Thursday, May 8, 2008

JAMUAN MAKAN2 DI ALAF 21

Salam buat semua...

Tengah hari tadi Kak Meen & kengkawan penulis lain dijemput ke Alaf 21 kerana mereka ada buat sedikit jamuan makan2 di premis Alaf. Kak Meen seronok dpt menghadiri majlis sebegini kerana inilah peluang utk berjumpa dgn rakan penulis lain.

Ingatkan Kak Meen pecah rekod jadi org yg pertama sampai tapi rupa2nya Liza Zahira telah mendahului. Penulis2 lain yg sempat Kak Meen temui antaranya ialah Sri Diah, Norzailina Nordin, Damya Hanna, Sri Adriani, Durrah Fateha, Lily Haslina, Rose Harissa, Ramlee Awang Murshid, Richie Rachman, Murad Arshad & Anis Ayuni yg bergegas ke sana sebaik saja habis mesyuarat. Sempat juga Kak Meen sembang sekejap dgn Abang Long yg nampak dah makin sihat sikit.

Terima kasih daun keladi Alaf 21 kerana sudi jemput Kak Meen.

Damya & 'baby'... hehehe... baby comel tu sebenarnya anak Siti & Didi (Jgn marah ya Damya... akak gurau aje. Tahniah buat Siti & Didi)


Lily Haslina & Rose Harissa. Di belakang tu RAM tgh khusyuk makan..

No comments: