Monday, March 29, 2010

LAGI TENTANG CRUISE..

Virgo Superstar di kejauhan, berlabuh di lautan berhampiran Phuket. Nmpk jauh berbeza saiznya dibandingkan dgn kapal layar. Gmbr ini dirakamkan dari Patong Beach.

Star Navigator - wajib ada. Tanpanya kita tak tahu apa aktiviti yg berlaku di atas kapal. Ini adalah jadual aktiviti harian. Dptkannya di lobi semasa check-in. Kami termiss beberapa acara sbb lambat baca benda alah ni. Di hari2 seterusnya, diaorg selitkan Star Navigator ni di pintu kabin.

Salah satu perkara yg mengujakan Kak Meen semasa belayar ialah melihat matahari terbit dan terbenam. Mengasyikkan..

Matahari terbit di Phuket. Subhanallah... indah sungguh ciptaan Tuhan. Tapi syg, jurugambar amatur ni gagal menyempurnakan tugas dgn baik, hehehe.. kena amik kursus fotografi nmpknya.

Promenade - suka lepak di dek ni ambil angin. Di dek ini jugalah demo fire drill diadakan di hari pertama jejakkan kaki ke atas kapal.

antara kedai yg terdpt di atas kapal

The Lido - lbh kurang mcm auditorium. Di sinilah pertunjukan di adakan saban mlm. Tgklah betapa awalnya kami dtg semata2 nak duduk di barisan depan..

Pertunjukan dari anak2 kapal. Ada yg lbh seksi lagi, ala2 penari kabaret gitu. Almaklumlah penumpangnya antarabangsa. Sewaktu kami naik ari tu, ada 24 kewarganegaraan turut belayar sama.

Saban hari ada pelbagai aktiviti di pelbagai tempat. Tak terikut dah sbb kdg2 acaranya bertindan. Acara pula ada pelbagai kategori: family fun, teens & kids. Antara hendak dgn tidak saja menyertainya.

Ni demonstrasi buat dragon beard candy (kategori family fun). Demo buat sushi pun ada.

Kuat betul org2 kat atas kapal ni makan! Almaklumlah, sekali belayar bilangan penumpang lbh dari 2,000 org.

Mcm2 lagi yg ada di atas kapal ni, termasuklah trek jogging, gym, sauna, Cafe Gelato (nak mkn ais krim, singgah di sini), disko, kasino dan entah apa2 lagi yg barangkali tak sempat kami jelajahi kesemuanya.

No comments: