Wednesday, September 26, 2007

BUFFET MURAH & ENAK..


Selalu tu bila Kak Meen selak aje akhbar kadang2 tu asyik terkejut2 sampai urut dada tengok caj yg dikenakan untuk buffet di hotel2 & restoran seluruh Msia ni. Mana tidaknya paling murah RM35++/pax dan ada yang mencecah RM115++/pax. Adoii.. berbaloi ke membayar dengan harga sebegitu sedangkan banyak mana sangatlah yg boleh disumbat ke dalam kantung perut tu..

Jadi bila dengar khabar ada yang menawarkan RM15.90/pax, Kak Meen pun terujalah nak mencuba. So, hari ini Kak Meen pun buatlah rombongan ke Ikea Restaurant & Cafe. Ingatkan kamilah yang terawal sampai tapi rupa2nya dah ada lebih kurang 15 orang berbaris seawal jam 5.40 ptg. Kaunter hanya di buka jam 6.00 ptg. Hai, sabo ajelah...

Dalam bosan duk berbaris menunggu tiba-tiba Kak Meen perasan suara wanita yg berbual-bual betul2 di belakang Kak Meen tu cam biasa dengar so Kak Meen pun tolehlah.. siap dua tiga kali toleh lagi nak pastikan. Laa.. ada selebriti rupanya.. tak sangka lak Kak Engku aka Raja Azura & family pun nak berbuka di sana. Suara tu biasa dengar kat TV dan radiolah bukannya pernah sembang & bertepuk tampar in person pun.

Hidangan bufetnya bagi Kak Meen kira berbaloilah. Menu hari ini antara yang Kak Meen ingat ada rendang tok, ayam kalio, ikan terubuk goreng bersambal, beef stew, paceri nenas, kerabu sotong, ulam2an, salad, sambal belacan & tempoyak, budu & cencalok, keropok & papadom serta bihun goreng Spore. Pencuci mulut pula ada tiga, empat jenis kek, puding mangga dan raspberry? (tak pasti) serta kuih muih Melayu dan buah2an. Air minuman pulak ada jus oren, mangga, soya, tebu & air kosong. Sempat juga Kak Meen menyibuk tanya si chef yg sedang sibuk menambah makanan ttg menu & katanya menu ditukar setiap hari! Wah, seronok gitu...

Cuma yg tak berapa seronok semuanya kena queue. Nak masuk kena beratur, nak ambik makanan beratur dan nak ulang ambik makanan lagi pun kena beratur lagi. Pinggan yg disediakan agak kecil so tips utk mereka yg nak ke sana, pandai2lah balance 2 pinggan sekali gus. Satu utk makanan berat & satu lagi utk pencuci mulut kalau tak rajin nak beratur dua tiga kali. Dan.. kalau pergi di hujung minggu crowdnya dua kali ganda, jadi elakkan..

Oh ya... surau pun ada di Ikea untuk kemudahan bersolat, so tunggu apa lagi..

Selamat mengerjakan ibadah puasa & semoga mendapat keberkatannya..