Saturday, March 22, 2008

FORMULA 1 DI SEPANG



Vroomm.... Esok merupakan hari yg ditunggu2 oleh para peminat grand prix kerana Ahad ini akan bermula Petronas Malaysian F1 Grand Prix. Harap2 cuaca baik sepanjang hari tempoh perlumbaan ini, maklumlah sejak dua menjak ni hampir setiap petang hujan turun membasahi bumi Kuala Lumpur ni.

Mesti ramai yg tertanya2 agaknya tentu Kak Meen minat sgt sampai buat posting pasal F1 ni? Sebenarnya tak adalah minat sgt pun cuma hari tu adalah ternampak sebuah kereta lumba ni tersadai di Amcorp Mall (salah satu lokasi dlm novel Kak Meen yg bakal muncul), tu yg tetiba nostalgia. Teringatlah pulak dodulu pada tahun 1981 syarikat perkapalan tempat Kak Meen bekerja tu agen kpd Australia Straits Container Line ( ASCL) & ASCL kebetulan merupakan salah sebuah syarikat yg menaja kereta lumba tu jadi sempatlah Kak Meen berlagak mcm Kimi Raikkonen walhal masa tu tak pandai memandu pun lagi. Berangan jek lebih!


Okeylah kepada para peminat grand prix semua, enjoy yourself...

No comments: