Monday, November 2, 2009

DEMO MASAK BERSAMA CHEF SELEBRITI..

Semalam (1/11/09) kami berkumpul di rumah Anis Ayuni yg menganjurkan gathering utk para penulis Alaf 21. Biarpun cuma kami bertujuh (yg lain2 mungkin ada komitmen mereka tersendiri), namun demo memasak bersama chef selebriti popular iaitu Chef Norzailina di dapur Anis mmg kecoh. Riuh satu dapur dgn hilai tawa & lawak jenaka membuatkan semua tidak kering gusi.


Sempat lagi berposing dgn Chef Lina & adunan cheese cake yg sedia utk dibakar di dlm ketuhar.

Haa.. dah siap pun. Yummy, sedap tau... pasti akan kucuba buat cheese kek gebu lagi enak ini.

Wajah-wajah riang yg sedang kecoh belajar buat lasagna...


Senyuman memikat dari Lynn Dayana yg sdg mengacau white sauce.

Iris & Hezzy sdg buat layering utk lasagna.

Lapisan terakhir untuk lasagna ialah white sauce, yg disempurnakan oleh Hani Fazuha.

Hmm... lasagna itu sgt sedap tau. Spaghetti bolognaise air tgn Z (suami Anis) dan Iris itu pun tak kurang sedapnya. Kebetulan pula menu pot luck mereka sama.

Inilah juadah hidangan kami tengah hari itu.

Kak Meen pula buat puding trifle.

Hehe... hari ini Kak Meen mencuba buat sendiri lasagna. Main bantai aje masak tanpa resepi (semalam tak salin sbb resepi akan di emel) sbb ada org teringin sgt nak mkn. Menjadi jugalah biarpun kurang sempurna. Yang pasti, licin tak bersisa..

Terima kasih daun keladi ya Norz, sbb sanggup luangkan masa utk ajar kami buat lasagna & cheese cake meskipun jadualnya tersangatlah padat. Terima kasih juga pada Anis kerana memberi peluang kami membuat kecoh dan kecah di dapurnya.

5 comments:

intan shaheera@ieyra said...

mmm..nyamm..nyam....nampak cam best je........tu baru nengok....xdirasa ag tu

dhiya zafira said...

amboi sedapnya makanan..kecur air liur tgknya...apa boleh buat saya kat cameron aritu...

ziekiera said...

Meen...
Tentu kecoh tapi meriah...jeles zie...congrate GR pandai meen guna bhs bdk2 remaja...jemput ke blog zie ada story best dan panduan berguna drpd kak zara aluwi...

Meen Zulaikha said...

ieyra.. mmg best,sedap sgt makanan tu semua..

dhiya.. nmpk menggoda, kan? Percayalah, mmg sedap! Wah, sronoknya mkn angin di Cameron..

zie.. bila dah reramai tu gitu ler gayanya, havoc.. Tq Zie, nnti saya jengah ke sana

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam.
kakmeen nak lah jgk resipi lasagna tuuuu! heheh