Monday, March 29, 2010

LAGI TENTANG CRUISE..

Virgo Superstar di kejauhan, berlabuh di lautan berhampiran Phuket. Nmpk jauh berbeza saiznya dibandingkan dgn kapal layar. Gmbr ini dirakamkan dari Patong Beach.

Star Navigator - wajib ada. Tanpanya kita tak tahu apa aktiviti yg berlaku di atas kapal. Ini adalah jadual aktiviti harian. Dptkannya di lobi semasa check-in. Kami termiss beberapa acara sbb lambat baca benda alah ni. Di hari2 seterusnya, diaorg selitkan Star Navigator ni di pintu kabin.

Salah satu perkara yg mengujakan Kak Meen semasa belayar ialah melihat matahari terbit dan terbenam. Mengasyikkan..

Matahari terbit di Phuket. Subhanallah... indah sungguh ciptaan Tuhan. Tapi syg, jurugambar amatur ni gagal menyempurnakan tugas dgn baik, hehehe.. kena amik kursus fotografi nmpknya.

Promenade - suka lepak di dek ni ambil angin. Di dek ini jugalah demo fire drill diadakan di hari pertama jejakkan kaki ke atas kapal.

antara kedai yg terdpt di atas kapal

The Lido - lbh kurang mcm auditorium. Di sinilah pertunjukan di adakan saban mlm. Tgklah betapa awalnya kami dtg semata2 nak duduk di barisan depan..

Pertunjukan dari anak2 kapal. Ada yg lbh seksi lagi, ala2 penari kabaret gitu. Almaklumlah penumpangnya antarabangsa. Sewaktu kami naik ari tu, ada 24 kewarganegaraan turut belayar sama.

Saban hari ada pelbagai aktiviti di pelbagai tempat. Tak terikut dah sbb kdg2 acaranya bertindan. Acara pula ada pelbagai kategori: family fun, teens & kids. Antara hendak dgn tidak saja menyertainya.

Ni demonstrasi buat dragon beard candy (kategori family fun). Demo buat sushi pun ada.

Kuat betul org2 kat atas kapal ni makan! Almaklumlah, sekali belayar bilangan penumpang lbh dari 2,000 org.

Mcm2 lagi yg ada di atas kapal ni, termasuklah trek jogging, gym, sauna, Cafe Gelato (nak mkn ais krim, singgah di sini), disko, kasino dan entah apa2 lagi yg barangkali tak sempat kami jelajahi kesemuanya.

Thursday, March 25, 2010

STAR CRUISE VIRGO...

Cuti sekolah baru2 ni Kak Meen ambil pakej belayar 4 hari/3 mlm dgn SuperStar Virgo ex Spore/Png/Phuket. Tempahan telah dibuat Nov tahun lepas, harga tawaran istimewa. Jadi, pagi Ahad (14/3/10) kami naik Airasia ke Spore.

Virgo Star sdg berlabuh di Harbour Front, Spore.

Di Harbour Front Ferry Terminal. Beratur utk check-in. Karpet kuning utk Admiral Class, merah utk Balcony Class & biru utk World Cruiser (kira ekonomi kelaslah). Ingatkan balcony class dah cukup istimewa, tapi alahai.. kena beratur jugak rupanya. Tapi taklah seteruk world cruiser, paling ramai bilangannya. Paling spesel karpet kuninglah, dpt layanan istimewa. Padanlah dgn harganya. Masa ni org belum ramai lagi sbb baru 11.27 pagi, sdgkan check-in jam 12.00 t/hari.

Akses kad ni akan diberikan kpd semua penumpang kapal. Semua urusan di atas kapal kena gunakan kad ni. Ini kira mcm kad kredit dan nilai max blh guna S$1000.00 (atas kapal semua dlm Spore dollars). Tiap kali mkn & minum atau beli barang, swipe aje kad ni, duit kira tak laku di sini kecuali di money changer. Nak masuk kabin pun guna kad ni. Turun naik kapal di Png & Phuket pun cuma bawak kad ni, tak payah bawak pasport. Bagi setiap kabin kelas balkoni, akan dpt S$100.00 utk dibelanjakan on food & beverages shj. Kelas world cruiser rasanya tak dpt kut.

Grand Piazza berdekor mewah dgn di hiasi patung 3 ekor kuda keemasan gagah memacu & dilengkapi dgn 3 buah lif yg akan membawa penumpang ke kabin, etc. Di sinilah terletaknya lobi.

Koridor menuju ke bilik. Lebih kurang mcm di hotel juga, cuma sempit sedikit.

Kabin tempat kami menginap selama 3 mlm, terletak di dek 11. Sofabed kuning di hujung sana tu, bila mlm jadi tempat tidur. Ruang kabin terhad, jadi semua perabotnya comel2 belaka. Bilik airnya pun kecil saja.

Lepak di lobi sekejap menikmati welcome drinks sebelum menjelajah pelosok kapal.

Di dek 12, dek yg paling atas.

Di The Galaxy of the Stars.

Wet & Wild, kolam renang utk kanak-kanak.

Kolam renang utk org dewasa. Ada 4 buah jakuzi di sini. Nampak tak slide tu? Gigih Kak Meen memanjat tangga semata2 nak mencuba, hahaha... Sesiapa yg pakai rantai & gelang tidak dibenarkan naik benda alah ni. Lagi satu, di kolam renang, dimestikan berpakaian renang. Tak kisahlah nak berbikini ke atau pun yg jenis muslimah ala2 diving sut tu pun okey jugak.

Suasana kolam renang di waktu malam.

Restoran Mediterranean Buffet & Terrace. Tempat ni tak ada sijil halal, tapi pork free. Bersarapan & mkn aje di kaunter bufet vegetarian kalau was2. Bella Vista (western) & Pavillion Room (Chinese) mmg tak halal. Ketiga2 restoran ni, semua penumpang blh mkn tanpa apa2 bayaran; six meals/day! Hah, hambek kau, b'fast, morning tea, lunch, tea time, dinner & supper! Kak Meen tgk carta pekerja, sous chef dia berbangsa Melayu. Tapi utk restoran yg mana, wallahuaklam.. harap2 di Mediterranean..

Yg dlm tray oren (huhu.. nostalgia, teringat2 zaman duduk di hostel dulu) tu makanan sarapan dari kaunter bufet vegetarian di Mediterranean. Kat atas kapal ni tak blh byk cekadak, meja pun kdg2 kena share dgn org lain. Polisi dia org, allocation of tables is on a sharing basis & on 'first come, first served' basis. Tak blh nak main booking2 utk kengkwn. Nasib ler dgn sapa kita berkongsi meja, terima sajalah. On the positive side, blh berkenalan dgn ramai org..

The Taj, satu2nya restoran halal di atas kapal ni. Tapi cuma dibuka time mkn t/hari & mlm saja. Nak mkn di sini sepatutnya kena bayar, tapi Kak Meen mmg request masa booking, jadi dptlah kupon utk mkn di sini . Cuma perlu bayar harga minuman saja. Bijak betul dia org ni, bagi kita mkn aje, bila dah tercekik, kenalah beli air. Jadi, guna ajelah kredit S$100/- yg telah diberikan tu. Nak simpan pun buat apa, bknnya blh ditukar dgn nilai wang. Kalau tak digunakan, kira burn. Nak jimat, minum ajelah air kosong, percuma.

Makanan pencuci mulut di The Taj..


Ngendap sekejap tgk apa yg diaorg buat di Captain's Bridge. Inilah tonggak yg memastikan kapal sentiasa berada di haluan yg betul. Ambil gambar dari luar bilik aje, tak dibenarkan masuk tanpa sebarang urusan/kebenaran..

Krews yg buat pertunjukan di The Lido (aiseyman, gmbr The Lido dah terdelete lak. Next n3 Kak Meen ltk). Tiga org di barisan depan yg terlebih seksi tu mmg lawak, kaum Adam sebenarnya tu. Setiap mlm ada pertunjukan di sini. Ada silap mata, akrobat, dll..

Library yg sgt selesa dan ada kemudahan internet. Tapi nak guna internet tu kena bayar ler..
Add Image
Picture House atau panggung wayang. Setiap hari ada 4 - 6 cerita ditayangkan.

Photo Gallery yg terletak bersebelahan panggung wayang. Huhu.. sekeping gambar S$18/- Gambar Captain's Gala Cocktail lagi mahal. Masa nilah para penumpang berpeluang bergambar dgn kapten kapal di Grand Piazza.


Video Arked - kena beli token..

Utk peminat sukan golf..

Driving range..

Nak main dam? Blh saja..

Gelanggang basketball

Ping pong..

Lepak kejap di balkoni sementara tunggu bot utk ke Phuket. Suka lepak di balkoni ni, tgk matahari terbit & terbenam.


Sebuah bot baru saja diturunkan ke laut..


Tender boat namanya. Bot2 inilah yg akan membawa penumpang ke Patong Beach, Phuket..

Beach chair ni bukan blh duduk percuma ya.. Satu kerusi 100 Thai baht (lbh kurang rm10). Nak duduk 10 minit ke, sejam ke atau pun sepanjang hari, sewanya tetap sama. Kami lepak lbh kurang sejam saja di pantai Patong ni sementara tunggu kedai2 dibuka.

Percutian di atas kapal Super Star Virgo ni antara bahan yg bakal Kak Meen selitkan di dlm novel yg akan dtg, insya-ALLAH.

Sunday, March 21, 2010

PESTA BUKU 2010 - PWTC

Ni antara gambar2 yg sempat Kak Meen rakamkan semasa merewang ke pesta buku semalam. Bagi peminat2 buku, ni kira acara wajib sbb ramai penulis turun padang. Jadi kpd sesiapa yg belum ke PWTC sempena pesta buku ni, tunggu apa lagi.. ayuh, jom berpesta di PBAKL...

Aisya Sofea, Kak Meen & Bonda (Ilani Mysara)

Kak Meen bersama Mersik, Bonda, Rozita & Anis Ayuni

Indah Hairani, Kak Meen, Dyza Ainun & Hani Fazuha


Hani Fazuha, Norzailina & Salina Ibrahim

Antara penulis yg hadir, Bonda, Nur, Ayu Emelda & Ryana Adrina

bersama Indah Hairani, Fatin Nabila & adiknya..

antara barisan penulis Buku Prima..

haha... yg ini gmbr syok sendiri. Lihatlah dunia.... Hehehe... tak kisahlah ini carta yg dah berapa kurun (atau yg terbaru ke?), janji judul novelku antara yg terpampang megah di dinding dewan Tun Hussein Onn.