Monday, June 23, 2008

BUNGA KESIDANG




Sebagai memenuhi permintaan Afrah ( di chat box) & mungkin juga para pembaca lain yg turut tertanya2 bagaimana rupanya bunga kesidang sbb dalam kedua2 novel Kak Meen ada menyebut ttg bunga ini, disini Kak Meen tempekkan gambarnya.

Nama saintifiknya vallaris glabra atau juga dikenali sebagai bread flower. Bunga kesidang/kasidah atau ada juga yg memanggilnya bunga kerak nasi atau bunga tikam seladang (di Kelantan), sikudangan (Johor) ini berbau harum mcm daun pandan dan amat sesuai dibuat bunga rampai. Tapi awas, berhati2 semasa memetiknya kerana ia mengeluarkan getah berwarna putih. Tumbuhan ini jenis menjalar dan amat sukakan matahari. Paling seronok kala ia berbunga lebat, hmm.. mmg harum halaman rumah dibuatnya samalah mcm yg Kak Meen gambarkan di pergola rumah Seth dlm Kasih Yang Suci & di Sukma Cafe dalam Warna Hati.

No comments: