Friday, July 4, 2008

DUA KALI KERJA JADINYA...

Petang tadi Kak Meen ke pejabat imigresen utk memperbaharui paspot. Melebar senyuman Kak Meen sbb kerusi belum pun sempat panas, angka giliran dah dipanggil. Hmm... dah rezeki agaknya. Lagi pun betullah kata kawan, di sini cepat sikit sbb org tak berapa ramai maka itu tak kisahlah wlaupun terpaksa ke Kajang.
Seronok bukan main bila pegawai bertugas meminta Kak Meen dtg semula 2 jam kemudian utk mengambil pasport yg sudah diperbaharui. Wah, ini sudah cukup baik... sampai kul 2.30 ptg pas tu kul 5.00 ptg semua beres. Tapi... alahai, pasport si Fira pulak yg sangkut! Manalah tau nak perbaharui paspot si Fira ni kena bawa surat beranak dia. Ingatkan dah ada kad pengenalan tu memadailah, rupanya bagi mereka yg di bawah 18 tahun, pihak imigresen perlu lihat sijil asal surat beranak & satu salinan perlu dikepilkan utk proses memperbahrui paspot.

Hah, kan dah jadi dua kali kerja nak ke sana lagi! Nasib laa... Maka nampaknya terpaksalah kami ke sana lagi minggu depan. Apa pun mmg Kak Meen puji kakitangan imigresen di sana kerana memberikan perkidmatan yg bagus, cekap & pantas.

6 comments:

gambling game lottery said...

Concentrate to the things that could give information to the people.

Lily Haslina Nasir said...

kak meen,
betul ke renew pasport kat kajang sekejap jer.. bukan beratur panjang? memang rezeki kak meen kot, selalu sana beratur panjang sampai ke tengah hari baru dpt giliran.

anisayuni said...

kak meen, renew pasport tu mesti nak pegi jenjalan naik belon. Nak ikot!!!

Meen Zulaikha said...

gambling game lottery.. tks for yr comment but a/way, it's my blog & my say..

Meen Zulaikha said...

lily.. akak pun cam x caya tp mungkin sbb ptg Jemahat, kut... ari tu mmg kira lenganglah tak ramai org..

Meen Zulaikha said...

anis, jomlah.. paspot dah siap ni sng skit nak plan gi memana.. Nak naik belon gi ke Sunway sbb smlm nmpk ada kat situ siap ada banner hot air balloon ride..