Tuesday, October 27, 2009

BILA BLACKOUT..


Sabtu lepas, tgh sedap2 layan mimpi, tiba-tiba penghawa dingin di bilik terpadam sendiri & rumah pun semerta terus bergelap (blackout).

Dalam mamai, Kak Meen mengintai keluar tingkap. Aikk.. takkan rumah aku sorang aje bergelap kut? Nak kata bekalan elektrik dipotong, tiada bil yg tertunggak. Bila cek kotak fius, semua okey tak ada yg trip. Aduyai.. bergelap tak kisah, tapi berpanas tu yg tak tahan. Tapi pada pukul 3.00 pagi tu, manalah pulak nak cari electrician? Nasib baiklah ada org tu dpt idea nak telefon TEN (Tenaga Nasional) utk mengadu hal. Lalu di dailnya 15454 (Bhg Pertanyaan & Aduan). Biarpun mereka cuma sampai 2 1/2 jam kemudian atas alasan ada byk panggilan pada dinihari itu, sekurang2nya legalah juga. Kalau tidak, lenguh tangan nak berkipas sampai ke siang.

And the culprit yg membuatkan kami sengsara berpanas & terganggu mimpi? Cis, dahan pokok utk mencantikkan taman perumahan yg tidak dicantas sehingga mengganggu fius box di tiang letrik. Hisy, mmg ler pokok tu nak kena tebang agaknya.

Thursday, October 22, 2009

YIHAA, AKU KAYA!

Pagi tadi Kak Meen dapat sms yg berbunyi begini:

TAHNIAH! No. Sim card Anda tlah berjaya memenangi hadiah mingguan/bulan RM17,000 dr
"POWER ROOT" Sila call/telp perkhidmatan: 017-8985373
Terima kasih.


Wah, semerta kebah demam Kak Meen. Yihaa, aku kayo!! Sapa nak kasi RM17,000.00, beb. Tak sedar dah melompat sampai ke siling, hehehe... Ada ke aku nak percaya? Hisy, sejak bila pulaklah Power Root begitu baik hati tawar hadiah tanpa membeli produknya? Ni, entah si malaun manalah yang duk mengacau di pagi hari, begitu gigih menggoda sampai tiga kali sms yg sama dihantarnya. Alahai... bertambah demam ler Kak Meen dibuatnya. Sbb tengah demam ni, Kak Meen malaslah nak menyiasat. Tapi kalau korang terlebih rajin, boleh ler siasat & lepas tu kasi tau Kak Meen hokey?

Sunday, October 18, 2009

DEEPARAYA...

Semalam, Kak Meen maraton buat Deeparaya. Dah di penghujung Syawal ni, makin rancak pula sesi makan-makannya sampai tak terdaya dah perutku dibuatnya. Wah, ini yg buat makin ngeri nak panjat alat penimbang, haruslah jarumnya akan berputar laju! Aduss.. panjat sambil tutup mata ler jawapnya, hehehe..

Berbalik pada cerita Deeparaya, bermula dgn ke rumah jiran yg menyambut Deepavali, kami ke rumah Damya Hanna pula. Seterusnya singgah pula ke rumah Anis, terlanjur Iris Ixora ada beraya di sana. Ingatkan nak sembang lama sikit dgn Iris tapi mengenangkan ada sebuah rumah lagi yang harus dikunjungi, maka 'meeting' adjourned to 1st Nov di rumah Anis nanti, insya-ALLAH. (Iris, hope you can make it ya.. & hrp2 penulis Alaf 21 yg lain pun dpt bersama memeriahkannya. Kawan2 - sila jengah blog Anis Ayuni)

Dan hari ini, mungkin sebagai penutup rumah terbuka di bulan Syawal ini, Kak Meen penuhi pula jemputan Ika (Shanika Latisha). Tapi sayang, terlupa pula bawa kamera. Jadi tak dptlah nak bergambar dgn Ika di kolam renang, hehehe..


Meriah jamuan di rumah Damya. Alahai, Damya.. kalau dari awal lagi sebut nama jalan tu, tak adalah akak tersesat, huahahaaa...


Anis, Iris, Fira & Kak Meen. Juadah di rumah Anis pun tidak kurang meriahnya, tapi perutku sudah kekenyangan. Namun tetap tergoda dgn rojak buah & wantan goreng.

Wednesday, October 14, 2009

BERITA GEMBIRA...

ALHAMDULILLAH, syukur kpd ALLAH... senyum sampai ke telinga Kak Meen mendengar khabar gembira yg dibawakan oleh editor siang tadi. Hmm.. seronok tak terkata, rasa mcm nak melompat-lompat tapi mujurlah cepat sedar diri, hehehe... mesti buruk agaknya rupa org yg dah nak senja mcm Kak Meen ni terkinja-kinja melompat.

T/kasih byk buat mereka yg sudi menyokong karya-karya Kak Meen selama ini, terutama sekali buat para pembaca (pembeli) novel Gerimis Rindu. N3 ini Kak Meen tujukan khas utk anda sebagai tanda penghargaan. Teruskan menyokong ya...

Sunday, October 11, 2009

NANA'S CONVO - 10 OCTOBER 2009


Berseri-seri wajah seorang graduan. Tahniah, Nana! Semoga berjaya menggapai segala impian, dan jadilah seorg anak yg solehah & insan yg beriman dan bertakwa, amin...


Kak Meen berkongsi kegembiraan mengabadikan kenangan berlatar belakangkan persekitaran kampus


Mudah-mudahan si adik bakal turut menggenggam segulung ijazah kelak, insya-ALLAH..

Friday, October 9, 2009

Terima kasih Fadilah Diyana kerana sanggup luangkan masa utk membaca Gerimis Rindu & siap buat preview di blognya. Mula tu ingt nak copy & paste aje tapi tak boleh & Fadilah dgn baik hatinya siap emelkan.


Novel ni bertemakan cinta dan novel ni setanding dengan kehebatan novel Kasih Yang Suci (kisah tentang elena & seth)...siap ada watak seth diselit2kan lagi, 2 kali ok...tapi elena xder...pelik...sebab sebelum2 ni mcm belangkas...maybe penulis ada jawapan tersendiri kenapa watak elena tiada...maybe mengandung lagi ke...cewah,memandai la plak fadilah ni...hahaha...

You all rasa tak getaran kalau you all ske seseorang???getaran yang sama gak lah fadilah rasa setiap kali membaca novel2 yang seswai dengan jiwa fadilah...malam tadi fadilah dapat rasa getaran tu jadi boleh kata novel ni memang style...mcm manisnya cinta, bicara hati, kasih antara kita, KYS, Adam & Hawa dan beberapa buah lagi...Sebelum ni bila fadilah mengenali watak seth, wat pertama kalinya fadilah ske orang lain bangsa...kali ni fadilah tetap rasa berpuas hati sengan hasil karya Puan Meen...Fadilah gak rasa yang novel ni merupakan antara novel terbaik untuk tahun ni...Happy sangat2...

P/S- Tahniah wat Puan Meen...biar lambat Puan menulis janji karya sebest novel ni dan KYS...=D

Tuesday, October 6, 2009

LAGI CERITA RAYA...

Ahad lepas Kak Meen buat makan-makan kecil sempena hari raya. Jemputannya utk makan tengah hari. Jadi apalagi, 'bersilat' ler kami di dapur pada belah pagi tu. Dan hasilnya...

Apa menu istimewa utk hari itu?

Tadaa... nasi briyani beserta lauk pauknya..

Nana siap surprisekan mama dia dgn cake dari Secret Recipe. Ohh.. jambangan di hujung meja bufet tu juga. Thanks, Nana..

Antara rakan penulis yg hadir Hezi, Ika & Aleya. Yg comel tu Aha, anak Hezi. T/kasih ya kawan2 sbb sudi datang. Tq Anis sbb sempat juga singgah wlaupun ada byk jemputan utk open house pada hari itu.

Mersik & family pun dtg juga tapi dlm kekalutan tu terlupa pulak nak snap foto. T/kasih mersik sbb sudi dtg. Tgklah si Mia tu yg tgh admire hadiah istimewa dari pokcik mersik. Terpesona dia tgk buku Dol Leman yg berwarna-warni tu..

Thursday, October 1, 2009

CORAT CORET RAYA...

Biarpun Syawal sudah masuk ke hujung minggu kedua, tapi Kak Meen tetap nak bercerita ttg awal kedatangannya. Mmglah ketinggalan keretapi, tapi nak buat mcm mana baru hari ini timbul kerajinan buat n3 pasal raya ni.

Seperti tahun2 sudah (rasanya dah lbh 10 tahun), kami beraya di JB dulu. Hmm.. beralah bukan bererti kalah, kan? Ikutkan mmg tak aci tapi apa nak buat selalu aje kalah undi, 3 lawan 1 takkan blh menang. Mungkin tahun depan patut buat hati kering, gunakan kuasa veto, hehehe...

Berbeza dari tahun2 yg lepas, kali ini kami bergerak menghala ke selatan pada waktu malam. Kebiasaannya kami lbh suka travel pada awal pagi, tapi memandangkan anak sulong Kak Meen yg baru mula bekerja tu tak dpt cuti, maka terpaksalah kami mulakan perjalanan pada waktu malam. Utk mengelakkan kesesakan, pada hari Jumaat tu jam 9.30 malam baru kami tinggalkan KL dan sampai di JB hampir jam 2.00 pagi. Adehh... lambat bukan sbb lebuhraya sesak, tapi sbb byk kali buat pit stops kat R & R. Almaklumlah, masa berbuka tu msg2 duk togok air mcm tak hengat, hihihi...

Malam hari raya pertama, selepas isyak kami bertolak semula ke KL. Cadangnya nak balik belah ptg tapi anak2 belum puas melepaskan rindu dgn atuk & nenek mrk. Maka terpaksalah sekali lagi bergerak di waktu mlm. Haduii letihnya... sampai KL lbh kurang 1.30 pagi (kihkihkih.. walhal hanya duduk di kerusi penumpang).

Pagi hari raya kedua barulah dpt balik ke Btg berjumpa bonda tercinta, adik-beradik & sanak saudara. Dah mcm satu tradisi, di hari raya kedua mmg ramai sanak saudara dtg berkunjung setelah menziarahi pusara kaum kerabat msg2. Burpp... sendawa kekenyangan mereka setelah menikmati nasi lemak panas + sambal tumis udang, air tgn Anis & the gang.


Bygkan mereka beraya tanpa kami sekeluarga, sbb tu Kak Meen beralah. Mudah2an anak2 juga akan sentiasa mengingati kami nanti, amin..


Bersama kaum kerabat dari Spore. Cute sgt anak Dayat si mawar berduri..


Bersama Teh, mak, Nana, Fira & Anis