Saturday, November 27, 2010

TAHNIAH, NANA...

Salam buat semua...

Lama sungguh tak update blog ni, tapi hari ni rasa nak updatelah pulak sbb blog ni lbh kurang mcm diari gak buat diri Kak Meen. Bila2 terkenang, klik aje kat archive & baca apa yg patut.

Kisahnya, semalam Kak Meen telah ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta utk menyaksikan Nana ditauliahkan sebagai peguambela & peguamcara di Mahkamah Tinggi K. Lumpur. Byk juga cabaran & dugaan yg terpaksa dihadapinya semasa menjalani chambering, almaklumlah budak2 yg tgh buat chambie ni kdg2 mmg selalu kena buli aka jadi kuli, hehehe..

Nasib baik kami dtg awal, kalau tidak terpaksalah berdiri sbb tak cukup tempat duduk. Mujurlah Nana dah pesan awal2 ttg hal ni, siap dgn serba sdkit tatacara semasa di dlm mahkamah, antaranya tak blh duduk silang panggung. Hehehe.. itu posisi duduk feveret mamanya.

Apa pun, tahniah ler buat Nana yg telah berjaya mengapai impiannya utk menjadi seorg peguam. Mudah2an dia menjadi seorg anak yg berjaya di dunia & akhirat, amin...

Sunday, October 24, 2010

FIESTA BUKU ALAF 21 (29 - 31 OKT 2010)


Jom berpesta! Diskaun hebat tu. Mari ramai-ramai kita meriahkan.

Thursday, October 14, 2010

Terbuai perasaan layan lagu ni. Lagu hero nak memikat heroin, hehehe...

Wednesday, October 13, 2010

Bila sedih layan lagu ni pulak...

Download:
FLVMP43GP

Wednesday, June 30, 2010

PERINGATAN...

Peringatan Buat Kita Yang Mudah Lupa - KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH



Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana seungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.



(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)

Tuesday, May 25, 2010

MALAM SANTAPAN AMAL NUR KASIH...

Ahad lepas (23/5/10), Kak Meen menghadiri majlis Malam Santapan Amal Nur Kasih di Dewan Merdeka, PWTC. Majlis bersempena penyerahan cek oleh para penderma dan penyampaian dana kpd ibu tunggal ini adalah anjuran Yayasan Nur - Karangkraf di mana SPB Raja Permaisuri Agong telah turut berkenan mencemar duli.


Huluran bantuan sentiasa dialu-alukan.. hubungi saja Yayasan Nur - Karangkraf
(Ini beg door gift sebenarnya)

Antara penulis dari Alaf 21 & Buku Prima yg hadir ialah Durrah Fatiha, Norzailina, Sri Diah, Rozita, Eka Fahara, Kak Meen, Afiqah Farzana & Kamsiah Abu.


Norzailina, Richie Rachman, Shahriah, Rozita, Sri Diah, Umaira, Eka Fahara & Kak Meen

Siapa yg minat tonton drama mesti kenal lelaki kacak tu..

Coklat & cup cake Nur Kasih

Hidangan enak...

Pencuci mulut - puding roti nangka & ais krim

Sambil makan kami dihiburkan oleh...

Khatijah Ibrahim ni merupakan salah seorg penyanyi kesukaan Kak Meen. Suka dgr suara mersik serak basah dia & pandai juga dia berlawak rupanya. Yg duduk di kerusi kuning tu SPB Raja Permaisuri Agong.
Hah, yg ni pun Kak Meen minat. Lagu2 dia best, meaningful & dlm maknanya. Siapa lg kalau bukan 'sifu' M. Nasir

Kumpulan tarian zapin ni di dtgkan khas dari Johor. Cute sgt...

Terima kasih Alaf 21 & Karangkraf.