Saturday, November 27, 2010

TAHNIAH, NANA...

Salam buat semua...

Lama sungguh tak update blog ni, tapi hari ni rasa nak updatelah pulak sbb blog ni lbh kurang mcm diari gak buat diri Kak Meen. Bila2 terkenang, klik aje kat archive & baca apa yg patut.

Kisahnya, semalam Kak Meen telah ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta utk menyaksikan Nana ditauliahkan sebagai peguambela & peguamcara di Mahkamah Tinggi K. Lumpur. Byk juga cabaran & dugaan yg terpaksa dihadapinya semasa menjalani chambering, almaklumlah budak2 yg tgh buat chambie ni kdg2 mmg selalu kena buli aka jadi kuli, hehehe..

Nasib baik kami dtg awal, kalau tidak terpaksalah berdiri sbb tak cukup tempat duduk. Mujurlah Nana dah pesan awal2 ttg hal ni, siap dgn serba sdkit tatacara semasa di dlm mahkamah, antaranya tak blh duduk silang panggung. Hehehe.. itu posisi duduk feveret mamanya.

Apa pun, tahniah ler buat Nana yg telah berjaya mengapai impiannya utk menjadi seorg peguam. Mudah2an dia menjadi seorg anak yg berjaya di dunia & akhirat, amin...