Tuesday, May 6, 2008

'CINTA' KOLESTEROL...




Pagi ni lama Kak Meen termenung ngadap peti ais kat bhg dingin beku tu. Mata duk jeling2 sampai naik juling kat sepeket udang2 gemuk diimport dari K. Kinabalu yg berbaris di situ. Kecur liur membayangkan udang masak lemak cili api taruh hirisan nenas tak pun paling2 goreng aje, mmm... syiokk... Hmm... nak ke tak? Nak ke tak ni? Hati mula berbelah bagi.

"Kambing paling tinggi..." ujar nyonya kurus bercermin mata itu memandang tepat ke wajah Kak Meen. "Daging merah & organ dalaman pun..." sambungnya lagi & Kak Meen pun angguk2 lagi sambil tersenyum lebar sbb mmg tak suka pun makan benda2 tu semua jadi tak kisahlah. "Seafood juga... dan kuning telur. Semua tu byk kolestrol!" tambahnya lagi sambil menyenaraikan beberapa jenis barang makanan lagi.

Alahai... ini yg buat akak lemah! Ketam, udang, sotong & yg sewaktu dgnnya mmg kegemaranku kecuali kerang, kupang & yg jenis2 siput tu mmglah tak gemar. Tapi semua makanan yg ku suka itu terpaksa dilupakan buat masa ini sbb tahap kolestrol tgh mencanak ke 7.16 (tahap normal 5.17).

Sebetulnya minggu lepas Kak Meen & kawan2 pergi ke sesi pengesanan awal & pencegahan yg dianjurkan oleh National Kidney Foundation (NKF) di Dewan Serbaguna di Bdr Kinrara ni. Ramai yg mengambil peluang membuat pemeriksaan maklumlah bukan selalu perkara sebegini dianjurkan tambahan pula bayaran yg dikenakan sgt minima.

Alhamdulillah, yg lain2 mcm kencing manis, tekanan darah, etc semuanya ok kecuali tahap kolesterol Kak Meen saja yg tinggi. Huhu... hinggakan terpaksa diberi kaunseling. Barulah ku ketahui ikan juga ada yg tinggi tahap kolestrolnya iaitu ikan yg jenis berkulit licin, contohnya ikan kembung. Oleh itu adalah disarankan agar mkn ikan yg jenis bersisik.

Di bawah ni Kak Meen kongsi sikit apa yg ada dlm leaflet Kawalan Kolesterol dari NKF
Apa yg menyebabkan Kolesterol Tinggi?
  • sumber makanan yg mengandungi lemak tepu dan kolesterol yg tinggi

  • berat badan berlebihan

  • gaya hidup yg kurang aktif

  • berumur

  • keturunan

  • merokok

Apakah kesan Kolesterol Tinggi?

Biasanya tidak ada tanda2 atau gegala2 terhadap kolesterol tinggi. Oleh itu, ramai orang tidak mengetahui bahawa tahap kolesterol mereka adalah terlalu tinggi.

Komplikasi bagi kolesterol tinggi adalah seperti berikut:

  • strok

  • tekanan darah tinggi

  • penyakit jantung

  • penyakit buah pinggang kronik (pembunuh senyap yg tanda2 gejalanya hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang)

Akhirnya Kak Meen lupakan bab udang tu buat sementara waktu ni & ubah sikit selera tu. Cuba kurangkan makanan yg berlemak & bersantan, berminyak serta yg bermcm jenis ber... lagi (tak taulah berapa lama blh bertahan). Kenalah rajin2 bersenam, dah tak boleh nak bermalas2 & selalu ponteng lagi, huhu... takut dgn 'cinta' kolesterol ni, akibatnya merana badan nanti.

2 comments:

Abang Long said...

Kolesterol tinggi. Ini antara punca berat badan Abang Long jatuh mendadak. Darah pekat melebihi kiraan normal.

Meen Zulaikha said...

huhu... abg long, ngeri memikirkan akibat kolesterol tinggi nih. Makin usia meningkat ni nmpknya kita kena lbh berhati2 memilih mknan..