Geramkan komen2 yg memeritkan telinga terbit dari mulut si Fira tiap kali Kak Meen buat kek cawan yg tak berape nak jadi tu (tapi bila dikenangkan tak berbaloi asyik dok beli sbb mahal reganya walaupun kecil cenonit & si Fira ni pulak tiap kali beli paling kurang 1/2 dozen) terus Kak Meen hantar dia pergi belajar sementelah ada yg memberitahu ttg kelas ni. Biar padan dgn muka dia, biar dia rasa jerih perih mcm mana nak buat sendiri cuppies tu; jgn asyik pandai nak mengomen saja.
Jadi, pagi tadi Kak Meen pun hantarlah dia ke PJ, misinya utk mempelajari cara2 membuat kek cawan. Petang sewaktu menjemputnya dlm hujan renyai2, Kak Meen dah senyum2 tengok dia usung kotak kek. Dlm hati dah siap nak pulangkan paku buah keras & ketawakan hasil kerjanya sambil bersedia utk menadah telinga mendengar keluhannya. Tapi... alahai, terkedu sekejap bila dia bukak penutup kotak tu.
Hah, inilah hasil tangan si Fira, anak dara sunti Kak Meen yg bakal menginjak usia 15 tahun bulan Ogos nanti. Dia ni sebenarnya agak culas ke dapur dan tak reti langsung bab2 baking ni (kat sekolah dia amik jurusan akaun) tapi sebab suka sgt makan cup cakes dia terpaksalah merajinkan dirinya utk pergi belajar.
Seronok bukan main dia berceritakan pengalamannya & dgn semangat yg berkobar2 siap mengajar Kak Meen tips2 yg baru dipelajari. Alahai Fira... Fira ajelah yg buat, ujar Kak Meen dgn senang hati ingin berlepas tangan. Hisy, dah tak kosa nak buat benda2 tu semua. Ikutkan hati kalau boleh nak pencen terus tapi huhu.. kang tak berasap pulak dapur tu...
Friday, May 30, 2008
Saturday, May 24, 2008
NOSTALGIALAH PULAK...
Buat Pok Cik Mersik dan sesiapa saja yg tertanya2 ke mana Kak Meen pergi masa cuti Hari Wesak ari tu, ni hah... tgk ajelah gambar2 kat bwh tu. Dalam masa tak sampai sejam, Kak Meen sempat gi tgk org asli, org menoreh getah, org membanting padi, org menenun kain & mencetak kain batik dan tgk mcm2 benda lagi.
Apa dia? Nak tau kat mana tempat tu? Hehehe... gi kat Muzium Negara aje sebenarnya. Buat lawatan sambil belajar utk Fira yg perlukan sedikit info utk folio sekolahnya.
Yelah, nak gi cuti2 Msia pun tak blh sbb dia tgh ada mid year exam, lagi pun kebetulan pula ada undangan perkahwinan pada hari Sabtu tu jadi kami jelajah ajelah muzium selepas tu. Nostalgia gak bila tgk 'org' membanting padi & motong getah tu. Tetiba lak teringat kat arwah aki & wan yg ada mengusahakan sawah padi. Kak Meen adik beradik cukup seronok bila pergi rumah mereka, nak pulak time padi menguning. Lepak2 piknik kat dangau kekononnya jaga padi takut dicuri burung. Syok tgk & acah burung2 ciak yg tak pernah kenyang tu yg pontang panting berterbangan bila tali orang2an digoncang. Jangankan burung, gamaknya bebudak kecik pun akan turut nangis terkejut bila dengar bunyi bising tin2 tu bila digoyang2kan. Bila time org menuai, membanting & menumbuk padi (pakai lesung kaki, woo...), kita pun ikut sama sibuk nak menolong tapi rasanya lebih kpd mengacau kut... Lepas tu ikut arwah aki tgk hasil bubu yg ditahan kat tepi paya tu, dptlah ikan keli ke atau puyu utk buat lauk. Cuma yg tak seronoknya eiii... gelilah dgn pacat dan lintah.
Berdekatan rumah mereka tu pulak ada tempat orang memproses getah & rumah asap. Jadi selalulah kami mendangok tgk org proses susu getah tu & selalu gak kena marah dgn nyonya2 & apek (saja guna perkataan ni wlaupun orgnya tidaklah setua mana sbb kebanyakan dari mrk tu berbangsa Cina) tu sbb mengacau, hehehe... Tapi yg penting secara tak langsung kami dpt belajar dari a - z proses buat getah keping, siap jengah2 & intai kat dlm rumah asap tu sambil tutup hidung. Mmglah busuk bau2an kat sini almaklumlah segala mcm bau ada, nak lagi bila dia org bwa sekali getah skrap, alahai... menyengat hidung dibuatnya tapi kami boleh tak kisah sbb seronok tgk pelbagai aktiviti kat tempat memproses getah tu.
Bila difikirkan kembali rasanya kami bebudak kampung ni beruntung dpt belajar terus dari pengalaman, manakan nak sama dgn hanya melihat gambar & berimaginasi, kan? Samalah mcm Fira yg khusyuk dgr mamanya pot pet bercerita sambil memberi penerangan masa kat muzium tu. Hah, panjang pulak celoteh kali ni, apa pun al-fatihah buat arwah aki & wan...

Monday, May 12, 2008
KOMEN/KRITIKAN
Salam buat semua...
Hari ini Kak Meen nak sentuh sikit ttg tajuk kat atas tu. Sebagai seorg penulis Kak Meen akur para pembaca/pengkritik & pengulas berhak menyuarakan apa saja pendapat/komen/kritikan mereka tetapi harapnya biarlah ianya kritikan yg membina (constructive) dan bukannya yang menjatuhkan/memusnahkan (destructive). Ketahuilah bahawa setiap komen yg anda suarakan/tulis adakalanya memberikan impak /pengaruh yg besar terhadap karya seseorg penulis baik dari segi hasil jualannya dan tidak ketinggalan juga semangat si penulis.
Bukan tidak boleh memberi komen atau kritikan, tapi pastikan anda memberikan komen yg jujur & ikhlas agar boleh dijadikan panduan bagi si penulis utk memperbaiki karyanya di masa akan dtg. Seeloknya sebelum memberi komen/kritikan, sila baca dahulu karya tersebut & janganlah hanya berpandukan apa yg org lain kata atau apa yg kawan anda telah baca. Ingatlah selera & citarasa seseorg itu berbeza, one man's meat maybe another man's poison.
Mmg tepat kata pepatah mata pena itu lbh tajam dari pedang, jadi berhati-hatilah... Jangan sekadar suka2 memberi komen utk menjatuh atau menaikkan seseorang itu (atas alasan yg hanya anda ketahui) kerana komen2 yg berbisa dari anda mungkin akan mematahkan terus semangat si penulis utk terus berkarya, jadi berpada-padalah.
Apa pun Kak Meen berterima kasih kpd semua yg telah sudi memberi komen/kritikan terhadap karya2 Kak Meen. Ini bermakna mereka telah memberikan perhatian terhadap karya Kak Meen sekaligus membuatkan Kak Meen lebih cekal utk menghasilkan karya yg lebih baik walaupun sedar kita tidak mampu memuaskan hati semua orang.

Friday, May 9, 2008
IBU... KAULAH RATU HATIKU...
Salam buat semua...
"Selamat Hari Ibu"
Nah, ni Kak Meen nak bagi sejambak bunga kat semua ibu2 di seluruh pelosok dunia ini walau di ceruk mana sekali pun mereka berada sempena hari ibu pada hari Ahad ni 11/5/2008.
Kenangi & hargailah jasa ibu, tak kiralah sama ada ibu sendiri ke, ibu mertua, mahu pun ibu kepada anak2 anda (hmm... ibu kucing tak payah ler... slalu tu ada jer yg nak buat lawak include ibu kucing & yg sewaktu dgnnya). Bukannya setakat utk hari ibu sahaja ya... malah hargailah mereka sentiasa.
Bagi mereka yg ibunya telah kembali ke alam fana, titipkan Al-fatihah diiringi doa moga roh mereka tenang di sana.
Thursday, May 8, 2008
JAMUAN MAKAN2 DI ALAF 21
Salam buat semua...
Tengah hari tadi Kak Meen & kengkawan penulis lain dijemput ke Alaf 21 kerana mereka ada buat sedikit jamuan makan2 di premis Alaf. Kak Meen seronok dpt menghadiri majlis sebegini kerana inilah peluang utk berjumpa dgn rakan penulis lain.
Ingatkan Kak Meen pecah rekod jadi org yg pertama sampai tapi rupa2nya Liza Zahira telah mendahului. Penulis2 lain yg sempat Kak Meen temui antaranya ialah Sri Diah, Norzailina Nordin, Damya Hanna, Sri Adriani, Durrah Fateha, Lily Haslina, Rose Harissa, Ramlee Awang Murshid, Richie Rachman, Murad Arshad & Anis Ayuni yg bergegas ke sana sebaik saja habis mesyuarat. Sempat juga Kak Meen sembang sekejap dgn Abang Long yg nampak dah makin sihat sikit.
Terima kasih daun keladi Alaf 21 kerana sudi jemput Kak Meen.
Damya & 'baby'... hehehe... baby comel tu sebenarnya anak Siti & Didi (Jgn marah ya Damya... akak gurau aje. Tahniah buat Siti & Didi)
Lily Haslina & Rose Harissa. Di belakang tu RAM tgh khusyuk makan..

Tuesday, May 6, 2008
'CINTA' KOLESTEROL...
Pagi ni lama Kak Meen termenung ngadap peti ais kat bhg dingin beku tu. Mata duk jeling2 sampai naik juling kat sepeket udang2 gemuk diimport dari K. Kinabalu yg berbaris di situ. Kecur liur membayangkan udang masak lemak cili api taruh hirisan nenas tak pun paling2 goreng aje, mmm... syiokk... Hmm... nak ke tak? Nak ke tak ni? Hati mula berbelah bagi.
"Kambing paling tinggi..." ujar nyonya kurus bercermin mata itu memandang tepat ke wajah Kak Meen. "Daging merah & organ dalaman pun..." sambungnya lagi & Kak Meen pun angguk2 lagi sambil tersenyum lebar sbb mmg tak suka pun makan benda2 tu semua jadi tak kisahlah. "Seafood juga... dan kuning telur. Semua tu byk kolestrol!" tambahnya lagi sambil menyenaraikan beberapa jenis barang makanan lagi.
Alahai... ini yg buat akak lemah! Ketam, udang, sotong & yg sewaktu dgnnya mmg kegemaranku kecuali kerang, kupang & yg jenis2 siput tu mmglah tak gemar. Tapi semua makanan yg ku suka itu terpaksa dilupakan buat masa ini sbb tahap kolestrol tgh mencanak ke 7.16 (tahap normal 5.17).
Sebetulnya minggu lepas Kak Meen & kawan2 pergi ke sesi pengesanan awal & pencegahan yg dianjurkan oleh National Kidney Foundation (NKF) di Dewan Serbaguna di Bdr Kinrara ni. Ramai yg mengambil peluang membuat pemeriksaan maklumlah bukan selalu perkara sebegini dianjurkan tambahan pula bayaran yg dikenakan sgt minima.
Alhamdulillah, yg lain2 mcm kencing manis, tekanan darah, etc semuanya ok kecuali tahap kolesterol Kak Meen saja yg tinggi. Huhu... hinggakan terpaksa diberi kaunseling. Barulah ku ketahui ikan juga ada yg tinggi tahap kolestrolnya iaitu ikan yg jenis berkulit licin, contohnya ikan kembung. Oleh itu adalah disarankan agar mkn ikan yg jenis bersisik.
Di bawah ni Kak Meen kongsi sikit apa yg ada dlm leaflet Kawalan Kolesterol dari NKF
Apa yg menyebabkan Kolesterol Tinggi?
- sumber makanan yg mengandungi lemak tepu dan kolesterol yg tinggi
- berat badan berlebihan
- gaya hidup yg kurang aktif
- berumur
- keturunan
- merokok
Apakah kesan Kolesterol Tinggi?
Biasanya tidak ada tanda2 atau gegala2 terhadap kolesterol tinggi. Oleh itu, ramai orang tidak mengetahui bahawa tahap kolesterol mereka adalah terlalu tinggi.
Komplikasi bagi kolesterol tinggi adalah seperti berikut:
- strok
- tekanan darah tinggi
- penyakit jantung
- penyakit buah pinggang kronik (pembunuh senyap yg tanda2 gejalanya hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang)
Akhirnya Kak Meen lupakan bab udang tu buat sementara waktu ni & ubah sikit selera tu. Cuba kurangkan makanan yg berlemak & bersantan, berminyak serta yg bermcm jenis ber... lagi (tak taulah berapa lama blh bertahan). Kenalah rajin2 bersenam, dah tak boleh nak bermalas2 & selalu ponteng lagi, huhu... takut dgn 'cinta' kolesterol ni, akibatnya merana badan nanti.
Saturday, May 3, 2008
Fira berbaju cheongsam warisan neneknya..
filet ikan masam manis..
sayur brokoli..
filet ikan masam manis..
sayur brokoli..
Salam buat semua...
Malam minggu lepas Kak Meen diheret oleh Fira ke Palace of the Golden Horses. Selalu tu Kak Meen yg heret dia tapi kali ni dia pulak yg heret Kak Meen. Sajalah dia tu nak cukupkan kuorem di meja mereka. Kak Meen turutkan ajelah sbb sebenarnya Kak Meen belum pernah lagi jejak kaki ke hotel yg gah namanya ni walaupun jaraknya taklah jauh mana pun dari Bandar Kinrara, lebih kurang 15 minit aje berkereta dari rumah.

Majlis tu sebenarnya diadakan khas utk mengenang jasa pengetua sekolah dia yg baru saja bersara. Wah, ramai betul yg hadir malam tu, kabarnya sebanyak 65 buah meja yg terjual kpd murid, ibu bapa, dll. Boleh tahanlah loadednya bebudak sekolah zaman sekarang ni sbb harga tiket ada yg RM80/pax & RM120/pax. Pakaian & gaya mereka pun pelbagai ragam, melaram habis2an nampaknya maklumlah ada pertandingan best costume & best smile lagi.
Tahniah buat anak buah Kak Meen, Danial Fahmi (anak Anis Ayuni) yg menang utk kategori best smile. Hehe.. nak tgk camner senyuman bergula dia tu kenalah gi blog mama dia sbb Kak Meen tak sempat amik gambar dia mlm tu.
Malam tu kami dihidangkan dgn cold dish, sup ikan, bakul keladi (yam basket), sayur brokoli, filet ikan masam manis, nasi goreng & buah2an pencuci mulut. Sedih gak bila tgk byk makanan yg tak abis kat meja tu (tak taulah sbb kenyang ke atau ramai yg berdiet) tapi ada juga yg komplen cakap tak berape sedap, almaklumlah bila dah masak terlampau banyak tu tentulah 'markah'nya pun kurang sikit, tak gitu? Insya-ALLAH, lain kali Kak Meen akan buat 'lawatan' ke sana lagi sbb malam tu tak berape sempat nak ronda2 kawasan sekitar hotel.
Subscribe to:
Posts (Atom)