Wednesday, January 9, 2008

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM

Salam Maal Hijrah buat semua,


Selamat menyambut awal Muharram 1429H, semoga kita semua akan dilimpahi rahmat & hidayah ALLAH selalu. Sama-samalah kita menghijrahkan diri kepada keadaan yang lebih baik lagi dari yg terdahulu sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh ALLAH."
(Hadis riwayat Abu Daud)

Justeru kita seharusnya bermuhasabah atau menilai diri sama ada terhadap amal kebajikan mahupun pelbagai aktiviti yang telah dilakukan pada tahun lalu sebagaimana Saidina Umar Al-Khattab memperingatkan kita dgn katanya:

"Lakukanlah perhitungan ke atas dirimu sendiri sebelum amalmu diperhitungkan kelak."

Semoga tahun baru ini akan lebih memberi makna dalam hidup anda.

No comments: