Friday, February 1, 2008

ADEHH.. PENATNYA TAK TERKIRA...





Salam buat semua...
Hmm... lama benar rasanya Kak Meen tak menjenguk ke mari akibat terlalu sibuk. Kesibukan yang langsung tak ada kena mengena dgn dunia penulisan. Sebetulnya dalam seminggu dua ni kerja Kak Meen pagi petang, siang dan malam berkisar di dapur jek. Memang memenatkan, rasa macam nak patah pinggang sbb duduk terlalu lama & jari jemari ni tak usah cakaplah... agaknya kalau boleh bercakap harus jari2 tu menjerit merampus memarahi Kak Meen yg telah meng'abuse' mereka sesuka hati. Hehehe... haru dibuatnya.

Memang memenatkan bila terpaksa buat one woman's show. Semuanya Kak Meen kena buat sendiri dari A - Z. Dari mengadun tepung (mujur dgn bantuan mixer Kenwoodku yg telah byk berjasa) hinggalah kpd membakar dan menyimpan biskut2 cornflakes crunchies tu di dalam balang (kesemuanya 75 buah balang) terpaksa ku lakukan sendiri kerana Kak Meen tak punya Sutinah a.k.a. bibik, huhu... Alahai... nyonya2 tu yg nak beraya tapi Kak Meen pulak yg turut menyibuk sama almaklumlah mereka ni dah dikira regular customer , memang tiap2 tahun oder. Malam tadi lega betul sebab semuanya dapat dibereskan setelah berhari2 bertungkus lumus.
Hari ni kira dah 'merdeka', bolehlah ronda2. Pagi tadi dlm hujan gerimis, sempat singgah ke Alaf sekejap. Yang seronoknya tak sangka dapat jumpa Lynn Dayana, Rose Harissa & Dhia Zafira yg turut berada di sana wlaupun kami tak dapat bersembang lama sebab Kak Meen ada hal lain yg perlu diuruskan.

Sambutan pesta buku Alaf21 di Shah Alam tu pun nampaknya sgt menggalakkan walaupun hujan turun tapi ramai juga yg Kak Meen lihat sibuk membelek2 dan memilih buku. Esok, hari Sabtu 2hb Februari 2008 adalah hari terakhir pesta buku jadi kpd sesiapa yg berminat jgn lupa silalah beramai2 ke Alaf21 di Shah Alam dari 9 pagi hingga 6 ptg.

5 comments:

Hezzy Azra... said...

Salam Kak Meen...hebatnya jadi One Woman's Show! CNY tahun depan, tambah lagi 5 balang...sbb saya nak order! Hehe...

Meen Zulaikha said...

Salam hezzy. hehehe.. dah pencenlah, apron pun dh humban tah ke mana.. tak kosa brg2 dh melambung naik..

Mersik said...

Amboi.. seronok nyer Kak Meen. wat kuih tak kira raya apa pun aa? kekek tak pe la penat sikit, janji meriah gitu. Ni kalau dtg sana , harus sentiasa ada biskut ni..

Err..err sekut kering cicah dgn kopi tongkat Ali ada gak tak ? hik hik

Abang Long said...

Salam hormat.

Emel jemputan telah dikirimkan, program lawatan oleh Kelab Peminat Novel ALAF 21.

Harap dapat meluangkan masa.

TERIMA KASIH

Meen Zulaikha said...

Alahai Pokcik.. stk sekut kering sntiasa ada tp bab kopi tongkt ali tu pokcik take away dr pondok taww.. kt cni ada kacip fatimah jek, hihihi..

Salam abg long.. mekasih ya & insya-ALLAH..