Saturday, January 23, 2010
KARNIVAL KARANGKRAF - 29/1 - 1/2/2010
Jom beramai-ramai meriahkan Karnival Karangkraf yang akan diadakan pada 29hb Januari - 1hb Februari 2010 di Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15 Shah Alam, bermula dari jam 9 pagi - 7 malam.
Novelis2 yg bakal hadir antaranya seperti Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea, Norzailina Nordin, Bikash Nur Idris, Aleya Aneesa, Liza Zahira, Ayu Emelda, dan Elin Nadia (sila rujuk jadual di website Alaf 21). Tapi Kak Meen tidak akan berada di sana, cuma wakilkan Kasih Yg Suci, Warna Hati & Gerimis Rindu. Sudi-sudikanlah ya...
Sunday, January 10, 2010
DUHAI ANAK...
NIBONG TEBAL: Seorang ibu tujuh anak bertindak membakar diri selepas mencurah petrol ke badan di depan rumahnya di Jalan Hutan Lipur di sini, awal pagi tadi kerana dipercayai kecewa dengan anak perempuannya berusia 15 tahun yang didakwa degil dan sering tidak pulang.
Membaca keratan akhbar di atas beberapa hari sudah, membuatkan hati Kak Meen jadi tersentuh, sedih & hiba sesgt. Di mana silapnya? Berita ini membuatkan Kak Meen terfikir, betapa kebanyakan anak2 zaman skrg amat kurang diberi santapan rohani lalu membuatkan jiwa mereka kosong. Mereka seolah2 langsung tidak takut dgn pembalasan di kemudian hari. Memberontak & melawan ibu bapa bagaikan perkara biasa, dah tak takut dosa pun. Yelah sbb tak nampak lagi pembalasan tu, kan? (Sebab kekdg ALLAH tak balas apa pun di dunia ni sbb nak bagi mereka insaf, namun ada juga yg tak pernah nak insaf sampai ke mati.) Tapi tunggulah azab ALLAH yg menanti. Hah, jam tulah gamaknya baru mereka nak insaf, setelah diri dihumbankan ke neraka.
Duhai anak-anak, tolonglah... jadilah manusia yg punya perasaan. Ibu marah bukan tanda dia tak sayang atau dah benci, tapi adalah utk kebaikan. Kalau dah tak nak dengar nasihat ibu, nak dengar nasihat siapa? Hantu ke? (ayat geram ni... hantu tu maksudnya syaitan)
Kesimpulannya, tolonglah jadi anak yg tahu mengenang budi. Jadilah anak budiman yg punya hati & perasaan, faham akan kesusahan & derita ibu bapa demi utk membesarkan kamu. Jgn asyik nak berdegil melawan & memberontak buat menambah tekanan kpd ibu bapa yg sedia tertekan dgn segala macam masalah di dunia yg serba mencabar ini. Jadilah anak2 yg baik, mudah2an bahagia & berkat hidup dunia akhirat.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Rossliana Rosli, 33, yang bekerja sebagai pembantu kedai, melecur kira-kira 54 peratus badannya dari dahi hingga pusat.
Kejadian yang dikatakan berpunca daripada wanita itu yang mengalami tekanan perasaan kerana kelakuan anaknya menjadi bualan penduduk setempat....
Membaca keratan akhbar di atas beberapa hari sudah, membuatkan hati Kak Meen jadi tersentuh, sedih & hiba sesgt. Di mana silapnya? Berita ini membuatkan Kak Meen terfikir, betapa kebanyakan anak2 zaman skrg amat kurang diberi santapan rohani lalu membuatkan jiwa mereka kosong. Mereka seolah2 langsung tidak takut dgn pembalasan di kemudian hari. Memberontak & melawan ibu bapa bagaikan perkara biasa, dah tak takut dosa pun. Yelah sbb tak nampak lagi pembalasan tu, kan? (Sebab kekdg ALLAH tak balas apa pun di dunia ni sbb nak bagi mereka insaf, namun ada juga yg tak pernah nak insaf sampai ke mati.) Tapi tunggulah azab ALLAH yg menanti. Hah, jam tulah gamaknya baru mereka nak insaf, setelah diri dihumbankan ke neraka.
Duhai anak-anak, tolonglah... jadilah manusia yg punya perasaan. Ibu marah bukan tanda dia tak sayang atau dah benci, tapi adalah utk kebaikan. Kalau dah tak nak dengar nasihat ibu, nak dengar nasihat siapa? Hantu ke? (ayat geram ni... hantu tu maksudnya syaitan)
Kesimpulannya, tolonglah jadi anak yg tahu mengenang budi. Jadilah anak budiman yg punya hati & perasaan, faham akan kesusahan & derita ibu bapa demi utk membesarkan kamu. Jgn asyik nak berdegil melawan & memberontak buat menambah tekanan kpd ibu bapa yg sedia tertekan dgn segala macam masalah di dunia yg serba mencabar ini. Jadilah anak2 yg baik, mudah2an bahagia & berkat hidup dunia akhirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)