Diam tak diam sedar-sedar cuti sekolah dah di penghujung. Tinggal beberapa hari saja lagi bebudak ni melepak di rumah lepas tu semua mak budak pulak yg akan bersorak girang mengalahkan time bebudak bersorak masa nak cuti sekolah dulu, hehehe... kira merdekalah tu..
Menutup tirai tahun 2007 ni Kak Meen sekeluarga beserta adik Kak Meen & keluarganya bercuti ke Cameron Highlands; tempat Seth Tan & Nora Elena pergi honeymoon, hahah. Kira okeylah, cuma akan lebih seronok kalau cuaca lebih dingin & berkabus (biasanya selepas hujan mmg kabus tebal, time tu akan rasa mcm kat overseas). Dua hari di sana, cuacanya panas terik begitu pun agak sejuk jugalah kala lewat petang membawa ke malam sampai Kak Meen terpaksa pakai sweater & stokin di bilik hotel, aduii... sejukkk. Brrr...
Pagi ni pula masing-masing seronok bila bercakap, mulut berasap tipis, ahah.. mulalah perasan, berangan & teringat pulak time pergi Beijing dulu suhunya 4 degree celcius, sejuknya sampai ke tulang hitam! Sebelum balik tadi kami sempat singgah lagi di Kea Farm beli apa yg patut kemudian ke Mardi. Memang cantik pemandangan di sana, kalau ada peluang ke Cameron Highlands jgn lupa singgahlah ke Mardi. Ada English garden, kebun sayur2an & buah strawberi, pokok anggur & epal pun ada wlaupun buahnya versi yg comel2 aje. Tak percaya, tengok ajelah gambar2 yg Kak Meen paparkan di sini.
Sunday, December 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Masih teringat pertama kali naik ke atas ... tahun 1975 ... punyalah sejuk ... dua hari tak mandi ... hahahaha
Hehehe... Rasanya ada di antara kami yg tak mandi hari tu sbb menjelang lewat petang cuaca mmg sejuk bangat.. tak caya tanya Anis..
Post a Comment