Wednesday, November 26, 2008

ALAHAI, SENANGNYA HIDUP...

Hari tu sewaktu berjalan2 ke blog Lily Suryani, Kak Meen terbacalah bab bread maker ni. Dan dan tu jugak Kak Meen redah ke dapur ngintai bread maker yg dah lama terperuk di kabinet dapur. Haha... rasanya dah lebih 2 tahun mesin tu Kak Meen tak gunakan, hinggakan hampir terlupa akan kewujudannya.

Maka bersegeralah Kak Meen ke pasaraya berhampiran untuk membeli yeast (bahan2 lain sprt tepung, gula, garam, susu segar & marjerin mmg sedia ada di rumah) dgn semangat yg berkobar2 hendak membuat roti. Selak lebih kurang manual tu (almaklumlah dah bertahun tak buat), Kak Meen pun terus campak semua bahan2 yg disebutkan tadi tapi mengikut sukatanlah.
Alhamdulillah, mujurlah bread maker tu tak merajuk meroyan bagai. Hah, skrg ni kalau tak setiap hari, pasti selang sehari ada saja yg request suruh buat roti. Akak tak kisah... senang bebenor membuatnya, campak aje segala bahan pastu tekan butang on. Genap 3 jam roti dah siap utk dimakan. Dan yg paling best semerbak satu rumah dgn bau roti fresh dari oven.

Aha... lagi satu ciri penting bread maker ni, dia ada automatic time setting. Blh setkan time. Contohnya nak mkn roti utk sarapan, Kak Meen siapkan semua bahannya masuk ke dlm bread maker pada waktu mlm & set timer. Tau2 esok roti dah siap utk dimakan. Alahai, senangnya hidup...

(Nota: T/kasih Lily, kerana n3 mu dpt jugalah dimanafaatkan bread maker ku itu yg telah sejak sekian lama menjadi gajah putih)

Dah hampir 4 tahun usia bread maker ni. Hrp2 blh bertahan ke patplo ribu tahun lagi, hahaha..


Roti biasa, sedap dimakan panas2. Dgn bread maker, org yg tak pandai memasak pun blh hasilkan roti sebegini. Dan tanpa bahan pengawet. Hmm.. agaknya mesti Chef Norz & Ah Mat Gebu gelak sakan andai mrk terbaca n3 ni & melihat 'kepakaran' Kak Meen, huahahaa... (tiru gelak Lily Suryani)


Roti kismis, roti favoritku yg enak & lazat. Tapi tergelap sikit keraknya kerana terlupa nak tukar crust setting kpd light.

7 comments:

Mersik said...

Lepas ni, Kak Meen kena modify plak breadmaker tu supaya dia boleh wat roti canai juga hik hik..

Meen Zulaikha said...

Lor.. tak reti ler pulok. Ni keje org2 enjin cam pokcik tuh, hihihi..

DuNia cINta aNAsTaSiA said...

K.Meen, sy tertarik jgk ler dgn BM ni. Boleh tau tak, K.Meen pakai jenis apa? Brapa reganyer? Mmg dia boleh uli & bakar sekaligus ker?

Meen Zulaikha said...

DC Anastasia.. Jenama TENN tp rega dh tak ingt (dh lbh 4 thn) mayb dlm RM300+ kut. Seme BM tu buat, kita campak aje bahan2 pastu tekan suis on tau2 3 jam kmudian siap. Katanya blh wat adunan piza & rolls bagai tp akak tak penah cuba lg..

lilysuriani said...

UWa!!!jeles!jeles!!!jeles tahap gaban ni!!!

Uwaa lagi!!! proposal saya malam tadi kena rejek!!Dia kata, nak makan roti,beli je bukannya mahal pun RM1.90 je, nak beli mesin tu beratus2.Lily kata,bukan takat roti je, donut n pizza pun boleh buat jugak. Dia jawab lagi,kesian pulak kat kedai2 tu nanti, kena tutup sebab tak de org pegi beli dah!!!Lily kata lagi,"ni yg nk masak air tgn ibu tau!" hehehe dia diam dah lepas tu.

Huhuhu dia malas nak layan sebab takut jadi 'gajah putih' macam kak meen punyalah.

Mudah-mudahan BM itu akan kumiliki satu hari nanti!!

Meen Zulaikha said...

Lily.. kalo tingin sgt tp proposal kena reject, gi aje angkat satu bwak balik musti dia tak blh nak kata apa dah. Psst... jgn britau dia akak yg ngajor ni taww..kekekeh..

runescape gold said...

can u leave ur phone number to me???