Thursday, October 1, 2009

CORAT CORET RAYA...

Biarpun Syawal sudah masuk ke hujung minggu kedua, tapi Kak Meen tetap nak bercerita ttg awal kedatangannya. Mmglah ketinggalan keretapi, tapi nak buat mcm mana baru hari ini timbul kerajinan buat n3 pasal raya ni.

Seperti tahun2 sudah (rasanya dah lbh 10 tahun), kami beraya di JB dulu. Hmm.. beralah bukan bererti kalah, kan? Ikutkan mmg tak aci tapi apa nak buat selalu aje kalah undi, 3 lawan 1 takkan blh menang. Mungkin tahun depan patut buat hati kering, gunakan kuasa veto, hehehe...

Berbeza dari tahun2 yg lepas, kali ini kami bergerak menghala ke selatan pada waktu malam. Kebiasaannya kami lbh suka travel pada awal pagi, tapi memandangkan anak sulong Kak Meen yg baru mula bekerja tu tak dpt cuti, maka terpaksalah kami mulakan perjalanan pada waktu malam. Utk mengelakkan kesesakan, pada hari Jumaat tu jam 9.30 malam baru kami tinggalkan KL dan sampai di JB hampir jam 2.00 pagi. Adehh... lambat bukan sbb lebuhraya sesak, tapi sbb byk kali buat pit stops kat R & R. Almaklumlah, masa berbuka tu msg2 duk togok air mcm tak hengat, hihihi...

Malam hari raya pertama, selepas isyak kami bertolak semula ke KL. Cadangnya nak balik belah ptg tapi anak2 belum puas melepaskan rindu dgn atuk & nenek mrk. Maka terpaksalah sekali lagi bergerak di waktu mlm. Haduii letihnya... sampai KL lbh kurang 1.30 pagi (kihkihkih.. walhal hanya duduk di kerusi penumpang).

Pagi hari raya kedua barulah dpt balik ke Btg berjumpa bonda tercinta, adik-beradik & sanak saudara. Dah mcm satu tradisi, di hari raya kedua mmg ramai sanak saudara dtg berkunjung setelah menziarahi pusara kaum kerabat msg2. Burpp... sendawa kekenyangan mereka setelah menikmati nasi lemak panas + sambal tumis udang, air tgn Anis & the gang.


Bygkan mereka beraya tanpa kami sekeluarga, sbb tu Kak Meen beralah. Mudah2an anak2 juga akan sentiasa mengingati kami nanti, amin..


Bersama kaum kerabat dari Spore. Cute sgt anak Dayat si mawar berduri..


Bersama Teh, mak, Nana, Fira & Anis

6 comments:

intan shaheera@ieyra said...

wah..........raya sakan nampak????

Faz said...

salam aidilfitri kak meen,,
sy baru beli gerimis rindu ptg smlam.
skrg tgh bace..stop sat kat page 76.
pepon ni 1st tim sy bace novel kak meen.. mmg sronok & enjoy sgt bace buku k.meen..bahase yg straight (xde lentok2)
& isi yg sempoi.. Insyaallah lps ni sy nak jejak kasih novel2 k.meen yg dulu2..:)

Meen Zulaikha said...

Sakan ke? Alah, itu rutin biasalah, tiap kali raya gitu ler cari Kak Meen & kluarga m'yambutnya..

Meen Zulaikha said...

Salam Lebaran Faz. Dah habis baca GR ke? Lepas ni sudi2kanlah tatap Kasih Yg Suci & Warna Hati lak ya..

Faz said...

blom abis..now page 200++
betul la komen reader.. page 188 -189 ade pblem skit..
tp xpela,,huhu..ni bukan 1st time ade pblem.. dulu penah beli novel yg print die sgtla kabur..sgtla tesen bace,..tee..hee..

btw novel k.meen sgtla ummphh.. kkdg gelak sorg2 bace..

Meen Zulaikha said...

Salam faz.. moga terhibur membaca Gerimis Rindu & m'dpt sedikit ilmu..