Pagi semalam di kawasan taman perumahan Kak Meen ni, telah berlangsung Hari Perpaduan Masyarakat (sukaneka) JKP zone 9 MPSJ. Begitu bersemangat Kak Meen menghadirinya sbb ingatkan naklah berkenalan dgn org2 di taman perumahan ni di samping beberapa taman lain sekitarnya.
Tapi, alahai.. agak menghampakan sbb jiran tetangga (tinggal setaman) Kak Meen ni agaknya lbh suka tidoq (almaklumlah hari minggu), ataupun tak suka bersosial, takpun mereka ada komitmen lain agaknya tu yg tak dpt menghadirkan diri memeriahkan majlis. Apa pun, majlis tetap berjalan lancar dan meriah. Tak mau cerita panjang, layan ajelah gambar2 di bawah tu..
Lokasi sukaneka di padang permainan
Antara yg hadir memeriahkan majlis..
Org2 penting yg terlibat menganjurkan majlis..
Dapat makan percuma lagi..
Belon utk kanak2 & hadiah2 utk cabutan nombor bertuah. Huhu.. Kak Meen tak bertuah pun..
Hadiah2 utk peserta yg mengambil bhgn dlm sukaneka & peraduan mewarna, etc..
Unity - semangat satu Malaysia. Setiap org diberikan seutas tali yg mana kami ikat dan cantumkan hingga menjadi satu bulatan besar lalu diikatkan pada bendera Malaysia sebagai simbolik lambang perpaduan semua kaum yg hidup harmoni di Malaysia.
Antara yg mengambil bahagian dlm peraduan mewarna. Acara yg mendpt sambutan paling hangat. Paling tidak pun setiap peserta mendpt sekotak pensil warna & pengasah pensil.
Juara limbo rock sdg beraksi. Acara selingan yg mengundang tepuk sorak ramai. Wah, blh patah pinggang Kak Meen kalau masuk acara ni.
Passing the rubber band with straw. Konfiden jer ingt blh menang tapi rupanya ada peserta dlm pasukan kami yg kayu (mmg otai abis, hehehe) tak pernah main game ni. Sudahnya straw mereka asyik bertango..
Berkobar-kobar semangat, majulah sukan utk negara, hahaha...
Cis, harapanku musnah. Dah siap tambat kaki baru tahu bebudak blh join sama. Tak adil sungguh! Kita lagi terkemut-kemut berjalan, tapi dia org terus melompat2 ke garisan penamat. Serik, Kak Meen cabut lari duduk bwh khemah, jadi tukang sorak & tukang gelak.
Sekali lagi pasukan kanak2 menguasai acara. Bukan melompat lagi dah, tapi siap boleh berlari lagi dlm guni tu. Begitu cargas & tangkas sekali..
Agak2nya terputus tak urat sekentut diaorg? Hahaha...
Demo memadamkan api oleh ahli bomba. Jgn lupa ajar anak2 kecil utk lari keluar dari rumah menyelamatkan diri dan bukannya lari bersembunyi di bawah katil sekiranya berlaku kebakaran. Yelah, dah namanya budak2 kan.. dah buat salah main api hingga terbakar, selalunya mesti mereka nak lari menyorok bawah katil takut kena marah. Di dlm keadaan asap tebal, meniarap atau merangkak di lantai mencari jln keluar adalah lebih baik kerana lbh mudah mendptkan oksigen. Di dlm keadaan gelap gelita, adalah lebih selamat berjalan secara mengundur (walking backwards) terutama ketika menuruni anak tangga agar tidak jatuh tersungkur andai tersilap langkah. Itulah antara tips2 yg masih Kak Meen ingat semasa ahli bomba memberi penerangan ttg langkah2 keselamatan semasa kebakaran.
Nak tahu ttg aedes & denggi, singgah di sini..
Nostalgia... "terkenang semasa dulu" (nyanyi). Ingat lagi time sekolah dolu2, berkerumun berebut2 nak minum milo free.
Kagum tgk deretan kereta2 antik (vintage) dari ahli kelab vintage cars yg bangga memperagakan kereta kesayangan msg2..
Karamjit Singh pun ahli kelab kereta vintage..
Gorgeous! Hatiku sudah tertawan. "Ohh... lihatlah pinggangnya yg ramping & bodynya yg bergetah.." (nyanyi) Ceh, jeles daku dibuatnya, kami hampir sebaya tau.. Seksi betul chevrolet corvette ni.
Unikkan mini moke ni yg telah diubahsuai oleh tuannya yg menggelarkannya sebagai kereta muhibbah. Siap beratap nipah lagi..
Monday, February 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment