Salam buat semua...
Pesta Buku Alaf 21 selama 3 hari berakhir hari ini. Seperti semalam, Kak Meen berada di premis Alaf 21 sehingga jam 3.30 ptg. Selama 2 hari berturut2 berada di situ Kak Meen dapati sambutan org ramai amat menggalakkan. Masing2 tidak mahu melepaskan peluang kerana Alaf menawarkan diskaun sehingga 30%. Walaupun harga kos sara hidup kian meningkat naik akibat harga minyak yg naik mendadak namun hobi membaca buku tetap diteruskan.
Antara para penulis yg sempat Kak Meen temui kali ini ialah Dr. HM Tuah, Aisya Sofea, Dhiya Zafira & Hani Fazuha yg turut sama2bertugas. Sempat jua bersua sejenak dgn Lynn Dayana & Laila Kamilia yg turut bertandang. Tidak ketinggalan orang kuat Alaf21 FC iaitu Abang Long & Mersik yg mesra selalu. Begitu juga dgn beberapa org pembaca novel yg kerap Kak Meen temui di pesta2 buku antaranya Fad, Wan Amalyn, Shai & beberapa org lagi yg Kak Meen tak berapa cam nama mereka. Paling terharu apabila ada yg sanggup dtg dgn bertongkat (mungkin akak tu sdg menghadapi masalah kesihatan) melangkah perlahan2 mendaki ke premis Alaf demi minat yg mendalam terhadap novel2 & KYS adalah antara koleksinya kini.
Terima kasih pada semua yg telah menyokong karya2 Kak Meen selama ini & terima kasih juga pada warga Alaf 21 yg telah bertungkus lumus.
Kak Meen, Hani Fazuha & Aisya Sofea
Dhiya Zafira, Kak Meen & Dr. HM Tuah
Dhiya Zafira, Shai & Kak Meen
Sunday, June 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kak meen,thanx ya...if xder kak meen fad xdpt jumpa kak dhiya...=)
fad.. my pleasure actually. Apsal balik cpt sgt ari tu? Lain kali singghlah lama skit, blh sembng..
sebab kwn ada hal...tu pun fad ala2 paksa manja dia tuk temankan...hehehe
Post a Comment