Sunday, December 30, 2007

CUTI-CUTI MALAYSIA

Diam tak diam sedar-sedar cuti sekolah dah di penghujung. Tinggal beberapa hari saja lagi bebudak ni melepak di rumah lepas tu semua mak budak pulak yg akan bersorak girang mengalahkan time bebudak bersorak masa nak cuti sekolah dulu, hehehe... kira merdekalah tu..



Menutup tirai tahun 2007 ni Kak Meen sekeluarga beserta adik Kak Meen & keluarganya bercuti ke Cameron Highlands; tempat Seth Tan & Nora Elena pergi honeymoon, hahah. Kira okeylah, cuma akan lebih seronok kalau cuaca lebih dingin & berkabus (biasanya selepas hujan mmg kabus tebal, time tu akan rasa mcm kat overseas). Dua hari di sana, cuacanya panas terik begitu pun agak sejuk jugalah kala lewat petang membawa ke malam sampai Kak Meen terpaksa pakai sweater & stokin di bilik hotel, aduii... sejukkk. Brrr...



Pagi ni pula masing-masing seronok bila bercakap, mulut berasap tipis, ahah.. mulalah perasan, berangan & teringat pulak time pergi Beijing dulu suhunya 4 degree celcius, sejuknya sampai ke tulang hitam! Sebelum balik tadi kami sempat singgah lagi di Kea Farm beli apa yg patut kemudian ke Mardi. Memang cantik pemandangan di sana, kalau ada peluang ke Cameron Highlands jgn lupa singgahlah ke Mardi. Ada English garden, kebun sayur2an & buah strawberi, pokok anggur & epal pun ada wlaupun buahnya versi yg comel2 aje. Tak percaya, tengok ajelah gambar2 yg Kak Meen paparkan di sini.


Tuesday, December 25, 2007

SUASANA WHITE XMAS





Salam buat semua,


Buat apa cuti X'mas ni? Kak Meen tak ke mana2. Tak berapa sihat dan ada masalah sakit mata sikit. Kelmarin mata macam vampire tapi hari ni dah okey sikit. Ehehe...


Amacam, cantik tak gambar2 kat atas tu? Macam kat obersee, kan? Hisy, bila masa lah pulak Kak Meen ke sana. Sebetulnya tu semua gambar suasana white xmas masa Kak Meen pergi dinner dgn family di PJ Hilton minggu lepas. Ada org belanja kami satu family makan. Hehehe, entah bilalah pulak nak betui2 gi sana. Insya-ALLAH mungkin satu hari nanti akan ke sana jua kalau ada rezeki, sementara tu berangan dululah..

Tuesday, December 18, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Masa mula2 terima sms ni, terkejut juga. Tapi rupa-rupanya, lawak saja. Hahaha...

TERKINI: Siap sedia pada 20 hb ni. Kita semua org Melayu berjihad. Sila bawa parang, kapak, pisau masing2. Kita semua akan berkumpul di setiap masjid dari pagi hingga ptg. Ini amanat perlu DISEBARKAN dan kita kasi sembelih itu... unta, lembu dan kambing. Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Kak Meen mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha utk semua umat Islam di mana pun berada.

MUSIM ORANG KAHWIN/BERTUNANG

Salam buat semua.



Sekarang ni musim cuti sekolah, musim hujan, musim banjir dan juga musim orang kahwin/bertunang. Kak Meen nak ucapkan selamat pengantin baru & selamat bertunang kepada sesiapa saja yang akan melangsungkan perkahwinan/pertunangan. Tidak ketinggalan juga kepada Ramona yang baru saja melangsungkan perkahwinannya (majlis di JB & KL) dan Nor (anak buah) yang baru saja melangsungkan pertunangannya di hujung minggu lalu. Moga mereka bahagia dgn pasangan masing2 & berkekalan selamanya, amin.