Saturday, August 2, 2008

PESTA BUKU MALAYSIA

Temui Kak Meen dan novelis Alaf 21 yang lain iaitu Aida Adriani, Damya Hanna & Hani Fazuha di PWTC esok (Ahad 3/8/08).

Jom, ramai-ramai meriahkan pesta buku! Hrp sudilah menyapa Kak Meen nanti ya...



















PC Fair 2008 telah pun bermula semalam (1/8/08) dan akan berakhir esok (3/8/08).

Semalam Kak Meen turut merayau ke sana. Pukul 9.30 pagi kami dah cabut ke Konvensyen Centre di KLCC tu. Ingatkan nak jadi antara org yg pertama 'merasmikan' tapi rupanya dah menderu manusia di situ. Huhu... sejam lepak di sana, sempat mkn bagai barulah dibenarkan masuk ke dewan. Alahai... rupanya dewan tu hanya dibuka dari jam 11 pagi - 10 mlm.

Wah, rambang mata melihat segala maneka barangan elektronik dari pc, kamera, MP3, tetikus dan segala mcm aksesori yg sewaktu dgnnya. Terpegun jugak bila tgk satu keyboard komputer yg diaorg display tu sengaja dicucurkan bawah paip air yg mengalir. Wah, canggih gitu!

Dalam kalut nak cepat balik (sbb Fira balik dari sekolah pukul 12.35 ptg) sempat juga sambar EPSON CX 9300F yg berharga RM499/-. Rasa mcm rugi pulak kalau tak beli the versatile all-in-one printer, scanner and copier with fax. Pic kat bwh tu..

Hari ni redah lagi ke sana sbb ada org tu dah termimpi2 nak beli lap top baru (alasannya lap top tu kecil jadi mudah utk di angkut ke mana saja) & Kak Meen pun ingat nak cari digicam. Semalam dah reki lap top tu tapi masa tu dia orang belum ready sepenuhnya. Stok yg menimbun2 kat atas lantai tu menyukarkan mereka mencari brg yg dikehendaki, digicam pula mmg tak sempat nak tgk sbb nak cepat balik. Crowd hari ini rasanya tiga kali ganda dari semalam hinggakan rasanya hendak bernafas pun sukar.

Dlm berasak-asak tu lap top Twin Head 8" (ada yg lebih kecil lagi seberat 1kg aje) terus disambar dan Fira pula sempatlah beli headphone & dua, tiga brg lagi termasuklah tetikus yg blh bertukar2 warna lampunya. Malangnya Kak Meen yg dah pening2 lalat tak sanggup nak berasak2 lagi, maka bab nak beli digicam tu dilupakan aje buat sementara waktu ni.

lap top 8" ni pegang satu tangan pun boleh...
Kpd sesiapa yg ingin ke PC Fair tu, esok merupakan hari terakhir. Nasihat Kak Meen dtglah awal pagi sbb andai lewat bukan saja bersesak2 malah nak dpt tempat letak kereta pun susah. Pagi tadi sebaik saja pintu dibuka jam 11 pagi, msg2 berebut2 masuk bahkan ada yg sampai berlarian. Entah apa yg dikejarnya Kak Meen pun tak tahu tapi nmpklah diaorg beratur panjang
kat satu kaunter tu.

Thursday, July 24, 2008

BILA TAK SIHAT...


Dah dua hari Kak Meen mcm ni gara2 demam selsema. Lepak ajelah kat atas katil tu merehatkan tubuh yg terasa amatlah lesu ditambah pula tekak yg perit akibat batuk.


T/kasih kpd yg sudi singgah tapi maaflah tak dpt nak layan buat masa ni.

Friday, July 18, 2008

TEMUI NOVELIS DI OLE-OLE SHOPPING CENTRE

Temui novelis Anis Ayuni, Damya Hanna, Meen Zulaikha dan Murni Aqila di Kedai Buku Tinta Ilmu, Tingkat 1, Ole-ole Shopping Centre, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor pada hari Ahad, 20 Julai 2008 jam 3 petang.

Jom ramai-ramai serbu Kedai Buku Tinta Ilmu!!

TETAMU LAGI...

T/hari tadi sdg Kak Meen khusyuk sesorg menonton tv terdgr bunyi kekecohan berlaku di tingkat atas. Berdentum dentam bunyi brg jatuh tak kuhiraukan sbb citer best punya pasal. Dlm hati dah agak mesti 'anak2' kaki 4 ni duk bergurau senda smpai jatuh brg bagai. Hisy, sabor je aku...

Kejap lagi dgr pula bunyi mrk berambat turun tangga dan melalui ekor mata Kak Meen nmpk kelibat si Mia. Masih tak hirau sbb cerita tgh tahap klimaks, tak mau miss apa2... sikit punya layan citer kat tv tu, btul2 time tu tgh suspens.. Alih2 bila dgr bunyi lain mcm sikit, Kak Meen pun toleh... alamak!! apa kes si Mia ni sudah gonggong burung kat mulut dia pulak? Hisy, terus Kak Meen bingkas bangun & turut bekejaran hingga ke dapur. Dpt tangkap si Mia tapi dia tak mau lepaskan si burung malang yg entah mcm mana sudah tersesat masuk ke dlm rumah. Mujur teringat nak tiup telinga dia, hah... agaknya kegelian terus mulut Mia spontan terbuka dan burung tu pun terlepas dari cengkaman rahang Mia.

Cepat2 Kak Meen sumbat Mia & Casper dlm bilik air, lepas tu mulalah operasi mencari burung tu di sekitar ruang dapur. Agaknya kucing2 ni sbb tempat mkn dia di dapur jadi semua benda nak dimakan & diratah di dapur kut? Haha... itu teori Kak Meen aje.

Kesian betul tgk burung yg ketakutan tu sampai berdarah digigit si Mia. Kak Meen usap lembut tubuhnya utk meredakan ketakutan & suakan sedikit air ke paruhnya, lepas tu bawa dia keluar rumah. Demi terbuka shj genggaman tgn, sepantas kilat burung yg tadi tidak berdaya sudah berdesup terbang. Selamatlah engkau wahai burung...

punyalah terkejut burung tu, buat beberapa detik dia tak berdaya nak terbang..
nampak tak kesan darah burung tu di tapak tgn Kak Meen?

Mia tgh frust sbb hasil tangkapan dirampas oleh pihak 'perhilitan', hihihi...
mesti dia bengang giler sbb tak dpt mkn daging segar...

Tuesday, July 15, 2008

Salam buat semua...

Khamis lepas bila Anis cakap dia & Luq nak ke Kuantan, Kak Meen terus tawarkan diri nak join sama. Yelah, hati pun asyik duk teringatkan mak, rupanya kata Teh (kakak Kak Meen) mmg mak kami tu rindu sgt kat anak2, cucu-cicitnya. Maklumlah mak yg dah lanjut usia tu dah jadi OKU sejak sebelah kakinya dipotong akibat kencing manis, kini 'terpenjara' di kerusi roda. Susah sikit nak bergerak ke sana ke mari, dah tu bila travel jauh sikit badannya pulak rasa lenguh2 & sakit2.

Ketawa bahagia mak Kak Meen bila Anis tunjukkan gambar lama kami masa kecik2 dulu siap difremnya cantik & hadiah kat mak buat pengubat rindu kala teringatkan anak2nya. Lama dibelek gambar itu sambil senyuman berbunga di bibirnya, pasti byk kenangan manis terimbau di minda kala itu gamaknya.

Keesokan harinya kami singgah sekejap di asrama SMT di Alor Akar, jumpa Ijoy yg kini sudah jadi penghuni asrama tu. Sebenarnya Alor Akar ni byk meninggalkan kenangan buat Kak Meen sbb kat sebelah Sekolah Teknik tu SMKAA. Dua tahun (Form 4 & 5) Kak Meen pernah menghuni di asramanya walaupun bersekolah di SMAP. Form 1 - 3 menumpang di asrama SMPAA (skrg dikenali Sek Men (P) Tengku Afzan, kalau tak silaplah). Gitulah nasib, duk menumpang di sana sini sbb SMAP tak ada asrama & kami ni para pelajar merata daerah Pahang yg terpilih mengikuti kelas rancangan khas terpaksalah menumpang di sana.

Rasa nostalgialah pulak teringatkan kawan2 sekolah dulu. Apalah agaknya khabar Noriza Yusuf, Rosnah Mat Sham, Maziah, Rogayah (Roe yg minat giler dgn Hail Amir sampai merata diaraknya poster besar Hail seolah2 berjln disampingnya. Lawak tul time tu..), Abdul Rahman (head prefect), Kamarul, Rahimi, Shahriman, Jamal, sekadar menyebut beberapa nama. Suhaimi kabarnya kerja di MPK sepejabat dgn Teh tapi dia mcm blur bila Teh describe Kak Meen, hah.. sahlah tu dia dah tua dah jadi falufa. Nanti ko Mi Jawa, kalau terjumpa akan kucekik2 btg lehermu, kihkihkih...

Pagi sebelum bertolak semula ke KL kami singgah di pasar tani yg lokasinya dekat dgn Stadium tu. Wah, mcm2 ada! Segala jenis ulaman & sayur2an kampung yg sukar didapati ada di situ. Bagi yg sukakan ikan patin & talapia, hah.. mampirlah ke mari, dijamin ikan2nya segar sbb masih terloncat2 menggelepar. Hah, tu baru betul2 dah nyawa2 ikan. Byk benda rasanya nak dibeli tapi alahai... tangan ada dua saja. Tapi terdera jugaklah jemariku yg sering sakit2 ni menahan berat bebanan. Tergoda melihat durian yg bertimbun2 tu, hah... sambil berdiri kat tepi lori tu sebiji durian kami kongsi bersama. Punyalah sedap, tak toleh kiri kanan dah, pulun aje mkn. T/kasih daun keladi Anis, belanja mkn durian & mkn mlm kat Santai.

Dlm perjalanan ke KL kami singgah sekejap di Ketari, jumpa adik bongsu & keluarganya yg kini menetap di rumah peninggalan keluarga. Kebetulan pula abang Kak Meen pun ada di sana hari tu. Wah, seronok tengok usaha gigih mereka mengusahakan ternakan lintah. Harap2 usaha mereka kali ini lebih berjaya.



projek lintah yg baru diusahakan oleh mereka sebulan yg lalu..


Luq, Ijoy, Teh & Kak Meen di asrama Sekolah Teknik..


Form 1 - 5 di SMAP. Kawasan persekitarannya dah jauh berubah..



2 tahun makan nasi kawah kat asrama SMKAA..


bengang pokcik jual derian tu sbb Kak Meen cuma amik gmbr lori dia..hehehe
ghupernya dia pun nak enter frame..

Monday, July 7, 2008

TETAMU...

Pagi minggu sedang Kak Meen leka menggoreng cekodok pisang (sambil berangan tentunya, huhu..) tetiba si Casper & Mia menerjah masuk ke dapur. Lintang pukang Kak Meen termelatah sambil terlompat2 sbb ada tetamu yg tidak diundang bersama mereka. Agaknya dia pun terliur bau cekodok pisang yg maha lazat tu kut (perasan sndri, hehehe. Yg pasti tentulah bau lemak manis pisang yg sudah masak ranum tu)

Hisy, nyaris Kak Meen heart attack & si tetamu tu lagilah terkejut agaknya. Manakan tidak, sudahlah dihambat oleh 2 ekor kucing pas tu tgk Kak Meen yg bersilat terkejut. Mula tu ingatkan si tikus dah tersesat masuk ke dlm rumah tapi alahai... rupanya si tupai yg comel lote.

Terlompat2 si tupai berlarian & berlompatan di kabinet dapur hingga kat tepi kuali Kak Meen diasak oleh Casper & Mia. Hah... nasib baik dia tak terjun terus dlm kuali, kalau tidak kenduri lauk tupai gorenglah jwbnya. Kecoh & riuh mulut Kak Meen sambil turut berlarian mengejar, bimbang kucing2 nakal 2 ekor tu mencederakannya. Fuhh... mujurlah akhirnya si tupai yg sgt ketakutan & terdesak itu dpt menyelinap keluar melalui tingkap bilik air. Si Casper & Mia jeling2 marah kat Kak Meen sbb tlg bebaskan 'toy' baru mereka.


gmbr hiasan - gmbr tupai sebenar tak sempat dirakam





Casper & Mia - nmpk comel & inesen tapi nakal...