Sunday, January 10, 2010

DUHAI ANAK...

NIBONG TEBAL: Seorang ibu tujuh anak bertindak membakar diri selepas mencurah petrol ke badan di depan rumahnya di Jalan Hutan Lipur di sini, awal pagi tadi kerana dipercayai kecewa dengan anak perempuannya berusia 15 tahun yang didakwa degil dan sering tidak pulang.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Rossliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai, melecur kira-kira 54 peratus badannya dari dahi hingga pusat.

Kejadian yang dikatakan berpunca daripada wanita itu yang mengalami tekanan perasaan kerana kelakuan anaknya menjadi bualan penduduk setempat....


Membaca keratan akhbar di atas beberapa hari sudah, membuatkan hati Kak Meen jadi tersentuh, sedih & hiba sesgt. Di mana silapnya? Berita ini membuatkan Kak Meen terfikir, betapa kebanyakan anak2 zaman skrg amat kurang diberi santapan rohani lalu membuatkan jiwa mereka kosong. Mereka seolah2 langsung tidak takut dgn pembalasan di kemudian hari. Memberontak & melawan ibu bapa bagaikan perkara biasa, dah tak takut dosa pun. Yelah sbb tak nampak lagi pembalasan tu, kan? (Sebab kekdg ALLAH tak balas apa pun di dunia ni sbb nak bagi mereka insaf, namun ada juga yg tak pernah nak insaf sampai ke mati.) Tapi tunggulah azab ALLAH yg menanti. Hah, jam tulah gamaknya baru mereka nak insaf, setelah diri dihumbankan ke neraka.

Duhai anak-anak, tolonglah... jadilah manusia yg punya perasaan. Ibu marah bukan tanda dia tak sayang atau dah benci, tapi adalah utk kebaikan. Kalau dah tak nak dengar nasihat ibu, nak dengar nasihat siapa? Hantu ke? (ayat geram ni... hantu tu maksudnya syaitan)

Kesimpulannya, tolonglah jadi anak yg tahu mengenang budi. Jadilah anak budiman yg punya hati & perasaan, faham akan kesusahan & derita ibu bapa demi utk membesarkan kamu. Jgn asyik nak berdegil melawan & memberontak buat menambah tekanan kpd ibu bapa yg sedia tertekan dgn segala macam masalah di dunia yg serba mencabar ini. Jadilah anak2 yg baik, mudah2an bahagia & berkat hidup dunia akhirat.

4 comments:

Anonymous said...

salaam kak meen..... sedih bila baca tentang ibu & anak itu....anak anak skrg jauh beza dgn masa ibu bapa mereka...generation gap tu kita kena kurangkan sikit jurang tu, baru la kita blh fahami anak anak kita tapi mereka pun mesti la hormat kat org tua...apa yg ayu percaya...semua bermula dari rumah...bagaimana kita didik anak kita and masa yg kita luangkan utk mereka so that mereka tak terasa sunyi dan ada tempat mengadu, berborak, berunding....well this is my own opinion hope tak ada yg tersinggung

Maryam Kamal said...

sokong anonymous aka ayu nih kak meen...(",)

semuanya bermula dari rumah. didikan ibu bapa.

kalau tak, tak adalah peribahasa...

'bagaimana acuan, begitulah kuihnya..'

kalau dohnya sebati, tak mungkin kuih tu jadi liat, kan?

dan jugak, kuah takkan tumpah ke mana,, kalau tak ke nasi.

tp zaman skrg pun, anak2 lebih percayakan dakyah drp dakwah. kawan2 diagungkan melebihi ibu bapa. adoyaiii..

biasalah kak meen,, dunia akhir zaman.

er.. ni cuma pandangan dr sisi saya, seorg remaja belasan tahun yg tak kenal dunia lagi..

wallahu'alam.

Meen Zulaikha said...

Salam ayu & maryam. Kata2 ayu tu ada benarnya ttg generation gap tu. Tp yg paling merusingkn ialah bab pengaruh kwn. Stuju sesgt dgn pendpt maryam ttg anak2 skrg lbh percayakn dakyah dr dakwah. Lbh suka dgr ckp kwn dr ikut nasihat ibu bapa. Thumbs up maryam, bernas sunggh pndptmu itu. Jadinya, bab bagaimana acuan.. tu kekdg tak blh apply dek kerana kerana pengaruh buruk kwn nilah.

Anonymous said...

Hello!
You may probably be very interested to know how one can make real money on investments.
There is no initial capital needed.
You may begin earning with a money that usually goes
for daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one project for several years,
and I'm ready to let you know my secrets at my blog.

Please visit blog and send me private message to get the info.

P.S. I earn 1000-2000 per daily now.

http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]