Salam buat semua...
Khamis lepas bila Anis cakap dia & Luq nak ke Kuantan, Kak Meen terus tawarkan diri nak join sama. Yelah, hati pun asyik duk teringatkan mak, rupanya kata Teh (kakak Kak Meen) mmg mak kami tu rindu sgt kat anak2, cucu-cicitnya. Maklumlah mak yg dah lanjut usia tu dah jadi OKU sejak sebelah kakinya dipotong akibat kencing manis, kini 'terpenjara' di kerusi roda. Susah sikit nak bergerak ke sana ke mari, dah tu bila travel jauh sikit badannya pulak rasa lenguh2 & sakit2.
Ketawa bahagia mak Kak Meen bila Anis tunjukkan gambar lama kami masa kecik2 dulu siap difremnya cantik & hadiah kat mak buat pengubat rindu kala teringatkan anak2nya. Lama dibelek gambar itu sambil senyuman berbunga di bibirnya, pasti byk kenangan manis terimbau di minda kala itu gamaknya.
Keesokan harinya kami singgah sekejap di asrama SMT di Alor Akar, jumpa Ijoy yg kini sudah jadi penghuni asrama tu. Sebenarnya Alor Akar ni byk meninggalkan kenangan buat Kak Meen sbb kat sebelah Sekolah Teknik tu SMKAA. Dua tahun (Form 4 & 5) Kak Meen pernah menghuni di asramanya walaupun bersekolah di SMAP. Form 1 - 3 menumpang di asrama SMPAA (skrg dikenali Sek Men (P) Tengku Afzan, kalau tak silaplah). Gitulah nasib, duk menumpang di sana sini sbb SMAP tak ada asrama & kami ni para pelajar merata daerah Pahang yg terpilih mengikuti kelas rancangan khas terpaksalah menumpang di sana.
Rasa nostalgialah pulak teringatkan kawan2 sekolah dulu. Apalah agaknya khabar Noriza Yusuf, Rosnah Mat Sham, Maziah, Rogayah (Roe yg minat giler dgn Hail Amir sampai merata diaraknya poster besar Hail seolah2 berjln disampingnya. Lawak tul time tu..), Abdul Rahman (head prefect), Kamarul, Rahimi, Shahriman, Jamal, sekadar menyebut beberapa nama. Suhaimi kabarnya kerja di MPK sepejabat dgn Teh tapi dia mcm blur bila Teh describe Kak Meen, hah.. sahlah tu dia dah tua dah jadi falufa. Nanti ko Mi Jawa, kalau terjumpa akan kucekik2 btg lehermu, kihkihkih...
Pagi sebelum bertolak semula ke KL kami singgah di pasar tani yg lokasinya dekat dgn Stadium tu. Wah, mcm2 ada! Segala jenis ulaman & sayur2an kampung yg sukar didapati ada di situ. Bagi yg sukakan ikan patin & talapia, hah.. mampirlah ke mari, dijamin ikan2nya segar sbb masih terloncat2 menggelepar. Hah, tu baru betul2 dah nyawa2 ikan. Byk benda rasanya nak dibeli tapi alahai... tangan ada dua saja. Tapi terdera jugaklah jemariku yg sering sakit2 ni menahan berat bebanan. Tergoda melihat durian yg bertimbun2 tu, hah... sambil berdiri kat tepi lori tu sebiji durian kami kongsi bersama. Punyalah sedap, tak toleh kiri kanan dah, pulun aje mkn. T/kasih daun keladi Anis, belanja mkn durian & mkn mlm kat Santai.
Dlm perjalanan ke KL kami singgah sekejap di Ketari, jumpa adik bongsu & keluarganya yg kini menetap di rumah peninggalan keluarga. Kebetulan pula abang Kak Meen pun ada di sana hari tu. Wah, seronok tengok usaha gigih mereka mengusahakan ternakan lintah. Harap2 usaha mereka kali ini lebih berjaya.
projek lintah yg baru diusahakan oleh mereka sebulan yg lalu..
Tuesday, July 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment