Monday, February 11, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA - PART I

Hai... Salam buat semua. Ke mana cuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru2 ni? Kak Meen sekeluarga ke pantai timur. Tempahan bilik di Pulau Redang telah dibuat seawal 5 bulan yg lalu (dahsyat, kan? tapi itulah hakikatnya bila jadi ahli Berjaya Vacation Club. Kena tempah awal kalau tidak tak merasalah)

Pagi Rabu kami bergerak tinggalkan rumah & singgah sebentar di Giant, Bandar Kinrara kerana Fira perlukan sepasang selipar. Tengah khusyuk memilih, terkejut benar Kak Meen bila ada yg menyeru nama Meen Zulaikha (yelah, mrk yg kenal biasanya panggil Meen atau Kak Meen). Terharu campur teruja bila adik tu cakap dia minat sgt baca KYS siap nangis segala. Alahai... Kak Meen pulak yg rasa nak nangis sbb seronok sesgt, hehehe... Kpd adik tu andai dia terbaca di ruangan ini, terima kasih byk ya sbb sudi tegur Kak Meen yg pagi tu mcm terkelu pulak lidah sampai tak ingt nak tanyakan namanya, almaklumlah tiba2 diterjah jadi cam terkejut gitu.. cuma mampu ucapkan terima kasih & tersengih-sengih malu tapi dlm hati Tuhan aje yg tahu, seronok bukan main!

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Kuantan, mmg dah cadang nak bermalam di sana sbb dah lama sgt tak jumpa emak Kak Meen. Sempat lagi singgah makan tgh hari di Teluk Cempedak (tapi waktu tu dah tea time pun. Tak kisahlah sbb sarapan tadi pun lewat). Syiokk makan sambil hirup udara laut cuma yg tak syiokknya ber'perang' dgn 'jet pejuang' yg sibuk nak berkongsi lauk sayur kailan goreng ikan masin (huh, dahsyat betul penangan ikan kering tu, alih2 jek lalat2 tu semua timbul sebaik sahaja sayur tu dihidangkan).

Sambil makan, jamu mata. Walaupun bendera merah berkibaran tapi ramai juga yg buat derk langsung tak ambil peduli bahkan seronok berenang & bermain ombak. Dah tak tahan sgt agaknya teringin nak bermain dgn ombak. Samalah macam kami yg terjun jugak bermain ombak semasa di Redang walaupun bendera merah berkibaran di sana sini. Bab di Redang nanti Kak Meen sambung kemudian ya...



No comments: