Ni n3 yg tertangguh sbb balik dari cuti Tahun Baru Cina hari tu Kak Meen demam + tak der mood + tak berape rajin (hisy, tak kose nak sebut perkataan yg bermula dgn huruf m..... tu wlaupn maknanya tetap sama, hehehe...)
Rasanya inilah percutian yg paling tak best sekali. Nak tau kenapa, bacalah n3 ni sampai habis.
Jeti di Tioman Marine Park yg kami lawati sehari sebelum berangkat pulang. Sebantal roti yg dibawa khas utk ikan dihabiskan di sini. Agaknya semua ikan dah pakat lari ke sini. Masa di resort penginapan, jenuh tabur roti tapi ikan tak sudi pun. Bahkan tak nmpk kelibat bayang langsung. Mungkin kerana laut masih bergelora agaknya
Masa ni teruja sgt sbb baru sampai & dpt tukar ke bilik bawah.
Chalet tempat kami menginap selama 3 mlm. Cantik nombor biliknya iaitu 321. Tapi yg tak bestnya bila kanak2 yg duduk kat tingkat atas tu berlarian main turun naik tangga. Aduyai.. patut ler masa di kaunter reception, ada nyonya tu beria2 minta tukar ke bilik tingkat atas. Sebelum ni kami selalu nasib baik dpt jiran yg tak ada anak kecil, atau pun yg anak2nya well behaved mungkin
Cerita pasal yg best2 dulu..
Lepak di sini pun best jugak, sambil minum air kelapa. Dgr bunyi deburan ombak yg tanpa jemu menghempaskan dirinya ke pantai. Lihat buih2 yg memutih berkejaran di gigi air. Tenang & nyaman...
Suka melepak di sini kerana kolam renangnya menghadap lautan luas saujana mata memandang..
Best lepak di jakuzi..
Suka sbb kolam renangnya terjaga rapi. Kiddy's slide & pool utk kanak-kanak, manakala di sebelah tu pula utk org dewasa.
Suka sbb bila dah boring di kolam renang, blh terus terjun ke laut, main ombak. Turun jer tangga kat tepi pool tu, dah jejak ke pantai...
Suka tgk telatah kumpulan monyet ni tiap kali kami menikmati sarapan pagi. Diaorg buffet b'fast di tong sampah aje..
Save the best for the last. Paling suka tempat ni, pantai di Kg Air Batang. Tapi syg cuma dpt singgah sekejap saja sbb dah tgh hari, tgh paneh. Pulak tu dah janji dgn driver van tu sekian2 jam utk bwa kami ke kedai duti free. Amik package gi marine park & ronda2 kedai souvenir di Kg. Tekek..
Ni pulak part yg tak best...
Jeti tempat menunggu feri. Masa ni rasa nak aje rembat bot yg ada di marina tu sbb risau nak tgk mak yg mlm sebelum tu dikejarkan dgn ambulans ke hospital, kena heart attack. Nak balik awal pun tak blh sbb feri semua penuh.
Abaikan mek saleh yg tgh cekak pinggang marah tu sbb dia berhak marah. Kami semua pun marah! Manakan tidak, setelah jam 2 ptg baru dpt naik feri sdgkan sepatutnya jam 10 pagi. Bayangkan, kami check-out dari resort jam 9 pagi & 9.30 pagi dah stand by siap2 di jeti. Tup-tup bila feri sampai dia ckp yg ada boarding pas saja blh naik sdgkan seblum tu sikit pun tak mention apa2 ttg boarding pas. Bila kita tanya, dia ckp dah habis. Pandailah diaorg nak elak dari kami yg ada confirmed tiket ni mengamuk. Blh pulak dia suka2 bagi boarding pas on 1st come 1st serve basis. Hampeh tul.. rupanya ramai yg beli open tiket, pastu suka2 ati mrk aje nak balik time bila & staf feri BW tu tak pantau langsung. Main lepas saja semua org masuk tanpa cek tiket terlbh dulu, cuma disuruh tulis nama atas sekpg kertas. Sunggh tak efisyen, atau mrk tak reti ke bab open tiket ni? Atau ini cara mrk nak untung lbh? Ntahlah.. yg pasti bila dah ptg, air laut pun surut. Jadi, kena transfer ke bot lain & pastu tunggu pula luggagge sampai. Selepas 7 mlm baru dpt gerak ke Ktn di tgh hujan lebat & sampai sana 10.30mlm. Keesokan harinya baru dpt lawat mak. Mujur dia tak apa2 & alhamdulillah di hari yg sama dibenarkan balik ke rumah.
Moral of the story: Elakkan pergi bercuti time CNY or yg sewaktu dgnnya sbb hala nak pergi ke Tioman hari tu pun, di jeti amat padat dgn manusia. Wlaupun kelam kabut dan berebut2 dgn keadaan tidak terkawal, tapi masih dpt naik feri jam 10 pagi.
Entah kenapa private beach resort tu kali ni mcm makin teruk. Sungguh tak selesa dgn batu-batan dan serpihan batu karang yang byk bertaburan di sepanjang pantai. Dlm lautnya pun sama membuatkan kami lbh byk menghabiskan masa di kolam renang. Musykil gak kerana 2 tahun lepas keadannya taklah seteruk ini.
Dan lagi... di sana sini terdapat tompokan hitam mencemari kawasan pantai, dan kakiku jua..
Papan kenyatan ini sedikit sebyk membuatkan perasaan teruja ke laut berkurangan. Ngeri, takut terpijak landak laut (eh, betul ke namanya?)
Eii... gelinya... Dah mcm sebesar anak buaya monitor lizard (biawak?) ni. Bila dah byk sgt berkeliaran rasa ngeri lak. Mulalah terbygkan dinosaurs..
Lenguh juga kaki (yelah, org dah x berapa muda, hehehe) panjat turun naik tangga utk ke Kg. Air Batang. Pulak tu meredah pinggir hutan. Tapi percayalah, berbaloi...
Pengajaran yg Kak Meen dpt ialah: Lain kali kalau nak ke Pulau Tioman, naik dari jeti terminal di Tg. Gemok. Itulah yg diperkatakan oleh ramai org hari itu. Tapi tak taulah, kut esok2 semua org pakat naik dari terminal Tg. Gemok pulak, jgn ler salahkan ahkak.
Sunday, February 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment