Tuesday, April 29, 2008

ALAHAI... MOGOKLAH PULAK..


Hah, tengoklah tu... sikit punya ganas ari ni Kak Meen. Ni semua sebab geram punya pasallah. Tetibalah pulak hari ni mesin basuh tu nak buat hal. Dahlah orang nak cepat sbb ada urusan kat luar, alih2 bila kita jengah kat dapur tengok dia tak siap2 lagi buat kerja. Selalu tu on aje pas tu tau2 dah siap utk dijemur. Tapi kali ni boleh pulak dia mogok tak nak spin dry. Rasanya memang konpem dia mintak dipencenkan, almaklumlah dah 7 tahun lebih berbakti. (kalau tak nak pencen pun harus ku pencenkan jua dgn pelbagai alasan agar dpt mesin basuh baru, hahaha... inilah masanya.)

Maka terpaksalah jemariku yg sering sakit2 ini terpaksa bekerja lebih untuk memerah kain baju itu secara manual & harapnya utk hari ini saja. Maka Kak Meen akan bersegera mengajak 'orang tu' cari pengganti. Yahoo... harap2 dapatlah hari ini jugak..




No comments: