Monday, July 7, 2008

TETAMU...

Pagi minggu sedang Kak Meen leka menggoreng cekodok pisang (sambil berangan tentunya, huhu..) tetiba si Casper & Mia menerjah masuk ke dapur. Lintang pukang Kak Meen termelatah sambil terlompat2 sbb ada tetamu yg tidak diundang bersama mereka. Agaknya dia pun terliur bau cekodok pisang yg maha lazat tu kut (perasan sndri, hehehe. Yg pasti tentulah bau lemak manis pisang yg sudah masak ranum tu)

Hisy, nyaris Kak Meen heart attack & si tetamu tu lagilah terkejut agaknya. Manakan tidak, sudahlah dihambat oleh 2 ekor kucing pas tu tgk Kak Meen yg bersilat terkejut. Mula tu ingatkan si tikus dah tersesat masuk ke dlm rumah tapi alahai... rupanya si tupai yg comel lote.

Terlompat2 si tupai berlarian & berlompatan di kabinet dapur hingga kat tepi kuali Kak Meen diasak oleh Casper & Mia. Hah... nasib baik dia tak terjun terus dlm kuali, kalau tidak kenduri lauk tupai gorenglah jwbnya. Kecoh & riuh mulut Kak Meen sambil turut berlarian mengejar, bimbang kucing2 nakal 2 ekor tu mencederakannya. Fuhh... mujurlah akhirnya si tupai yg sgt ketakutan & terdesak itu dpt menyelinap keluar melalui tingkap bilik air. Si Casper & Mia jeling2 marah kat Kak Meen sbb tlg bebaskan 'toy' baru mereka.


gmbr hiasan - gmbr tupai sebenar tak sempat dirakam





Casper & Mia - nmpk comel & inesen tapi nakal...

5 comments:

[Fadilah Diyana] said...

kucing akak nampak lembut la...mesti best peluk2...dah lama xder kucing kat rumah ni...

Meen Zulaikha said...

fad.. si Mia tu mmg gebu sbb baka Persian tp dia ni tak baper suka dipeluk & dipegang. Si Casper(male) taklah segebu Mia sbb dia baka 'rojak' mmg suka dimanja & belai.

Mersik said...

Oh, itu macam kalu.. mengikut perkiraan kita, kalau tupai masuk ke rumah, kita kena gi makan2 di restoren tupai-tupai ni..

hik hik

Meen Zulaikha said...

mersik.. uihh.. mujur bkn kena mkn tupai, hihihi... Dah lama dgr psl restoran tu tp blum penah jejak ke sana lg. Best ke?

Anonymous said...

Je cherche à la fois pour les blogs qui donnent impartiale, équilibrée commentaires sur toutes les questions ou les blogs qui ont une inclinaison libérale ou de gauche. Je vous remercie ..