Sunday, June 22, 2008

CUTI-CUTI MALAYSIA 3...

Salam buat semua...

Kali ini Kak Meen nak kongsi cerita ttg lawatan ke Pulau Manukan pula. Sebenarnya Pulau Manukan tidak termasuk dlm itineri kami tapi sewaktu jenjalan di Plaza Wawasan yg terletak berhampiran hotel penginapan, Kak Meen kebetulan sempat bersembang dgn seorg pemandu pelancong, lantas terus tergoda...

Balik ke hotel terus singgah ke kaunter Masenang Tours & Travel buat tempahan utk esok pagi(nekad aje buat keputusan gi pulau tu belah pagi sdgkan flight belah ptg). Wah, rupanya ada 5 buah pulau di Tunku Abdul Rahman Park tu iaitu Pulau Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik & Sulug. Masa yg suntuk membuatkan kami memilih hanya utk ke Pulau Manukan, tak kisahlah wlaupun cuma dpt luangkan masa 2 jam di sana.

Dari jeti Beach Bums di Tanjung Aru kami naik bot ke Pulau Manukan, lebih kurang 15 minit aje dah sampai. Pulau Manukan mmg cantik & menarik lebih kurang mcm Redang juga cuma bezanya pasir di Redang lebih halus & putih. Pelbagai jenis ikan ada di sini termasuklah ikan todak! Tu yg buat Fira kecut nak pergi snorkeling sbb masa di jeti kami nampak kumpulan ikan todak turut hilir mudik berenang ke sana ke mari. Dahlah dlm bot tadi terdengar satu hamba ALLAH tu ckp skrg ni tgh musim obor2 (jelly fish) bahkan ikan yu pun ada! Huhu... ngeri tu..

Apa pun bila dah tgk air tu si Fira mmg tak nak lepaskan peluang gi snorkeling, janji jgn keluar dari kawasan yg ditandakan selamat. Kak Meen cuma redah air takat lutut bersama kepingan roti utk umpan ikan mkn. Wah, begitu byk & besar2 ikan di sini.

Pelbagai aktiviti air ada di sini sprt jet ski, para sailing, sea walking, banana boat, flying fish, dll tapi kami tak sempat pun nak cuba sbb kesuntukan masa & org pula ramai, maklumlah time cuti sekolah. Insya-ALLAH lain kali kami akan ke sana lagi. Sutera Sanctuary Lodges pun nmpk menarik walaupun agak mahal dgn kadar sewa bilik paling rendah RM550/2 org. Ada tambahan surcharge lak tu RM100/per person, huhu.. mahal tu...

Nampaknya ini n3 terakhir Kak Meen ttg lawatan ke Sabah utk cuti2 Msia kali ini. Hanya sebuah saja lagi negeri di Msia ni yg belum Kak Meen kunjungi iaitu Kelantan which is on top of my list & bakal dikunjungi. Apa agaknya tempat2 menarik di sana ya?

jeti Beach Bums di Tanjung Aru..










entrance ke Tunku Abdul Rahman Park, Manukan..












lepak2 di pantai Manukan..












Pulau Sulug di kejauhan..







ikan2 kebulur di jeti..










aktiviti yg ingin dilakukan..










Pulau Mamutik..












No comments: