Sunday, June 29, 2008

PESTA BUKU ALAF 21

Salam buat semua...

Pesta Buku Alaf 21 selama 3 hari berakhir hari ini. Seperti semalam, Kak Meen berada di premis Alaf 21 sehingga jam 3.30 ptg. Selama 2 hari berturut2 berada di situ Kak Meen dapati sambutan org ramai amat menggalakkan. Masing2 tidak mahu melepaskan peluang kerana Alaf menawarkan diskaun sehingga 30%. Walaupun harga kos sara hidup kian meningkat naik akibat harga minyak yg naik mendadak namun hobi membaca buku tetap diteruskan.

Antara para penulis yg sempat Kak Meen temui kali ini ialah Dr. HM Tuah, Aisya Sofea, Dhiya Zafira & Hani Fazuha yg turut sama2bertugas. Sempat jua bersua sejenak dgn Lynn Dayana & Laila Kamilia yg turut bertandang. Tidak ketinggalan orang kuat Alaf21 FC iaitu Abang Long & Mersik yg mesra selalu. Begitu juga dgn beberapa org pembaca novel yg kerap Kak Meen temui di pesta2 buku antaranya Fad, Wan Amalyn, Shai & beberapa org lagi yg Kak Meen tak berapa cam nama mereka. Paling terharu apabila ada yg sanggup dtg dgn bertongkat (mungkin akak tu sdg menghadapi masalah kesihatan) melangkah perlahan2 mendaki ke premis Alaf demi minat yg mendalam terhadap novel2 & KYS adalah antara koleksinya kini.

Terima kasih pada semua yg telah menyokong karya2 Kak Meen selama ini & terima kasih juga pada warga Alaf 21 yg telah bertungkus lumus.


Kak Meen, Hani Fazuha & Aisya Sofea













Dhiya Zafira, Kak Meen & Dr. HM Tuah













Dhiya Zafira, Shai & Kak Meen

Saturday, June 28, 2008

SELAMAT HARI LAHIR MAK..

Hari ini emak Kak Meen genap 82 tahun usianya. Selamat menyambut hari lahir buat mak tersayang. Semoga emak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat sejahtera & berbahagia selalu hendaknya. Amin.

Friday, June 27, 2008

PESTA BUKU ALAF 21

Bersempena dengan Pesta Buku Alaf 21 yang bermula hari ini, 27hb Jun 2008 hingga 29 hb Jun 2008, beberapa orang penulis juga akan datang untuk memeriahkan lagi suasana.

Antaranya, Meen Zulaikha, Dhiya Zafira, Aisya Sofea, Norzailina Nordin, Ramlee Awang Mursyid dan Dr. HM Tuah.

Insya-ALLAH Kak Meen akan berada di sana pada hari Sabtu (27/6/08) & Ahad (28/6/08) dari jam 11.00 pagi - 3.00 ptg.

Jom beramai-ramai ke premis Alaf 21 di Seksyen 16, Shah Alam utk memeriahkannya.

ASTRO AWANI - PART 2


Teruja bercampur gementar Kak Meen melangkahkan kaki ke studio Astro Awani di Wisma Bursa Saham almaklumlah inilah pertama kali Kak Meen menghadiri sesi bual bicara untuk program TV, secara live pulak tu! Hah, gelabah dan gubra semacam dibuatnya meski pun telah diberitahu yang sesi tu akan berlangsung lebih kurang dlm 15 minit saja.

Tamat aje rakaman lelaki yg bercerita ttg festival muzik tu, giliran Kak Meen pula menyusul. Mmg tak sempat nak bincang apa pun dgn Dang Suria, tau2 kami dah on air. Dalam bual bicara singkat tu sempatlah menyentuh ttg kedua2 novel Kak Meen iaitu Kasih Yang Suci & Warna Hati.


Fiza, Kak Meen & Dang Suria


Kak Meen, Fira & Dang Suria

Terima kasih WW Astro Awani & Alaf 21 diatas undangan dan terima kasih jua pada yg sudi menonton.

Tuesday, June 24, 2008

Nantikan esok.....

Temui Kak Meen (bersama Dang Suria) di
WW, ASTRO AWANI

Tarikh: 25 Jun 2008 (Rabu)

Masa : 11.30 pagi - 12.00 tengah hari

berbicara perihal novel terbaru, WARNA HATI

Monday, June 23, 2008

BUNGA KESIDANG




Sebagai memenuhi permintaan Afrah ( di chat box) & mungkin juga para pembaca lain yg turut tertanya2 bagaimana rupanya bunga kesidang sbb dalam kedua2 novel Kak Meen ada menyebut ttg bunga ini, disini Kak Meen tempekkan gambarnya.

Nama saintifiknya vallaris glabra atau juga dikenali sebagai bread flower. Bunga kesidang/kasidah atau ada juga yg memanggilnya bunga kerak nasi atau bunga tikam seladang (di Kelantan), sikudangan (Johor) ini berbau harum mcm daun pandan dan amat sesuai dibuat bunga rampai. Tapi awas, berhati2 semasa memetiknya kerana ia mengeluarkan getah berwarna putih. Tumbuhan ini jenis menjalar dan amat sukakan matahari. Paling seronok kala ia berbunga lebat, hmm.. mmg harum halaman rumah dibuatnya samalah mcm yg Kak Meen gambarkan di pergola rumah Seth dlm Kasih Yang Suci & di Sukma Cafe dalam Warna Hati.

Sunday, June 22, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA 3...

Salam buat semua...

Kali ini Kak Meen nak kongsi cerita ttg lawatan ke Pulau Manukan pula. Sebenarnya Pulau Manukan tidak termasuk dlm itineri kami tapi sewaktu jenjalan di Plaza Wawasan yg terletak berhampiran hotel penginapan, Kak Meen kebetulan sempat bersembang dgn seorg pemandu pelancong, lantas terus tergoda...

Balik ke hotel terus singgah ke kaunter Masenang Tours & Travel buat tempahan utk esok pagi(nekad aje buat keputusan gi pulau tu belah pagi sdgkan flight belah ptg). Wah, rupanya ada 5 buah pulau di Tunku Abdul Rahman Park tu iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik & Sulug. Masa yg suntuk membuatkan kami memilih hanya utk ke Pulau Manukan, tak kisahlah wlaupun cuma dpt luangkan masa 2 jam di sana.

Dari jeti Beach Bums di Tanjung Aru kami naik bot ke Pulau Manukan, lebih kurang 15 minit aje dah sampai. Pulau Manukan mmg cantik & menarik lebih kurang mcm Redang juga cuma bezanya pasir di Redang lebih halus & putih. Pelbagai jenis ikan ada di sini termasuklah ikan todak! Tu yg buat Fira kecut nak pergi snorkeling sbb masa di jeti kami nampak kumpulan ikan todak turut hilir mudik berenang ke sana ke mari. Dahlah dlm bot tadi terdengar satu hamba ALLAH tu ckp skrg ni tgh musim obor2 (jelly fish) bahkan ikan yu pun ada! Huhu... ngeri tu..

Apa pun bila dah tgk air tu si Fira mmg tak nak lepaskan peluang gi snorkeling, janji jgn keluar dari kawasan yg ditandakan selamat. Kak Meen cuma redah air takat lutut bersama kepingan roti utk umpan ikan mkn. Wah, begitu byk & besar2 ikan di sini.

Pelbagai aktiviti air ada di sini sprt jet ski, para sailing, sea walking, banana boat, flying fish, dll tapi kami tak sempat pun nak cuba sbb kesuntukan masa & org pula ramai, maklumlah time cuti sekolah. Insya-ALLAH lain kali kami akan ke sana lagi. Sutera Sanctuary Lodges pun nmpk menarik walaupun agak mahal dgn kadar sewa bilik paling rendah RM550/2 org. Ada tambahan surcharge lak tu RM100/per person, huhu.. mahal tu...

Nampaknya ini n3 terakhir Kak Meen ttg lawatan ke Sabah utk cuti2 Msia kali ini. Hanya sebuah saja lagi negeri di Msia ni yg belum Kak Meen kunjungi iaitu Kelantan which is on top of my list & bakal dikunjungi. Apa agaknya tempat2 menarik di sana ya?

jeti Beach Bums di Tanjung Aru..










entrance ke Tunku Abdul Rahman Park, Manukan..












lepak2 di pantai Manukan..












Pulau Sulug di kejauhan..







ikan2 kebulur di jeti..










aktiviti yg ingin dilakukan..










Pulau Mamutik..