Di petang hari pembukaan pada 17/4/2009, Kak Meen & Fira berkunjung ke sana utk memborong buku2. Memang selesa kerana org tidak ramai, jadi relaks aje kami memilih buku2. Tapi yg tak seronoknya tak bawak beg troley, jadi naik lenguh tgn duk memikul buku2 tu semua. Kena pulak naik LRT time org balik kerja, perit beb! Petang tu di PB Kak Meen terserempak dgn Rinn & Geng Kicap, Nik Fauziah, Wan Amalyn & Rehal Nuharis. Huhu, geng penulis Alaf dah balik sewaktu Kak Meen ke booth Alaf 21. Cepatlah pulok mereka tu balik! Insya-ALLAH ada rezeki kita tetap akan bersua jua nanti.
Ahad lepas, di hari penutup sekali lagi Kak Meen ke sana utk memeriahkan Pesta Buku. Kali ini Kak Meen ke sana khas utk bersua dgn rakan2 penulis lain. Tapi sempat juga sambar beberapa buah buku lagi, hehehe... Kali ini Kak Meen sempat berkenalan dgn penulis baru Alaf 21, Sania Yasmin (yg ramah tamah) & Azah Khalida (tak sempat nak sembang pnjg sbb dia bertugas kat kaunter sblah) serta beberapa org lagi yg mmg dah sedia kenal antaranya Lynn Dayana, Fatin Nabila, Anis Ayuni (hehehe.. slalu gak jumpa dia ni kat Pasar Tani Bdr Kinrara), Leeya Myra & Aleeya Aneesa. Juga Siti Rosmizah & Indah Hairani (suka sgt nama ni) serta Bikash & Hafirda Afiela. Err... sapa lagi ek? Entahlah dah tak berapa nak ingat. Eh, jumpa gak Mersik (maap pokcik, gmbr tak ada sbb memory card digicam tu buat hal. Cis, bikin penat aje posingkan? Gmbr2 kat bwh tu 'rompak' dari blog Hani Fazuha) & beberapa org pembaca yg bertanyakan buku terbaru Kak Meen. Alahai, ada juga yg masih ingatkan daku... hehehe... t/kasih ya...
Kpd yg bertanyakan ttg karya terbaru Kak Meen... insya-ALLAH, manuskrip sudah di tgn editor. Jgn lupa terus menyokong ya...


