Sabtu lepas (13 Jun 2009) Kak Meen telah ke De Palma Hotel, Shah Alam utk menghadiri majlis pertemuan penulis Alaf 21 yg turut disertai oleh warga kerjanya. Hadir sama ialah Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Haji Hishamuddin dan sudah pastilah bos Alaf 21, Encik Norden.
Rasanya inilah pertemuan yg paling meriah kerana disertai oleh ramai para penulis yg bernaung di bawah Alaf 21. Memang seronok apabila dapat berkumpul ramai2 sambil bertukar2 cerita & buah fikiran. Disamping itu dpt juga berkenalan dgn penulis2 yg baru menyertai keluarga Alaf 21 biar pun ada di antaranya bukanlah muka baru di bidang penulisan.
Di akhir pertemuan sebelum acara mkn t/hari, makin melebar senyuman msg2 kala nama dipanggil utk menerima sebuah sampul surat. Alhamdulillah, syukur kpd ALLAH di atas rezeki kurniaanNya. T/kasih byk Alaf 21 serta warga kerjanya yg telah sama2 bekerja keras selama ini, moga Alaf 21 terus maju jaya... go, go, go... fight,fight, fight... win, win, win...
Di bwh tu gambar2 yg sempat Kak Meen abadikan bersama para novelis Alaf 21.
Bikash, Shanika Latisha, Eka Fahara, Ayu Emelda, Aida Adriani, Hasreeyati, Aleya Aneesa &
Kak Meen
Sharifah Abu Salem (bertudung samar), Rania, Eka Fahara, Aisya Sofea, Kak Meen & Shanika Latisha
Azhan, Hani Fazuha, Sania Yasmin, Murad Arshad, Kak Meen dan Fadli Al-Akiti. Mereka ni geng sebengkel masa kursus novelis di Intekma dulu kecuali Sania (bertudung coklat).
Hezzy Azra, Aisya Sofea, Intan Arnida, Kreisya Reisya, Rozita & Damya Hanna
Emma Maizura, Damya Hanna, Fatin Nabila, Kak Meen, Bikash, Lily Suryani & Leeya Myra
Lily Suryani, Kak Meen, Rose Harissa, Lily Haslina, Fatin Nabila, Anis Ayuni & Rozita
Wednesday, June 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
owhh, sweet.. salam ramadhan:)
Post a Comment