Wednesday, September 30, 2009

BENGKEL PENULISAN THRILLER DAN AKSI

ALAF 21 akan mengadakan bengkel penulisan yang akan dipimpin oleh dua orang novelis terkenal iaitu Ramlee Awang Mursyid dan Eyman Hykal.

Tujuan bengkel ini untuk memberi panduan bagaimana menulis novel berbentuk thriller dan aksi.

Mereka yang berminat jangan lepaskan peluang mengikuti bengkel ini yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 10 Oktober 2009

Tempat: Akademi Karangkraf

Alamat: Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2 Jalan Sepana 15/3, Seksyen 15
Shah Alam, Selangor.

Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Peserta: 27 orang

Yuran: RM35

Sarapan, makan tengah hari dan cenderahati disediakan.

Bayaran hendaklah dibuat kepada Alaf 21 menerusi akaun Maybank 014271416077. Fakskan slip bayaran, butir-butir diri anda serta nama kursus ke 03-55113817 atau e-mel
ke alaf@alaf21.com.my

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sa’adiah/Roziana di talian 03-55118820/21

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA..



Salam lebaran & selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini Kak Meen menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf andai ada sebarang salah & silap atau pun terkasar bahasa. Sama-samalah kita raikan kedatangan Syawal dgn penuh kesyukuran & keinsafan.

Wednesday, September 9, 2009

HARAP MAAF....

Ni, Kak Meen tempekkan emel dari salah seorg pembaca novel terbaru Kak Meen, Gerimis Rindu.

assalammualaikum...
Tengah baca buku ni.. best giler.. but..muka surat 188 dan 189 ada something missing ker...?
Muka surat 262 tu.. ha..3X kelakar betul.. Watak2 dalam buku ni semua ada dalam previousnya novel... hilang rindu ngan Seth but Elena mana?
Tim dan Li tak nak jadikan watak utama ke dalam Novel mereka tersendiri?
So... Semoga terus dapat menghasilkan Novel akan datang yang lebih BAGUS ya!
Nora Mohd Junos

Kpd Nora Mohd Junos & para pembaca lain termasuklah Kinah yg paling awal bertanya di chat box tempoh hari, maaf jua Kak Meen pinta di atas kesilapan cetakan/typing error (tak pasti yg mana satu, cuma yg pastinya di dlm manuskrip Kak Meen ayat tersebut tidak tercicir). Untuk pengetahuan semua, berlaku sedikit kesilapan di muka surat 189 di mana sebaris ayat telah tercicir.

Seharusnya ayat tersebut berbunyi begini: Senyuman di bibir Li kian melebar kala menghampiri Fatimi.

Diharapkan kesilapan ini tidak mengurangkan minat anda untuk membaca Gerimis Rindu & mudah-mudahan pihak Alaf 21 akan segera memperbetulkannya di cetakan akan datang (insya-ALLAH, mudah-mudahan akan ada cetakan seterusnya, hehehe.. think positive!).

Sekali lagi Kak Meen pohon maaf & minta halalkan ya, jgnlah sampai ada yg merampus-rampus marah lak sampai boikot karya Kak Meen seterusnya di lain kali. Bak kata omputeh: To err is human

Tuesday, September 1, 2009

NOVEL TERBARU - GERIMIS RINDU


Sinopsis:

AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.

Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konfl ik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.

Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi. Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!

Alhamdulilah...
Gerimis Rindu merupakan 'hadiah' istimewa buat Kak Meen di bulan Ramadhan ini. Jutaan terima kasih buat Alaf 21 & warga kerjanya dlm menghasilkan novel ini, terutama sekali buat editornya Sa'adi (haha.. katanya manuskrip Kak Meen buat dia pening kepala. Sa'adi, jgn tak tau itulah 'kelebihan' saya, huhu..)

Kepada para penggemar novel, sudi-sudikanlah menatap karya terbaru Kak Meen ini dan terima kasih di atas sokongan anda.