Thursday, January 1, 2009

TURKIYE...

Salam Maal Hijrah dan selamat menyambut tahun baru 2009 buat semua.

Marilah kita sama2 berhijrah kpd yg lebih baik, moga mendpt keberkatan & rahmatNYA.

Di N3 kali ni Kak Meen paparkan gambar2 ttg lawatan Kak Meen ke Turkey (disebut Turkiye) baru2 ni. Agak menyedihkan memory card digicam buat hal, jadi gmbr2 3 hari pertama lenyap secara tidak sengaja, huhu... Mmglah dia sengaja nak suruh Kak Meen ke Istanbul lagi nih.. Ralat sgt sbb gmbr2 di Bahrain, Bursa & Pamukkale (pemandangan di sini teramatlah indah) tak ada utk dijadikan kenangan.

Berlatar belakangkan Masjid Biru (Blue Mosque). Masjid ni cantik sgt, kagum melihat senibinanya baik di luar mahu pun dalamannya.


Group foto di hadapan Masjid Biru.

Kubah di dalam Masjid Biru. Cantik, kan?

Berlatar belakangkan muzium Hagia Sophia (Aya Sofya) yang asalnya sebuah gereja. Bertukar dijadikan masjid semasa dibawah penaklukan Islam di zaman Byzantine dan akhirnya dijadikan muzium oleh Mustafa Kemal Ataturk.

Kak Meen, Fira, Luqman & Anis di Mevlana Muzium. Brrr... masa ni sejuk sesgt, rasanya suhu di bwh 5 darjah celsius..

Kat belakang tu formasi batu-batu unik di lereng bukit di Cappadocia (disebut Cappadokia).

Rumah2 lama yg dibina di dlm gua

Fira di hadapan Mousoleum (makam) & Muzium Ataturk

Di hadapan pintu masuk ke Topkapi Palace. Nyaris tempat bersejarah yg menyimpan pelbagai khazanah Islam & barangan peninggalan Rasulullah S.A.W. ini tidak dpt kami lawati kerana kebetulan hari tu cuti (nmpk tak 2 org lelaki bersenjata yg berkawal di belakang tu?). Keesokan harinya kami diberi masa hanya 2 jam (huhu.. singkat sgt masanya) utk melawat, sebelum menaiki cruise di Bosphorus dan seterusnya ke airport.

Kak Meen, Iris & Anis di hadapan pintu masuk Grand Bazaar. Seronok sgt dpt bersembang, terharu Iris siap bekalkan nasi & ayam goreng berlada, etc utk kami yg dah rindukan masakan Melayu. Adeh... tak tahan dah nak telan sup lentil (kacang dal?) terlebih tomato, masam beb.. Segala mcm sayuran mrk jeruk dgn cuka hatta kubis pun mereka jeruk. Putus selera nak mkn brokoli & bunga kubis yg dijeruk. Agaknya dia org ni suka mkn yg masam2 kut... Yogurt (dadih) wajib ada di setiap hidangan.

Sempat ngeteh di Kahve Duniasi (Dunia Kopi). Kagum dengar Iris berbahasa Turki semasa membuat pesanan minuman. Cayalah Iris... sebijik mcm org Turki... T/kasih daun keladi ya, hihihi...

Cruise Bosphorus - merentasi Selat Bosphorus yg memisahkan bhg Asia & Eropah Turki. Pelbagai bangunan bersejarah dgn senibina menarik dpt dilihat di sepanjang laluan cruise termasuklah kubu kat bwh tu.

Rumeli Fortress - kubu ini dibina dalam masa 4 bulan pada tahun 1452.

7 comments:

Durrah Fatiha said...

salam meen, wow bestnya Turki!! tengok gambo2 tu... rasa macam nak terbang ke sana je...he..he. anyway, selamat thn baru Hijrah n Masihi meen.

Meen Zulaikha said...

Salam Maal Hijrah & tahun baru gak Durrah. Mmg best tp masa kat Istanbul suntuk sgt, tak puaslah jenjln kat Topkapi Palace, Spice Market, Grand Bazaar, etc..

intan shaheera@ieyra said...

bila la dapat pergi turki...
kucing tumbuh tanduk pun blom tentu sampai sana...
hepy new year kak meen.

Anonymous said...

Salam Kak Meen,
Pehhh dah ke Turki ya? Saya baru nak ke sana tapi tak tahu bila freenya. Busy dengan kerjalah. Apapun selamat tahun baru Kak! Moga lebih suksess!

Anonymous said...

cool blog

Meen Zulaikha said...

ieyra.. insya-ALLAH, satu hari nnti mgkin ieyra pun dpt gi gak. Slmt tahun baru buat ieyra juga..

Meen Zulaikha said...

Azhan.. bz tanam pokok keladi ye? hehe.. akak gurau ajelah tp taulah hobi bru awk tu. Luangkan masa gi jenjln ke sana, best taww..