Sunday, April 6, 2008

WARNA HATI

Suatu ketika dahulu, luahan rasa cintanya pernah dipersenda. Madah rindu dan puisi syahdunya buat Jefri menjadi ejekan teman-teman sekolah. Zara Lisa, malu tidak terkata. Sejak saat itu, nama Jefri terus dikikis daripada ingatannya. Bertahun dia memegang prinsip; bercinta bermakna membiarkan diri terluka dan kecewa.


Waktu terus berlalu. Persoalan tentang jodoh mula menghantui hidup Zara Lisa. Cemuhan dan sindiran tentang statusnya, bagai duri berbisa. Hingga dia difitnah, terdesak hendak bersuami. Kata dua daripada emak; bawa pulang calon suami atau emak yang carikan, memaksa Zara Lisa berbuat sesuatu. Dia tidak boleh mengharapkan cinta datang sendiri.


Speed dating menemukan Zara Lisa dengan dua orang lelaki, Erman yang tampan bergaya dan gentleman membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Beria-ia dia menyulam mimpi untuk menjadi permaisuri lelaki itu. Tapi, rupa-rupanya warna cinta mereka cuma kelabu. Erman, playboy yang bijak menabur janji palsu untuk memikat. Lelaki kedua pula, Harith yang serba sederhana turut menghulurkan salam cinta sedangkan di hati Zara Lisa, hubungan mereka hanya sebagai kawan.


Lamaran daripada Jefri, mengejutkan Zara Lisa. Dia terpaksa menerima biarpun hatinya tidak rela. Harith muncul dan menceriakan kesedihan Zara Lisa. Dalam diam, dia mula merindui lelaki itu yang pernah dipandang sepi sebelum ini. Harapannya terhadap Harith setinggi gunung setelah ikatannya dengan Jefri terlerai. Dalam membina janji kasih, kebahagiaan Zara Lisa diuji sekali lagi. Siapakah Harith sebenarnya? Sedangkan cinta sejati tiada ruang untuk prasangka...

12 comments:

[Fadilah Diyana] said...

tahniah...but sorry ye kak meen coz fad xdpt wat preview lg coz xder time yang seswai untuk baca coz dah nak final...pas final fad baca novel akak ye...hope sebest KYS...InsyaAllah

nia said...

kak meen..nak ucapkan tahniah atas kelahiran warna hati..camne pesta buku? sahih tak menang tangan..dok nyain jerk..

Meen Zulaikha said...

Thanks fad, take your time & best of luck in your coming exam. T/kasih kerana masih sudi menyokong..

Meen Zulaikha said...

T/kasih nia. Pesta Buku meriah & harap lain kali nia blh join sama. Adalah menyain2 gak tapi tak adalah smpai lenguh2 tgn, hehehe..

nacha said...

salam kakMeen. sy dah khatam Warna Hati. agak menarik citer ni. romantiknya bila Harith hadiahkan Zara novel2 yg mempunyai tajuk yg amat bermakna. ooo.. baru sy tau begitu rupanya keadaan bila buat speed dating ya. menarik juga pengalaman yg Zara tempuhi.

Meen Zulaikha said...

Salam nacha.. t/kasih sudi bca WH. Komen nacha amat bermakna buat akak. Eh, jom gi speed dating, hahaha..

sinchan85 said...

Kak Meen,

Saya belum ada kesempatan nak baca WH ni, tp yg first novel "Kasih Suci" dah byk kali khatam best citernya, suka ngan watak Seth tu. Saya memang nak masukkan kak meen punya dlm senarai koleksi novel yg wajib dibeli he.he..he(hantu novel ni). Next month kot baru baca citer ni.. Apapun kak teruskan berkarya..

Meen Zulaikha said...

sinchan.. sib baik cuma antu nvl, skrg ni byk 'antu' berkeliaran kat panggung wyg,hehehe.. Truja dgr dh khatam KYS byk kali. Sudi2kanlah menatap WH pulak ya.. T/kasih di atas sokongan.

Jie Hanysufika said...

hai kak meen... tahniah coz WH dah keluar tapi sedih sikitlah coz tempat saya tinggal (W.P Labuan) ni lambat sikit novel2 baru sampai cuma boleh lihat di internet saja...apa2 pun jie suka dgn buka ptama kak meen KYS dah banyak x khatam suka sangat dgn watak seth tahniah sekali lagi...

hany said...

kak meen.. saya dah baca WH tapi kecewa sikit dgn jln ceritanya mungkin saya masih lagi tidak dpt melupakan KYC. novel kak meen yang pertama benar2 menyentuh jiwa saya saya suka dgn jln ceritanya cuma ending tu je yang cepat sangat. kak meen klu boleh KYC tu buat kesinambungan coz banyak lagi watak yang tak tahu kesudahannya. saya betul2 suka dgn jln cerita KYC.. tahniah kak meen

Meen Zulaikha said...

Hai jie hanysufika.. Kak Meen hrp WH akn smpai ke Labuan tidak lama lg tp kalo nak lg cpt mungkn blh aje beli trus dari Alaf21. T/kasih byk kerna menyukai KYS & sokongan berterusan..

Meen Zulaikha said...

hany.. t/kasih kerna masih setia menyokong karya Kak Meen. Mmg WH & KYS amat berbeza dan nmpknya KYS sgt dkt di hati hany ya.. Insya-ALLAH saranan hany tu akan akak fikirkan..