Wednesday, March 26, 2008

BERSUA AKHIRNYA...

Bermula dgn bertegur sapa di chat box, kami kemudiannya berutus emel dan baru-baru ni akhirnya Kak Meen berpeluang bersua muka dgn Iris Ixora, penulis novel Damai Kasihku. Beliau yg buat masa ini menetap di Istanbul, Turki pulang ke Msia meraikan perkahwinan puteri sulungnya Ayu & pasangannya Azrul. Tahniah Iris! Tahniah juga buat Ayu & Azrul, moga kekal bahagia selamanya.

Seronok dpt berkenalan dgn Iris yg ramah tamah tu tapi tak sempat nak sembang lama, almaklum ramai tetamu lain yg harus dilayannya. Insya-ALLAH mungkin di lain kali ada
rezeki kami akan bertemu lagi.


Iris, Kak Meen, Anis & suami Iris


bersama pasangan pengantin baru..

Saturday, March 22, 2008

FORMULA 1 DI SEPANG



Vroomm.... Esok merupakan hari yg ditunggu2 oleh para peminat grand prix kerana Ahad ini akan bermula Petronas Malaysian F1 Grand Prix. Harap2 cuaca baik sepanjang hari tempoh perlumbaan ini, maklumlah sejak dua menjak ni hampir setiap petang hujan turun membasahi bumi Kuala Lumpur ni.

Mesti ramai yg tertanya2 agaknya tentu Kak Meen minat sgt sampai buat posting pasal F1 ni? Sebenarnya tak adalah minat sgt pun cuma hari tu adalah ternampak sebuah kereta lumba ni tersadai di Amcorp Mall (salah satu lokasi dlm novel Kak Meen yg bakal muncul), tu yg tetiba nostalgia. Teringatlah pulak dodulu pada tahun 1981 syarikat perkapalan tempat Kak Meen bekerja tu agen kpd Australia Straits Container Line ( ASCL) & ASCL kebetulan merupakan salah sebuah syarikat yg menaja kereta lumba tu jadi sempatlah Kak Meen berlagak mcm Kimi Raikkonen walhal masa tu tak pandai memandu pun lagi. Berangan jek lebih!


Okeylah kepada para peminat grand prix semua, enjoy yourself...

Wednesday, March 19, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1429H

Salam Maulidur Rasul buat semua..

Kak Meen mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua umat Islam walau di ceruk mana sekali pun mereka berada. Marilah sama-sama kita perbanyakkan selawat dan mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad SAW disamping membuat kebaikan moga hidup kita akan lebih diberkati & selamat di dunia dan akhirat, amin.

Saturday, March 1, 2008

Salam buat semua..

Hai, apa khabar? Harap semuanya sihat. Dlm sibuk2 org demam nak pilihanraya ni Kak Meen pulak dah 3, 4 hari terperap di rumah penangan demam selsema. Hah, tu baru betul2 demam, mmg sakit seluruh tubuh badan bahana batuk dan demam selsema. Baru hari ni rasa segar sikit dan dapatlah ke sana ke mari menguruskan apa yg patut.

Itineri pertama hari ni bawa anak ke Klinik Pergigian Dr. Putri di Taman Tun pas tu ronda2 jap kat Amcorp Mall. Hala balik singgah beli barang dapur di Giant, Puchong.

Sambil lalu kat kawasan perumahan tadi mata meliar juga tgk poster & banner yg dah mula byk tergantung di sana sini cuba cari klu kalau2 ada pemberitahuan ttg ceramah2 politik ni tapi tak nampak pulak. Julung2 kalinya Kak Meen tetiba teringin pulak nak pi dgr jadi kalau ada sesapa yg tau ttg ceramah ni tak kisahlah parti mana pun janji dlm BM atau BI (bahasa Cina/Tamil tak mo sbb tak faham, hehehe) hrp2 sudilah beritahu ya.. tapi cuma kat kawasan Puchong ni lah khasnya kat Bandar Kinrara. Agaknya mesti bestkan dgr ceramah mereka yg berapi2 tu kan? Nak gak rasa bahang pilihanraya kali ni so jgn lupa ya kengkwn, tlg kasi feedback kalau anda ada info..

Sekian, terima kasih