Saturday, May 3, 2008


Fira berbaju cheongsam warisan neneknya..



filet ikan masam manis..




sayur brokoli..



bakul keladi - hangus sikit..








cold dish.. hmm bestnya scallop..







Salam buat semua...

Malam minggu lepas Kak Meen diheret oleh Fira ke Palace of the Golden Horses. Selalu tu Kak Meen yg heret dia tapi kali ni dia pulak yg heret Kak Meen. Sajalah dia tu nak cukupkan kuorem di meja mereka. Kak Meen turutkan ajelah sbb sebenarnya Kak Meen belum pernah lagi jejak kaki ke hotel yg gah namanya ni walaupun jaraknya taklah jauh mana pun dari Bandar Kinrara, lebih kurang 15 minit aje berkereta dari rumah.

Majlis tu sebenarnya diadakan khas utk mengenang jasa pengetua sekolah dia yg baru saja bersara. Wah, ramai betul yg hadir malam tu, kabarnya sebanyak 65 buah meja yg terjual kpd murid, ibu bapa, dll. Boleh tahanlah loadednya bebudak sekolah zaman sekarang ni sbb harga tiket ada yg RM80/pax & RM120/pax. Pakaian & gaya mereka pun pelbagai ragam, melaram habis2an nampaknya maklumlah ada pertandingan best costume & best smile lagi.

Tahniah buat anak buah Kak Meen, Danial Fahmi (anak Anis Ayuni) yg menang utk kategori best smile. Hehe.. nak tgk camner senyuman bergula dia tu kenalah gi blog mama dia sbb Kak Meen tak sempat amik gambar dia mlm tu.
Malam tu kami dihidangkan dgn cold dish, sup ikan, bakul keladi (yam basket), sayur brokoli, filet ikan masam manis, nasi goreng & buah2an pencuci mulut. Sedih gak bila tgk byk makanan yg tak abis kat meja tu (tak taulah sbb kenyang ke atau ramai yg berdiet) tapi ada juga yg komplen cakap tak berape sedap, almaklumlah bila dah masak terlampau banyak tu tentulah 'markah'nya pun kurang sikit, tak gitu? Insya-ALLAH, lain kali Kak Meen akan buat 'lawatan' ke sana lagi sbb malam tu tak berape sempat nak ronda2 kawasan sekitar hotel.

2 comments:

[Fadilah Diyana] said...

akak ni memang ada keturunan cina ye???tahniah tuk danial sebab menang award...=)

Meen Zulaikha said...

Hisy, taklah fad. Fira tu pkai cheongsam nenek belah papa dia. Jgn tak tau nenek dia masa muda2 dulu glamer abis... hehe...