...

Tapi bila adik yg jual kuih tu ckp yg si mangsa ragut tu seorg pelakon drama, Kak Meen pun toleh lagi. Ya betul... mmg si pelakon drama rupanya, bahkan berlakon filem juga! Hmm.. pelakon ni pernah hangat digosipkan suatu ketika dulu, dan antara drama lakonannya ialah Kasut Tumit Tinggi. Filem pula yg Kak Meen ingat ialah Congkak dan Waris Jari Hantu.

Yek eleh, dia org berlakon ke? Tapi tak adalah pulak nampak kamera ke, mahu pun krew2 org pilem tu. Jadi Kak Meen tak tahulah sama ada kes ragut itu benar2 berlaku atau pun hanya lakonan semata2. Lu fikirlah sendiri...

Saturday, July 11, 2009

MAKAN LAGI..


Nasi briyani, acar timun, daging msk ros (msk kicap), dalca & ayam briyani.

Tapi kali ni bukan di restoran, cuma di dapur Meen Zulaikha,hehehe...

Thursday, July 9, 2009

KUIH-MUIH'S GALORE..

Ni hasil jalan2 cari makan di pagi Sabtu yg lalu di pasar TTDI. Gila tgk kuih-muih melayu yg pelbagai tu berbaris bagaikan menjerit2 melambai Kak Meen agar singgah di gerai tu. Cis, tergoda daku, lalu dgn tamaknya terus ku sambar semahu hati utk dibawa pulang. Alasannya... hmm.. mestilah nak cuba rasa semuanyakan ala2 food taster gitu.. Hah, mmg tak syg pinggang langsung,huhuhu.. Sebenarnya ada byk jenis lagi yg dijual tapi bila tgk kening 'org tu' dah berkerut (tu kira warninglah agar jgn besar mata sbb nanti sapa lak yg nak mkn semuanya tu), maka tak jadilah nak angkut kesemuanya. Lain kali pasti Kak Meen akan singgah ke situ lagi.


Kuih lopes, koci, tpg bungkus, abuk-abuk, cucur badak (sebiji dah lesap dlm perutku, hehehe), seri muka, seri muka durian, kuih lapis, talam pandan & kole kacang (bagi Kak Meen kuih ni yg paling best)


Menggoda sungguh cup cakes comel ni, kan...

Tuesday, July 7, 2009

Kata-kata dari 'makcik' Dorothy di bawah tu lebih kpd utk mengingatkan diri sendiri sebenarnya, tapi elok juga utk dikongsikan bersama andai ada yg sudi membacanya. Yelah, adakalanya dgn anak2/murid2 tanpa sedar kita telah melakukan/menuturkan apa yg tidak sepatutnya sedangkan perbuatan/perkataan itu mungkin akan meninggalkan kesan yg mendalam di hati sanubari mereka.


Children Learn What They Live


If children live with criticism, they learn to condemn.

If children live with hostility, they learn to fight.

If children live with fear, they learn to be apprehensive.

If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.

If children live with ridicule, they learn to feel shy.

If children live with jealousy, they learn to feel envy.

If children live with shame, they learn to feel guilty.

If children live with encouragement, they learn confidence.

If children live with tolerance, they learn patience.

If children live with praise, they learn appreciation.

If children live with acceptance, they learn to love.

If children live with approval, they learn to like themselves.

If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.

If children live with sharing, they learn generosity.

If children live with honesty, they learn truthfulness.

If children live with fairness, they learn justice.

If children live with kindness and consideration, they learn respect.

If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them

If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.


By Dorothy Law Nolte, Ph.D.